Bercerita pasal anak memang takkan habis. Kadang-kadang gelagat mereka membuatkan kita rasa nak marah, nak gelak dan macam-macam nak lagi. Saya mempunyai tiga orang anak, seorang perempuan dan dua laki-laki. Ada tiga orang permata hati saya ni dah boleh membuatkan rumah jadi gamat. Macam-macam aktiviti mereka bila bersama. Kejap gaduh, kejap baik. Kakak usik adik, adik usik abang. Walaupun begitu merekalah penghibur.
Keluarga saya |
Kakak dah pun bersekolah PASTI. Balik dari sekolah ada aje ceritanya. Apa yang dibuat di sekolah, apa yang dia makan. Nak kata semua la dia cerita. Angah dan adik juga macam tu. BAru je masuk keta mulut dah tak reti diam. Ada aje ceritanya.Nak kata angah ni pemalu sikit berbanding adiknya. Si adik walaupun baru berusia 2 tahun tapi bercakap macam 4 tahun. Alhamdulillah tak pelat jadi kalau dia nak bercerita kita faham apa yang dikatakannya.
Ini budak banyak akal |
Baru-baru ni si adik bertanya mana kakak? Saya beritahu kakak ke sekolah. Di tanya lagi buat apa kakak ke sekolah. Saya membalas balik kakak nak pandai. Terus dia kata BIJAK...BIJAK.. :) . Memang bijak anak ibu.
Kadang-kadang kesian jugakla kat anak-anak. Ibu pergi kerja pagi balik lewat. Malam sekejap je dengan anak-anak. Pastu anak-anak masuk tido. Berapa jam sangat sehari dengan mereka. Sebab tu kadang-kadang diorang tak bagi ibu ke tempat kerja. Nak duduk rumah dengan ibu kata Si kecik. Ibu harap anak-anak ibu faham ibu keluar mencari rezeki.
Harapan ibu suatu hari nanti ibu dapat bersama-sama anak-anak ibu dan lihat anak-anak ibu membesar depan mata ibu. Ibu tak perlu lagi menghantar anak-anak ibu ke taska. Ibu sentiasa merindui anak-anak ibu tatkala ibu di pejabat. Sabarla anak-anak ibu, In shaa Allah ibu akan usaha untuk bahagiakan kalian.
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
No comments:
Post a Comment
Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)