Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Telur ayam merupakan kegemaran anak-anak saya. Pantang kalau ada telur rebus kenduri, berebut-rebut ketiga-tiganya. Tapi kalau telur goreng, anak-anak saya tidak berapa gemar. Mungkin sebab berminyak agaknya. Bagaimana kita memilih telur yang baik, menegkalkan kesegaran serta aturan yang perlu kita lakukan agar pemakanan dan penyediaannya bersih dan menyelerakan. Terdapat beberapa petua yang dapat dikongsi bersama para pembaca mengenai telur ini. Mari kita lihat.
PETUA DAPUR | TELUR AYAM
1. Bagi mengekalkan kesegaran telur, ia tidak boleh disimpan lama atau disimpan di tempat yang terdedah dan panas. Ini kerana sulfur yang terkandung di dalamnya akan menjadi rosak dan busuk. Bagi mengekal kesegarannya, simpan telur di dalam bekas tertutup.
2. Sekiranya ada lebihan telur rebus, bolehlah dibuat salad dengan cara kreatif. Keluarkan telur kuning kemudian hancurkan dan campur dengan sedikit mayonis. Bentukkan kuning telur ke dalam putih telur seperti anak ayam. Ini dapat menarik anak-anak untuk menikmati hidangan ini.
3. Basuh telur sebelum menggunakannya. Amalkan membasuh telur sebelum disimpan atau digunakan bagi membersihkan telur daripada najis yang melekat ketika proses telur dikeluarkan. Mengikut hukum syarak, telur yang tidak dibasuh dikhuatiri haram dimakan.
4. Cara mudah untuk mengupas telur- bagi mengelakkan kulit melekat pada isi telur, rebus telur seperti biasa. Apabila telur sudah mengeras, ketuk kulit teluragar pecah. Biarkan terendam dalam air rebusan seketika sebelum diangkat. Ini akan memudahkan kita untuk mengupas telur.
5. Kualiti telur boleh dilihat dengan cara merendam telur dalam air yang banyak. Kita lihat bagaimana keadaan telur tersebut.
- telur terbaring di dasar bekas beerti telur itu berat dan masih baru.
- telur sedikit mengiring atau berdiri di dasar beerti sudah seminggu.
- Telur terapung beerti telur itu sudah lama dan berkemungkinan busuk.
6. Beza antara satu sama lain- kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu sama lain kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi iaitu 16.20 miligram bagi setiap gram telur.
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]