Thursday, 28 August 2014

Cirit-birit:- Kenali Punca Dan Cara Mengatasinya



KENALI PUNCA CIRIT-BIRIT

Assalamualaikum semua... Morning...

Harapan saya semua sihat-sihat sahaja di pagi yang indah ini. Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua mengenai masalah cirit-birit yang sering berlaku dan adakalanya ia boleh membawa maut jika tidak di ubati dengan segera. Nauzubillah... Takut saya mendengarnya...
Cirit-birit ini sebenarnya bukanlah suatu penyakit tetapi ia adalah gejalah kepada penyakit-penyakit tertentu. 
Ini akan menyebabkan pesakit akan mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Ia akan terhenti selepas rawatan simptomatik di berikan serta merta. Bagi orang dewasa, cirit-birit ini tidaklah serius tetapi bagi kanak-kanak, jika tidak di rawat dengan segera ia boleh membawa maut.( sumber:- pusat sejahtera USM).
Antara gejala cirit birit ialah:-
1. Peningkatan membuang air besar
2. Najis yang berair dan cair
3. Terdapat angin ataukentut yang melampau
4. Kehilangan selera makan
5. Adakalanya demam
6. Terasa mual dan muntah
7. Sakit otot
Pernah kita terbaca di dada-dada akhbar suatu masa dahulu, ramai yang keracunan makanan di tempat kenduri bukan? Ada juga yang keracunan makanan setelah memakan juadah dari pasar malam atau bazar ramadhan. Pada ramadhan yang lalu, ada kes keracunan makanan yang terjadi di sebabkan penyediaan juadah berbuka iaitu "Roti John" yang telurnya tidak di bersihkan. Akibatnya, satu keluarga mendapat keracunan makanan.
Jadi,keracunan makanan inilah merupakan salah satu punca yang menyebabkan cirit-birit itu boleh berlaku. Jangan pandang remeh aspek kebersihan. Kita perlu mengetahui punca-punca cirit-birit ini serta cara mengatasinya.
Antara bakteria yang menyebabkan keracunanan makanan adalah seperti di dalam gambar di bawah:-

Antara punca cirit-birit ini berlaku ialah:-

1. Meminum air yang tercemar
2. Memakan makanan yang tercemar
3. Intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa
4. Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus seperti bakteria Rotavirus, Shigella dan ameba
Info lanjut boleh di dapati pada artikel ini Punca cirit birit dan cara merawatnya
Teringat saya sewaktu kecil-kecil dahulu, ibu dan ayah saya selalu menyuruh saya memakan pucuk jambu bagi mengatasi masalah ciri-birit yang saya alami. 

Sebagai anak, saya hanya mengikut panduan yang ibu bapa saya berikan. Saya pasti, anda juga pernah memakan pucuk jambu sebagai alternatif kepada ubat-ubat di klinik.
Selain itu, saya juga turut di beri pil "Chi Kit Teck Aun" untuk meredakan cirit-birit yang di alami. Anda semestinya pernah lihat pil berkenaan bukan? Bagi yang tidak mengenali pil tersebut, di sini saya sertakan gambarnya.


Jika anda merujuk masalah cirit-birit ini ke klinik atau hospital, sudah pasti doktor akan memberikan anda garam seperti dalam gambar di bawah untuk anda bancuh dan minum sehingga sembuh.


Bagi mereka yang mengalami cirit-birit ini , perlulah meminum air masak dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi atau kehilangan air dalam badan. 
Antara supplemen cadangan yang boleh anda ambil untk mengatasi masalah cirit-birit ini ialah:-
Performance Drink


Cinch Tea Mix


Nutriferon


 Credit : vitaminterbaikku


HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

No comments:

Post a Comment

Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)