Tuesday, 2 September 2014

Cuti Merdeka

Assalamualaikum.......

Sempena cuti merdeka kami sekeluarga tidak lepaskan peluang pulang ke kampung halaman.. Walaupun tahu jalan jem tapi disebabkan rindukan kampung halaman, kami redah jugakla.. Nasib baik kami suami isteri sekampung. Kalau tidak mahu berebut nak balik kampung masing-masing kan.


Ha...ini lah keluarga saya...Anak-anak paling gembira bila kata hendak balik kampung. Tapi sebenarnya mak dia paling gembira..Mana tidaknya, nak jumpa mak ayah. Tambah-tambah berkumpul adik-beradik. 

 Hari kedua:

Dapat jemputan kenduri di kampung. Kami tidak melepaskan peluang. Lagipun tidak jauh dari rumah mentua..Hidangannya boleh tahan, tapi saya tak makan banyak..cukup ala kadar.. TAKUT GEMUK sebenarnya...hehehe. Tapi tidak mengapa.. Set kurus kan ada.

Petangnya kami bawa anak-anak main air ke taman tema KUBANG GAJAH di Temerloh. Baru sahaja dibuka. Belum launching lagi..Seronok tidak terkira anak-anak dapat bermain air.. Jom saya kongsikan gambar mereka..



Dah penat mandi anak-anak naik keretapi pula..



Hari ketiga (Isnin)

Saya tentunya di rumah mak saya pula..kena ikut turn kan... Hari ini ayah minta masakkan sup tulang, kuey teaw goreng basah dan hidangan lauk tengah hari.. Dengan menggunakan 2 tenaga tukang masak...hehehe. Tentunya saya dan kakak ipar la. Adik dalam pantang jadi bagi dia rehat.. Maka tersedialah hidangan yang cukup menyelerakan ini....Sedap ke???? Tentula kan..



Tengok tu, berebut-rebit meratah daging


Si kecil tidak melepaskan peluang... Seketul tulang kat tangan dia






Ni dua sepupu..walaupun kerap bergaduh tapi bab makan boleh berkongsi..



Seronok betul dapat balik kampung. Kalau boleh nak duduk sana. Dekat dengan mak ayah. Tapi disebabkan tuntutan kerja, tidak apa lah. Orang kata jarang-jarang balik, lagi orang rindu...Betul ke?

Setakat itu jela percutian merdeka kami...Kita jumpa lagi di cuti-cuti akan datang...



HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

3 comments:

Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)