SILA KLIK KAT SINI YE

Friday 29 August 2014

8 Makanan singkir lemak perut

 Assalamualaikum ....

Apa khabar viewers? Harap-harap semua sihat ye... Baiklah hari ini saya hendak kongsikan kepada anda-anda semua makanan yang boleh menyingkirkan lemak di perut. Semua orang hendak kelihatan cantikkan...terutamanya kaum hawa. Masalah perut menggeleber atau perut buncit selalunya berlaku selepas pantang. Ini berlaku kerana kita tidak menjaga pemakanan serta berpantang dengan betul.


hiasan

Lemak degil di bahagian perut amat sukar dihilangkan sekiranya kita tidak menjaga pemakanan dan tidak melakukan senaman. Nama pun degil kan. 


Tanpa membuang masa anda-anda sekalian, saya kongsikan 8 jenis sumber makanan untuk kita singkirkan lemak di perut iaitu:


1. Teh Hijau
- teh herba yang sangat bagus untuk mengempiskan perut serta mengurangkan masalah radang dalam tubuh. Kandungan flavanoid yang bersifat anti inflamasi dan semula jadi mampu membakar lemak degil yang berkumpul di perut.

2. Omega 3
- Individu yang mengamalkan diet menggunakan asid lemak omega 3 yang tinggi berupaya mengecilkan perut. Antaranya ikan dan kacang walnut.

3. Bawang putih
- Bertindak sebagai bahan antibiotik semula jadi. Mengawal paras gula dalam darah dan proses pembakaran lemak dapat distabilkan. Bawang putih mengandungi sejenis bahan yang dipanggil thermogenis yang berfungsi meningkatkan tahap metabolisme.

4. Daun Pudina
- Memberi kesihatan pada mulut, serta berupaya membakar lemak. Bahan semula jadi dalamnya mampu melarutkan lemak dan meningkatkan sistem metabolisme tubuh.

5. Kulit kayu manis
- Menjadi agen pembakar lemak yang paling efektif. Tambah kulit kayu manis dalam makanan atau minuman yang di ambil. Di samping menyihatkan badan, dan mengempiskan perut. Ia turut membangkitkan aroma pembangkit selera.

6. Tembikai
- Mengandungi 82 peratus air yang mampu membuatkan kita kenyang dengan cepat. Ia menghindarkan kita dari mengunyah makanan berlebihan.

7. Epal
- Pengambilan epal secara konsisten, mampu mengurangkan lemak di bahagian perut. Ia membuatkan kita kenyang kerana kandungan kalium di dalamnya.

8. Pisang
- Pisang juga mengandungi kalium dan pelbagai vitamin. Ia juga berupaya tingkatkan metabolisme dalam tubuh.


 Selain itu, disediakan juga suplemen untuk pembakaran lemak untuk mengempiskan perut..Suplemen apa tu??? Tentunya HERBALAX.  Nak tahu lebih lanjut, baca di sini set kurus shaklee dan ketahui kepentingan air kosong.

Sebarang pertanyaan ....


HUBUNGI SAYA:- 

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

HQ Shaklee Berpindah ke Pinnacle, Sunway

Assalamualaikum semua.... hai... 

Wah, teruja rasanya pagi-pagi ini. Tak sabar-sabar rasanya. Hendak tahu kenapa? Sebabnya saya nak ceritakan pada anda semua tentang lokasi baru HQ SHAKLEE kita. Pasti ramai yang belum tahu kan? Dulu di bangunan Empire, Subang Jaya tapi kini sudah berpindah ke lokasi yang lebih menarik iaitu di Pinnacle yang terletak di Sunway. Ho...ho...ho... :)

Inilah bangunannya yang terbaru....

Memo HQ berpindah

Hendak peta lokasi??? Jom saya kongsikan dengan anda....



Bagi mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, mungkin tempat ini bukanlah sukar untuk di cari tetapi bagi yang berada di luar kawasan, anda boleh menggunakan aplikasi "waze" di telefon bimbit untuk membantu anda ke sana. Mudah bukan? Semuanya di hujung jari sahaja...
Hendak melihat kawasan di sekitar HQ Shaklee yang baru ini??? Jom ronda-ronda ... :)


Ia terletak bersebelahan sahaja dengan Sunway Pyramid....


Wah, siap ada air terjun....!!!


Jom terokai bahagian dalam bangunan pula... :)


Inilah pintu masuk utama ke HQ Shaklee yang baru....



Rekaan dalaman yang lebih luas...


Lebih selesa.....


Dengan bilangan kaunter yang banyak untuk memudahkan urusan....



Ada taman permainan untuk anak-anak....


Dan kemudahan surau untuk pelanggan yang beragama Islam. Ops, maaf! Gambar ruangan surau tidak dapat saya sertakan... Tapi tidak mengapa bukan? Yang penting kita tahu bahawa di HQ Shaklee yang baharu ini terdapat pelbagai kemudahan...

Memang seronoklah untuk membeli belah barangan Shaklee di HQ yang baru ini. Bagi mereka yang belum pernah ke HQ, silalah berbuat demikian. Anda pasti teruja... ( saya teruja kerana warna hijaunya adalah warna kegemaran saya :) )

Let's shopping!!!




HUBUNGI SAYA:- 

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Fungsi DHA dalam Omega Guard

 Assalamualaikum..
 
 
Ramai pelanggan di luar sana bertanya, boleh ke kanak-kanak makan vitamin Shaklee??
 
Semestinya BOLEH, tetapi bukan semua vitamin shaklee boleh dimakan oleh kanak-kanak. Hari ini nak kupas Vitamin Shaklee yang boleh di makan oleh kanak-kanak iaitu Omega Guard.

Untuk apa kanak-kanak hendak makan Omega Guard???
Untuk perkembangan otak kanak-kanak. Ini kerana dalam kandungan Omega Guard  Shaklee terdapat 120 mg DHA. 

Apa itu DHA?

DHA atau asid docosahexaenoic adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3. Ia merangkumi 97% dan 93% daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata.

Keperluan harian DHA

Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselmatan Pemakanan Eropah (EFSA), keperluan DHA kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 120 mg.      
                       

Apa Kepentingan DHA untuk kanak-kanak?

DHA penting untuk perkembangan otak 
* DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.
DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetycholine dan membantu sel otak berhubung.
*Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar.
DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
* Kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar.

Sumber DHA

DHA boleh diperolehi secara semulajadi dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola.
* Jumlah pengambilan DHA oleh ibu hamil akan mempengaruhi perkembangan otak anak.
*Anak-anak juga memerlukan DHA secara terus kerana tubuh kanak-kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak.


Apa tunggu lagi,anda boleh mencuba Omega Guard untuk anak-anak anda. ORDER DI SINI


HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

Advanced Joint Health Tablet untuk Sakit-Sakit Sendi

 Assalamualaikum...

Seminggu dua neh mak ada memberitahu saya tentang dia yang sering sakit-sakit otot kerana usia makin tua. Pergerakan mak makin perlahan dan ia membataskan aktiviti harian mak saya. Tersentuh hati bila mak sendiri mengalami kesusahan begitu, saya perlu lakukan sesuatu. Mungkin saya patut bagi mak cuba Advanced Joint Health Tablet Shaklee. Sudah banyak testimoni berjaya apabila mereka mencuba produk ini.



Advanced Joint Health Tablet Shaklee adalah makanan tambahan yang memelihara sendi-sendi di dalam tubuh badan kita. Sendi-sendi seperti terdapat di lutut, kaki, tangan, pinggang, dan tulang belakang menyokong tubuh kita agar dapat bergerak dan melakukan aktiviti seharian. Sakit sendi seperti sakit sendi lutut dan pinggang sudah pasti menyebabkan anggota tubuh di bahagian tersebut berasa tegang, lenguh, bengkak dan berasa sangat sakit.

Simptom-simptom sendi tidak sihat:


  • Ketegangan
  • Lenguh
  • Kesakitan
  • Berkeriut atau bunyi klik yang bising
  • Tulang hilang kalsium dan lain-lain mineral
  • Sendi menjadi keras dan kurang fleksibel


Kandungan dan Manfaat Produk:


  • Ekstrak Boswellia: menyokong keselesaan sendi dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak ini digunakan dalam perubatan Ayuveda bertujuan untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak ini adalah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Ekstrak Jagung: Bertindak sebagai kusyen membantu mengekalkan tulang rawan. Ia membekalkan satu sumber pekat dengan glukosamina yang boleh meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. 
  • Zink, tembaga, mangan dan vitamin c: ia berfungsi untuk memelihara tisu penyambung yang sihat. Ia turut membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan kompenen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
 
Kelebihan Produk Ini:

  • 31% pergerakan menjadi lebih mudah berbanding dengan sebelum menggunakannya
  • 41% pergerakan menjadi lebih selesa dan digemari ramai
  • Meningkatkan fleksibiliti sendri
  • memperbaiki fungsi sendi
  • menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang
  • bebas kondroitin sulfat
  • Berasaskan sayuran dan sesuai untuk vegetarian
  • mengandungi zink, tembaga dan mangan
  • mengandungi ekstrak Boswellia
 
Cara Pengambilan:

  • 2 tablet sehari

Harga dan Kandungan:

  • harga retail: rm125.00 ( diskaun hebat untuk 10 pembeli terawal )
  • kandungan : 60 tablets. ( 2 tablets/day )
  • tahan untuk kegunaan selama sebulan
  • tiada perasa, pemanis, atau pengawet
credit: pelangioveralaska


HUBUNGI SAYA:- 

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Cabaran Enfuselle


Assalamualaikum viewers dan shaklee's sekalian ...


Muka berminyak dan berjerawat bukan lah idaman setiap wanita. Wanita dilahirkan dengan sifat lembut, suka kan kecantikan,sifat keibuan namun bila wajah mula ditumbuhi oleh JERAWAT pastinya ramai yang mula stress dan tidak confident.









Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada pertumbuhan jerawat seperti :


1. permakanan
amalan permakanan yang tidak sihat dan berminyak serta makanan laut bagi mereka yang alahan .

2.persekitaran
tahukah anda kulit kita memerlukan kandungan vitamin e dan vitamin c untuk kekal sihat,namun akibat dari Global Warming sekarang, matahari yang membekalkan vitamin e tersebut tidak dapat diserap dengan baik malahan akan meracuni kulit muka dan badan kita

3.salah memilih produk
ini sering berlaku,dimana si kulit sensitif telah menggunakan produk yang menghakis dan memutihkan ,yang mana sepatutnya dia merawat kulit sensitif dan berminyak itu dahulu sebelum memutihkan

4.memakai make up ketika tidur
no no no ! ini adalah kesalahan besar dalam menjaga kulit wajah, disebabkan leka dan MALAS mahu mencuci maka JERAWAT tumbuh dengan jayanya

hahhh nampak tak kesannya pada kulit anda?terutamanya pada yang amat amat amat sensitif ..

Berbalik kepada cabaran enfuselle ,saya dengan sendirinya mahu mencuba sendiri enfuselle shaklee normal to oily memandangkan kulit ni agak berminyak kerana satu masa dulu saya juga mempunyai masalah jerawat yang agak teruk .

Dengan mengamalkan Vitamin C SR plus, Alhamdulillah ia semakin pulih..malah ramai yang tegur perubahan itu,kata da makin cerah... wowwwwwww .. syukur-syukur...

Sekarang ,kini dan selamanya saya mahu mencuba Enfuselle Purifying Cleansing Gel pula ... Tapi apakah cabaran enfuselle ini?

Saya namakan ia Cabaran Enfuselle kerana saya mahu melihat dan memberitahu pada semua apakah kesan dan kebaikan Enfuselle ni .. bermula dari 27.8.2014 dan saya akan update juga 2minggu selepas ini dan seterusnya sebulan ..
Jom sama-sama kita nantikan hasil gebas gebussnya ...




Ini update pertama ye bertarikh 28.8.2014 ..nanti lagi 2minggu kita update lagi okess?

Siapa nak sama-sama menjayakan mission enfuselle ni?jommm-jommm

nak dapatkan yang basic dahulu? enfuselle purifying cleansing gel 





credit: nshahealthybeauty



HUBUNGI SAYA:- 

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Cara minum ESP Shaklee

 Salam dan hai,


Cara Minum ESP Untuk Kegunaan Harian. 
  1. Aku minum ESP sekali atau 2 kali sehari. Sekiranya korang nak minum lebih dari sekali dalam sehari, pastikan kuantiti ESP tidak melebihi 3 sudu  sehari ya.
  2.  ESP boleh dibancuh kosong bersama air suam/sejuk atau bersama minuman kesukaan (aku paling gemar ESP+Milo/coklat)
  3. Aku suka ambil ketika waktu pagi atau ketika perut betul-betul lapar. Sangat membantu memberi rasa kenyang yang lama.  
  4. Ok, baca bawah untuk cara berkesan pengambilan ESP.
-------------------------------------
Cara berkesan pengambilan ESP 
-------------------------------------
  • Jangan bancuh ESP dengan air panas, air kafein (nescafe, teh, kopi) atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi/protein ESP. 
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal.
  • Gunakan tumbler atau shaker untuk menggoncang/SHAKE bancuhan ESP supaya lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, kacau sehingga betul-betul larut/sebati supaya ESP tak jadi berketul-ketul.

 credit: k3hidupanlif3


HUBUNGI SAYA:- 

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Cara Mengatasi Anemia Semasa Hamil

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kehamilan merupakan saat yang amat menggembirakan seorang isteri. Pengalaman mengandungkan zuriat sendiri amat mengujakan si ibu dan terasa akan kesempurnaan menjadi seorang wanita setelah disahkan mengandung. 

Kehamilan sebenarnya suatu proses yang agak lama dan si ibu seharusnya menitik beratkan penjagaan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan. Semasa tempoh kehamilan, wanita lebih cenderung mengalami anemia. Anemia adalah sejenis penyakit disebabkan kekurangan sel darah merah. Sel darah merah penting dalam mengangkut oksigen ke seluruh tisu seluruh anggota badan. Dan sekiranya si ibu menghidap penyakit ini, ia boleh menjejaskan kandungan.

Anemia

Sel darah merah banyak dihasilkan semasa proses mengandung untuk menyokong perkembangan bayi di dalam kandungan. Jika berlaku kekurangan bekalan beberapa nutrien seperti zat besi, maka penghasilan sel darah merah juga akan turut terjejas.

Penyakit anemia kebiasaanya berlaku dalam tempoh kehamilan dan ini perlu mendapat pemantauan agar kesihtan ibu dan anak tidak terjejas.

Anemia semasa mengandung boleh di kesan dengan menjalani ujian darah. Paras hemoglobin menjadi kayu pengukur tahap anemia seorang ibu hamil. Untuk menentukan tahap tersebut, jadual di bawah ada perinciannya.


Anemia Semasa Hamil 



JENIS-JENIS PENYAKIT ANEMIA SEWAKTU KEHAMILAN




Anemia disebabkan kekurangan zat besi

  • Sebelum kehamilan, bakal ibu memerlukan lebih kurang 15 miligram (mg) zat besi sehari. Kebanyakan ibu-ibu tidak dapat memenuhi keperluan yang ini. Semasa  tempoh kehamilan,  zat besi diperlukan oleh ibu-ibu untuk mengekalkan kesihatan. Jika ibu hamil tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi ibu dan bayi, ibu-ibu mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan.
Anemia disebabkan kekurangan asid folik
  • Badan manusia memerlukan asid folik untuk penghasilan tisu baru dan termasuklah penghasilan sel darah merah. Semasa proses kehamilan, lebih banyak asid folik diperlukan oleh ibu hamil. Bekalan asid folik dari sumber makanan harian sebenarnya tidak mencukupi untuk ibu-ibu. Justeru, ibu-ibu amat digalakkan mengambil supplemen tambahan untuk mengelakkan kekurangan asid folik yang boleh membantutkan tumbesaran bayi.


Anemia akibat kekurangan vitamin B-12
  • Selain zat besi dan asid folik, vitamin B12 juga penting dalam penghasilan sel darah merah. Sel darah merah tidak dapat dihasilkan dengan cukup sekiranya ibu-hamil mengalami kekurangan vitamin ini. Bagi ibu-ibu yang kurang menggemari makanan berdaging, telur dan produk tenusu lebih berisiko mengalami kekurangna vitamin B12 yang akan membahayakan kesihatan janin.



SIMPTOM PENYAKIT ANEMIA


Simptom anemia



Simptom yang jelas dapat dilihat apabila seseorang itu menghidap anemia semasa hamil adalah:
  • Mengalami masalah kulit pucat 
  • Degupan jantung yang lebih pantas 
  • Cepat letih, sesak nafas, sakit dada 
  • Kerap berasa pening
  • Sejuk dan kebas 
  • Masalah kurang fokus

RISIKO ANEMIA KEPADA IBU DAN BAYI

Anemia sememangnya memberi risiko yang tinggi sekiranya tidak dipantau dengan baik dan risiko juga turt melibatkan janin dalam kandungan. Antara risikonya adalah seperti berikut:


  • Mungkin mengalami keguguran
  • Kelahiran pra-matang
  • Kelahiran bayi yang tidak cukup berat badan
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Bayi lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut
  • Koma atau meninggal dunia
  • Penghasilan susu badan yang berkurang

CARA MENCEGAH DAN MENGELAKKAN ANEMIA


  • Makan makanan yang kaya dengan zat besi sekurang-kurangnya 3 kali sehari

Penyelesaiannya >>> Amalkan pengambilan Vitalea Iron Formula Shaklee


  • Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana ianya membantu penyerapan zat besi yang sempurna
Penyelesaiannya >>> Amalkan pengambilan VITA-C PLUS SR

  • Pilih makanan yang kaya dengan asid folik
Penyelesaiannya >>> Amalkan pengambilan B-Complex Shaklee



VitaC

BComplex


 credit : sihatcunmelecun



HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

ZINC COMPLEX SHAKLEE BEBAS GLUTEN

Ok, sebelum ini dah bercerita panjang mengenai MANFAAT UTAMA ZINC COMPLEX, untuk kecutkan jerawat boleh, untuk kemampuan seksual lelaki pun boleh. Tapi, jangan tak tahu Shaklee telah meng'upgrade'kan kandungan Zinc Complex ini kepada bebas Gluten (Free Gluten). Eh, apa pulak Gluten ni? Haa..jom kita tengok dulu.


Apakah itu Gluten?


Zinc Complex


Gluten adalah sejenis protein yang terdapat dalam kanji terutama tepung gandum, barli dan sebagainya. Gluten biasanya digunakan dalam pelbagai jenis makanan yang diproses seperti roti, kuih muih yang dibakar yang membuatkan adunan mengembang dengan lebih baik. Berapa kuantiti gluten yang digunakan adalah bergantung kepada jenis makanan tersebut dan pastinya roti gandum menggunakan gluten yang lebih banyak berbanding roti putih biasa.

Ada sesetengah orang yang alah dengan gluten ni. Simptom alahan ni akan terjadi segera selepas beberapa jam seseorang yang alah gluten itu mengambil makanan yang mengandungi gluten. Antara simptom alahan yang biasa terjadi adalah:
  • Masalah ketidakhadaman seperti perut sebu, kembung, cirit birit atau sembelit.
  • Rasa letih dan lesu.
  • Sakit kepala.
  • Mood yang tidak stabil.
  • Kegatalan atau ruam kulit.
  • Mata berair
  • Batuk atau sakit tekak.

Salah satu keburukan gluten yang lain adalah menggemukkan dan melambatkan metabolisme. Oleh itu, bagi yang sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan, awasilah kandungan roti yang anda makan, ataupun sebarang makanan yang berasaskan tepung gandum atau barli.

Memandangkan di dalam Zinc Complex Shaklee mengandungi barli, maka pihak Shaklee telah menaiktaraf formulasinya kepada 'GLUTEN-FREE'. Jadi, bagi sesiapa yang ada alahan Gluten, tiada masalah lagi untuk mengambil Zinc Complex Shaklee.


Jom kita tengok apakah tanda-tanda kekurangan Zinc dalam tubuh?

  • Sistem imun/antibodi yang lemah (sering sakit) 
  • Rambut gugur
  • Luka lambat pulih
  • Lemah daya ingatan
  • Masalah kulit
  • Bintik putih di kuku
  • Hilang selera makan
  • Anemia
  • Deria bau yang terjejas
  • Lemah daya penglihatan
  • Tahap kesuburan dan nafsu seks yang rendah bagi para suami isteri


free gluten

Haa..inilah dia rupanya Zinc Complex tu. Harganya? Sangat murah, RM 33.75 sahaja satu botol, dan setiap botol mengandungi 120 tablet. Jimat kan?



Berminat?

Nak dapatkan  Zinc Complex atau Suplemen Shaklee yang lain?

Hubungi saya sekarang! Hanya tindakan bijak anda sekarang mampu merubah kesihatan anda dan orang-orang kesayangan anda pada masa hadapan.

Dapatkan produk Shaklee pada harga ahli dengan mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE. Penjimatan seumur hidup menanti anda.


 credit : ceritasupermommy 



HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

Hamil Luar Rahim | Gejala dan Risikonya

Assalamualaikum wbt...
Salam Sejahtera..

Ketika saya mendapat idea menulis tentang tajuk ini, saya teringat kepada rakan seangkatan dalam bisnes Shaklee. Beliau pernah mengalami hamil luar rahim. Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan beliau. Dalam keadaan sakit, beliau masih boleh lakukan bisnes walau keadaannya sangat tertekan ketika itu.

Apakah itu Kehamilan Luar Rahim

Ia juga disebut sebagai Ectopic pregnancy. Ectopic itu sendiri bermaksud tempat yang salah. Sebagaimana kita tahu, kehamilan sepatutnya bermula dan membesar di dalam rahim, tetapi dalam kes begini, ianya terjadi di luar rahim.


Dalam kebanyakan kes, (hampir 95%) persenyawaan tersebut berlaku di bahagian tiub fallopio yang boleh menyebabkan pendarahan berlaku. Jika ianya dibiarkan, tiub fallopio boleh rosak dan kemungkinan untuk pecah adalah sangat tinggi. Ada juga kes-kes terpencil persenyawaan berlaku di bahagian ovari, serviks dan abdomen. Namun, yang penting tempat tersebut (selain rahim) adalah tidak sesuai untuk menyokong perkembangan janin serta urinya yang makin lama makin membesar. Kerana tidak mahu membahayakan ibu hamil, doktor akan sarankan pmebedahan segera dilakukan.

Tanda Anda Berkemungkinan Hamil Luar Rahim

  1. abdomen atau pelvis anda sangat sakit sehingga tidak mampu berdiri
  2. pendarahan faraj yang tidak normal, berwarna coklat. Ada yang mengatakannya seperti warna jus prun
  3. lambat datang haid
  4. muka pucat
  5. berpeluh, rasa seperti mahu pitam
  6. najis berdarah

 

Siapa Yang Berisiko Hamil Luar Rahim

  1. anda yang pernah mengalami hamil luar rahim sebelum ini
  2. pernah menjalani rawatan kesuburan
  3. mengidap endometriosis
  4. rahim atau tiub fallopio berbentuk tidak normal
  5. pernah menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron
  6. merokok
  7. berumur lebih dari 35 tahun

Bagaimana Kandungan Luar Rahim Boleh Dikesan

Sebenarnya ramai juga yang tidak sedar dirinya hamil, tetapi tiba-tiba faraj mengeluarkan darah berwarna coklat pekat. Keadaan yang lemah dan sakit yang amat sangat mendorong pesakit ke hospital dan di sana barulah mereka mengetahui bahawa mereka hamil luar rahim.
Walaubagaimana pun, bagi yang tahu diri mereka positif kehamilan, doktor boleh mengagak bahawa ibu tersebut berkemungkinan hamil luar rahim jika kantung bayi tidak dapat dikesan menggunakan ultra sound. Simptom-simptom lain pada ibu hamil seperti pucat, sakit di bahagian pelvis megesahkan berlakunya kehamilan luar rahim dan seterusnya doktor akan memeriksa menggunakan laparoskop.

Adakah Kehamilan Luar Rahim Dapat Dirawat

Pengesanan awal adalah sangat penting. Doktor mungkin akan menyuntik methotrexate ke dalam karung supaya badan anda dapat menyerap kandunga tersebut dengan semulajadi.
Jika kandungan telah membesar, doktor akan nasihatkan anda untuk membedahnya keluar.

Peluang Hamil Masa Akan Datang

Walaupun kehamilan seterusnya juga berisiko, namun semuanya bergantung kepada kuasa Allah. Ramai juga yang hamil kembali dan kandungannya normal.
Namun, tidak dapat dinafikan kerosakan yang berlaku pada tiub fallopio berkemungkinan menyebabkan anda sukar hamil dan menurunkan tahap kesuburan anda.
Baca juga info mengenai HAID LEWAT TAPI UPT NEGATIF
Jika anda dah lama menanti kehadiran cahaya mata, jom cuba Set Kesuburan Shaklee
Jimat dan gandakan wang anda dengan menyertai kami dengan berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE


HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

Thursday 28 August 2014

Atasi kencing manis dengan Vivix

Assalamualaikum...

Penyakit kencing manis atau diabetes sejenis penyakit yang dicirikan sebagai mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dalam darah atau hiperglisemia selepas makanan oleh penghidapnya.

Penyakit Kencing manis atau diabetes merupakan penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup.

Pesakit kencing manis atau diabetes terbahagi kepada dua golongan iaitu:

1. Diabetes bersandarkan insulin atau diabetes awal remaja - Mengalami kegagalan penghasilan insulin oleh kalenjar pankreas. Selalunya penghidap diabetes seperti ini mendapat simtom penyakit sewaktu kanak-kanak atau remaja. Ia terjadi akibat daripada kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan.

2. Diabetes disebabkan oleh kerintangan insulin iaitu penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin ataupun penghasilan insulin berkurangan dalam badan. Pesakit diabetes jenis ini boleh dikawal secara pemantauan dari segi pemakanan, pengurangan berat badan, senaman serta pengambilan ubat-ubatan. sumber

Tanda-tanda jangkitan penyakit kencing manis atau diabetes

  1. Paras gula dalam darah tinggi - Pesakit perlu membuat pemeriksaan tahap gula dalam darah selepas makan
  2. Rasa dahaga yang melampau dan kerap membuang air kecil pada waktu malam
  3. Hilang berat badan secara mendadak - ini disebabkan oleh tahap gula dalam darah terlalu tinggi
  4. Sentiasa rasa lapar 
  5. Luka lambat sembuh - Berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosayang berlebihan di dalam urat dan arteri.
  6. Keletihan dan cepat marah.
  7. Penglihatan menjadi kabur - berlaku apabila glukosa dalam darah adalah tinggi.
  8. Kulit merengsa - Masalah kulit menjadi gelap di bahagian sekitar leher atau ketiak.

Penyakit kencing manis atau diabetes boleh di kawal melalui:

1. Pemakanan - Karbohidrat dan gula perlu dikurangkan bagi mengawal kadar kalori yang diambil sehari.

2. Senaman - Membantu mengurangkan berat badan dan memberi kesihatan kepada jantung dan paru-paru anda.

3. Berat badan - Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal.

4. Pengubatan atau pemeriksaan diri - Pesakit perlu memeriksa diri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas akibat luka dan jangkitan bagi mengelakkan ianya merebak. (info)


Terdapat sumplemen yang boleh mengawal penyakit kencing manis ini iaitu dengan penggunaan VIVIX secara berterusan. Vivix Shaklee mengandungi khasiat yang tidak diketahui.

Antara testimoni penggunaan vivix shaklee seperti di bawah.




Bagaimana nak dapatkan suplemen ini??? mudah sahaja.. ORDER DI SINI



HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124