1. Bina otot-otot (build Muscle).Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.
2. Bersenam aerobik atau berjogging.Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.
3. Minum banyak air.Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.
4. Campurkan ais dalam air.Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.
5. Makan lebih kerap.Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil snek setiap
3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snek mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam
Call/Pm 0123504258 Zai
No comments:
Post a Comment
Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)