Monday, 13 October 2014

Khasiat minyak zaitun

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minyak zaitun mempunyai khasiat yang tentunya baik untuk kesihatan tubuh manusia. Seperti yang kita ketahui, buah zaitun boleh didapat di Iran, Syria serta Palestin hingga ke Mediterranean sejak 6 ribu tahun dahulu. Minyak  Zaitun sangat terkenal di Eropah dan Timur Tengah.

Nabi Muhammad S.A.W juga menggunakan minyak zaitun sebagai minyak rambut. Buah Zaitun ada disebut di dalam surah-surah tersebut.

Surah At-Tin: ayat 1

"Demi (buah) tin dan (buah) zaitun."


Surah Al-Mukminun: ayat 20

"Dan pohon kayu keluar daripada Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak..."


Surah An-Nur: ayat 35

"... pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh..." 

Terdapat juga hadis yang menyebut mengenai pohon zaitun ini.

"Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci", diriwayatkan oleh Hazrat Sayyed Al-Ansari.

Hazrat Al-Qama bin Amir meriwayatkan " Ada minyak zaitun, makanlah, urutlah ke seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir"

Antara khasiat-khasiat minyak zaitun


  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari diri dari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Sebagai antioksidan dan antikanser
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Membantu keseimbangan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang serta tubuh yang baik khususnya pada kanak-kanak
  • Memberikan kecantikan pada kulit dan rambut
  • Menstabilkan asid lemak
  • Membekalkan vitamin E yang tinggi
  • Menghilangkan parut jerawat


HUBUNGI SAYA:- 

 FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

No comments:

Post a Comment

Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)