Tuesday, 16 October 2012

PENURUNAN BERAT YANG MENDATAR


PENURUNAN BERAT YANG MENDATAR

1. ANDA TELAH MEMBAKAR LEMAK DAN SEDANG MEMBINA OTOT.

Sekiranya anda bersenam, terutama sekali apabila anda bersenam buat kali pertama atau sudah lama tidak bersenam untuk sekian lama dan mula kembali bersenam, besar kemungkinan anda akan membina jisim otot semasa anda membakar lemak. Oleh itu berat anda masih mendatar dan tidak menunjukkan apa-apa penurunan.
Jenis senaman yang anda lakukan juga akan menjadi penyebab kepada masalah ini. Itu sebabnya sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, jangan pilih senaman yang mengutamakan berat atau anearobik tetapi pilih senaman cardio atau aerobik.
Kebaikan yang baik ini tidak ditunjukkan oleh timbang anda yang biasa melainkan anda menggunakan timbang yang boleh menganalisa komposisi badan anda. Besar kemungkinan anda akan merasakan perubahan bentuk badan atau kekurangan saiz pingggang anda walaupun berat pada timbang anda tidak berubah. Pada tahap ini tidak perlu risau kerana secara beransur-ansur, timbang anda akan menunjukkan berat anda yang berkurangan oleh sebab pembakaran lemak itu.

2. BADAN ANDA MENYIMPAN AIR (WATER WATER RETENTION) WALAUPUN TELAH MEMBAKAR LEMAK

Badan anda mungkin telah membakar lemak tetapi ia menyimpan air menyebabkan penurunan berat anda mendatar. Perkara ini juga memang kerap berlaku daripada apa yang kita sangkakan.

Apabila kita tidak meminum air yang cukup, buah pinggang kita tidak boleh berfungsi dengan baik dan hati/liver terpaksa bekerja dengan lebih keras. Hati adalah kilang memproses lemak yang utama dan sekiranya dia terpaksa mengambil alih sebahagian kerja yang patut dilakukan oleh buah pinggang maka ia tidak boleh berfungsi sepenuhnya untuk memproses lemak. Ia menyebabkan pembakaran lemak berlaku dengan lebih perlahan dan penurunan berat akan terganggu. Air juga diperlukan untuk membuang bahan toksid hasil pembakaran lemak itu.

Ramai yang masih tidak percaya bahawa air adalah jawapan yang paling baik untuk mengatasi masalah penyimpanan air didalam badan. Apabila kita kurang minum air, badan kita akan menyangkakan bahawa ia didalam keadaan bahaya atau musim kemarau sudah datang dan ini menyebabkan ia akan cuba menyimpan air sebanyak yang boleh. Kadangkala ini boleh dilihat apabila tangan, peha dan kaki yang agak membengkak.

Apabila kita meminum cukup air maka masalah "water retention" ini tidak akan berlaku. Badan sudah tidak berada didalam keadaan darurat dan dengan semulajadi ia akan mengeluarkan air yang disimpan daripada menyimpannya.

Oleh itu untuk mengatasi masalah ini pastikan kita meminum air yang cukup. Tidak meminum air yang cukup adalah salahsatu sebab yang kerap berlaku jika berat tidak turun.

3. ANDA MUNGKIN MENGALAMI MASALAH "FOOD TOLERANCES"

Makanan yang anda makan semasa menjalani diet SD2 mungkin menyebabkan anda mengalamai masalah ketidakselarasan makanan ini dan menghalang penurunan berat anda. Badan anda tidak boleh menerima makanan tersebut dan bertindak dengan menghalang penurunan berat anda. Tidak semua orang mempunyai tidakbalas yang sama untuk makanan tersebut. Namun begitu jika anda menjangka menghidapi masalah tersebut, maka anda boleh membuat ujikaji untuk pengasingan makanan tersebut dengan mengubahsuai menu makanan anda. Cuba mengasingkan makanan yang disyaki selama 1 atau 2 minggu dan lihat apa yang berlaku pada penurunan berat anda.

Diantara tujuh jenis makanan yang sensitif untuk kita selalunya adalah gandum, susu, kekacang, gula, soya, telur dan jagung. Jenis makanan bergandum juga boleh di kembangkan termasuk semua jenis bijiran dan jenis susu termasuk juga keju atau cheese. Diantara makanan lain yang juga dikenali menghalang penurunan berat anda termasuklah pemanis tiruan terutamanya aspartame; citric asid yang terdapat didalam diet soda; glycerin, yang terdapat didalam kebanyakan protien-bars sebagai gantian makanan rendah karbohidrat dan juga alkohol.

4. ANDA TIDAK MAKAN CUKUP PROTEIN

Jika anda tidak memakan cukup protien, maka besar kemungkinan anda akan memecah protien didalam badan anda sendiri untuk mendapatkan tenaga. Ini bermakna jisim otot anda akan berkurangan dan secara tidak langsung akan merendahkan kadar metabolisma anda. Jika metabolisma anda rendah maka pembakaran lemak menjadi terganggu dan penurunan berat anda menjadi mendatar.

Pastikan anda memakan cukup protien seperti yang disarankan didalam program diet anda.

5.UBAT-UBAT YANG MENGHALANG PENURUNAN BERAT BADAN

Semasa dalam tempoh anda berdiet, anda mungkin mengambil ubat-ubatan yang menghalang penurunan berat badan. 

Ubat berasaskan steroid seperti Prednison adalah diantara penyebab utama yang kerap berlaku kepada penurunan berat yang mendatar, tetapi masih banyak ubat-ubatan lain yang memberi kesan yang sama. Jika anda ada mengambil ubat-ubatan ketika berdiet, sila pastikan dengan doktor anda yang ianya tidak mengandungi bahan-bahan yang mengganggu purunan berat anda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)