Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Kurus pastinya seringkali dikaitkan dengan ketrampilan yang menarik.
Berbeza dengan gemuk, sering kali dianggap tidak menarik dan tidak
cantik. Masing-masing punya pendapat, punya selera tetapi fakta yang
satu ini tidak dapat disangkal lagi.
Kegemukan punca sukar hamil
Tanpa mengira gender, kegemukan memberi impak yang bukan sedikit kepada
masalah kesuburan. Walaupun ianya agak sukar diterima dan dianggap
sensitif, pasangan berkahwin yang masih belum punya cahaya mata perlu
mengambil berat akan hal ini sekiranya mendapati ada masalah kegemukan
pada diri anda atau pasangan anda.
Berat badan unggul dapat diketahui dengan mengira Indeks Jisim Badan (BMI)
dengan berat badan dalam kg dibahagikan dengan ketinggian kuasa dua
dalam meter. Dari situ kita dapat ketahui berat badan kita ideal atau
pun tidak.
Bacaan BMI yang kurang atau melebihi bacaan berat badan unggul
menyebabkan keseimbangan hormon tidak dapat dicapai. Penghasilan telur
bagi wanita dan sperma bagi lelaki akan terganggu akibat rembesan hormon
yang berlebihan atau berkurangan.
Malah, berat badan berlebihan juga selalu dikaitkan dengan masalah
PCOS, di mana ia merupakan antara faktor utama masalah kesuburan wanita.
Wanita yang menghadapi masalah PCOS selalunya menghadapi masalah
kitaran haid di mana telur sangat sukar untuk mencapai tahap kematangan
untuk disenyawakan bersama sperma.
Masalah Kegemukan Kepada Wanita
Menurut kajian, kebanyakan wanita yang menghadapi masalah kegemukan akan mengalami masalah-masalah seperti di bawah:
- kitaran haid terganggu
- gangguan hormon yang berlaku menyebabkan proses ovulasi terganggu. Ia terjadi dalam dua keadaan, samada masalah ketika penghasilan telur atau pun tiada langsung telur dihasilkan.
- kebanyakan kandungan tidak stabil ketika trimester pertama
- risiko keguguran
- risiko kecacatan bayi
- risiko diabetis dan darah tinggi kepada ibu
Masalah Kegemukan Kepada Lelaki
- Kekurangan penghasilan sperma
- Bilangan sperma normal sangat sedikit jika dibandingkan dengan bilangan sperma yang rosak
Ada kajian mendapati lemak-lemak yang terkumpul di sekitar testis boleh
meningkatkan suhu di kawasan sekitar. Oleh kerana sperma sangat sensitif
pada suhu yang tinggi, maka kehadiran lemak ini boleh menyebabkan
sperma mati dan tidak lagi aktif. Namun, kajian menyeluruh tentang hal
ini masih belum dijalankan.
Jadi, terbuktilah kegemukan memang boleh menyumbang kepada masalah
kesuburan. Sebab itu, saya sentiasa sarankan pengguna untuk turunkan
berat badan dahulu sebelum membuat pesanan Set Kesuburan Shaklee.
Melainkan jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh terus
menggunakan Set Kesuburan dan dalam masa yang sama, anda cuba untuk
turunkan berat badan.
Jangan risau jika anda mempunyai kekangan bajet tetapi ingin segera menurunkan berat badan dan sekaligus ingin hamil. Set Slimming Shaklee mempunyai beberapa pakej sesuai dan ada boleh memilih mengikut masalah dan bajet anda.
Set Kesuburan Shaklee juga saya sediakan beberapa pakej. Anda hanya perlu hubungi saya untuk saya konsult pakej-pakej berkaitan sesuai dengan masalah-masalah yang anda hadapi.
Jangan risau jika anda mempunyai kekangan bajet tetapi ingin segera menurunkan berat badan dan sekaligus ingin hamil. Set Slimming Shaklee mempunyai beberapa pakej sesuai dan ada boleh memilih mengikut masalah dan bajet anda.
Set Kesuburan Shaklee juga saya sediakan beberapa pakej. Anda hanya perlu hubungi saya untuk saya konsult pakej-pakej berkaitan sesuai dengan masalah-masalah yang anda hadapi.
Anda mungkin berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Tips Cepat Hamil
Bagi lelaki yang bimbang tahap kesuburan anda, anda mungkin boleh baca Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki
Jika anda ingin cuba menjana kewangan anda sebagai Ahli Shaklee, anda boleh baca dulu Faedah dan Kebaikan menjadi Ahli ShakleeSumber : JomSihatJomGojes
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
No comments:
Post a Comment
Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)