Lelaki sering dikaitkan dengam sikap malas dan kurang peka terhadap penjagaan kulit wajah.Mereka seharusnya buang sikap ini agar kulit sentiasa sihat dan ia mempengaruhi penampilan seseorang lelaki.
INFO TENTANG KULIT LELAKI
1. PERBEZAAN KULIT
* Lelaki mempunyai kulit yang tebal dan epidermis atau sel lebik banyak. Peningkatan hormon testosterone menyebabkan kulit lelaki lebih berminyak dari kulit wanita.
2. JENIS KULIT
* Kebanyakan kulit lelaki Asia lebih sensitif dan alergik dengan keadaan serta cuaca persekitaran dan mempunyai lebih banyak pigmen.
3. MASALAH KULIT
* Kulit berminyak dan berjerawat serta kecederaan akibat pisau cukur merupakan masalah utama lelaki. Kulit akan menjadi lebih sensitif.
4. KAEDAH PENJAGAAN YANG BETUL
* Cuci wajah dengan betul menggunakan pembersih wajah yang mengandungi ' exfoliants' lembut. Gunakan penyegar dan pelembap selepas mencuci wajah.Gunakan krim pelindung matahariuntuk melindungi kulit daripada kesan cahaya matahari.
5. PRODUK PEMBERSIH YANG SESUAI
* Pilih pembersih yang bebas haruman dan apatkan nasihat daripada pakar kulit sebelum menggunakannya.
6. PENGGUNAAN MASKER WAJAH
* Ramai lelaki menganggap penggunaan masker hanya untuk wanita. Penggunaan masker juga boleh dilakukan oleh lelaki. Ia bermanfaat untuk menyegar,memperbaiki dan menegangkan kulit wajah. Selain itu ia juga baik untuk kelancaran peredaran darah dan merangsang proses pertumbuhan sel kulit.
7. KANDUNGAN PRODUK PENJAGAAN WAJAH.
* Dalam setiap produk penjagaan wajah perlu ada bahan anti keradangan untuk menghalang proses penuaan. Bahan pelembap dan hidrasi antara elemen penting lain yang perlu ada.
8. TINDAKBALAS PRODUK PENJAGAAN TERHADAP KULIT
* Disebabkan kulit lelaki lebih tebal, maka proses tindakbalas produk penjagaan terhadap kulit wajah adalah lambat. Namun, cara penyerapan dan pemakaiannya adalah sama.
9. KESAN SAMPINGAN PADA KULIT WAJAH
* Sesetengah bahan di dalam produk penjagaan wajah boleh menyebabkan keradangan kulit. Pastikan bahan yang terkandung di dalam produk tersebut tidak mengandungi bahan tiruan. Perlu pastikan pH atau keasidan adalah normal(pH 5.5). Keradangan kulit juga terjadi kerana produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit.
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
No comments:
Post a Comment
Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)