Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Uri merupakan organ yang terdapat dalam rahim wanita yang berfungsi
untuk membekalkan oksigen dan nutrisi dari si ibu kepada bayinya. Uri di
bawah rahim merupakan satu keadaan di mana uri menutupi ruang laluan
bayi ketika proses bersalin. Dalam keadaan normal, uri seharusnya berada
di atas atau di pertengahan rahim dan bukannya di bawah.
Di awal kehamilan, kebanyakan wanita sememangnya mempunyai uri di bawah
rahim. Seiring dengan perkembangan janin bermula minggu ke 28, uri pada
situasi normal akan tertarik ke atas rahim. Jika ia masih lagi tidak
bergerak ke atas, ia dipanggil sebagai Placenta Previa (PP). Terdapat
beberapa keadaan PP samada menutupi keseluruhan pintu rahim atau
sebahagiannya saja. Rawatan juga bergantung kepada keadaan uri ketika
itu (rujuk gambar di bawah)
Risiko
Kandungan yang mempunyai uri di bawah adalah berisiko untuk kedua ibu
dan anak. Pendarahan yng berlaku boleh membawa maut kepada ibu dan bayi
yang dilahirkan mungkin tidak cukup bulan. Disebabkan kemungkinan risiko
ini berlaku, ibu hamil yang mempunyai uri di bawah perlu lebih
berhati-hati dan perlu terus ke hospital sekiranya berlaku pendarahan.
Penting juga ibu hamil yang mempunyai uri di bawah mempunyai bacaan hb yang tinggi supaya darah tidak terlalu cair yang boleh menyebabkan maut ketika proses bersalin.
Selain daripada pendarahan, kebiasaannya bayi di dalam rahim juga
berkedudukan songsang. Keadaan ini menyebabkan langkah terbaik untuk
mengeluarkan bayi adalah melalui pembedahan caeseran. Pembedahan
meninggikan lagi risiko kerana uri boleh melekat pada rahim. Keadaan ini
dipanggil plecenta accreta di mana uri tidak dapat dipisahkan daripada
dinding rahim. Jika berlaku komplikasi ketika pembedahan, rahim mungkin
terpaksa dibuang bagi mengelakkan ibu kehilangan nyawa.
Walaubagaimanapun, risiko uri melekat pada rahim hanyalah 5% bagi ibu yang belum pernah melakukan pembedahan caesaren.
Kebiasannya, jika ibu masih tidak menunjukkan tanda-tanda melahirkan dan
tiada pendarahan sehingga minggu 38, pembedahan secara efektif akan
dilakukan. Apa yang penting, ibu hamil perlu sentiasa membuat
pemeriksaan secara berkala untuk melihat kedudukan bayi dan juga uri.
Pembedahan caeseran merupakan kaedah terbaik dan selamat bagi kandungan
yang mempunyai uri di bawah dengan bantuan perkhidmatan sokongan pakar
o&g.
Saya berharap artikel ini sedikit sebanyak memberi kita gambaran yang
jelas keadaan kandungan yang mempunyai uri di bawah dan risiko yang
bakal berlaku.
Sumber: jomsihatjomgojes
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
Perkongsian yang bagus
ReplyDelete