Saturday, 11 October 2014

Resepi Daging Kicap Lada Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Daging Kicap lada hitam antara menu kesukaan saya dan keluarga. Lebih-lebih lagi anak dara kesayangan saya ni. Kalau dihidangkan menu ini, nasi penuh pingganla jawabnya. Anak-anak saya gemarkan masakan yang sedikit pedas. Kalau tidak pedas, memang tak akan makan.

Di sini saya kongsikan bagaimana untuk menyediakan resepi ini. Jom kita tengok apa bahan-bahannya.

Bahan-bahan:


  • Daging 
  • Bawang merah /kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Garam secukup rasa
  • Kicap

Bahan untuk kisar atau tumbuk:


  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam

saya lebih suka bahan ditumbuk

Cara-cara:


  1. Tumiskan kesemua bahan yang dikisar di dalam minyak yang panas
  2. Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis, goreng hingga naik bau
  3. Masukkan daging dan kicap. Biarkan sehingga daging empuk
  4. Masukkan air sekiranya terlalu pekat
  5. Masukkan garam secukup rasa
  6. Siap untuk dihidangkan

Tumis

Bagi empuk sikit dagingnya supaya lembut

Siap dihidang


Mudah aje kan? Apa lagi, selamat mencuba.



HUBUNGI SAYA:- 

 FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

6 comments:

  1. sedapnya..daging ada dalam peti..nanti boleh cuba..tq..

    Ibu Riana Onlineshop

    ReplyDelete
  2. Sedapnye daging....Senang dan mudah....

    ReplyDelete
  3. nanpak menarik, kena beli daging ni nk try jgk:)

    ReplyDelete
  4. wah sedapyer daging masak kicap:)

    ReplyDelete
  5. Yummy... boleh cuba nt, banyak lagi daging raya korban baru2 ni dalam peti ais... :)

    Baca Tentang: Cara Makan Set Kurus

    ReplyDelete
  6. Haa bagus letak resepi daging time2 macam ni. Tengah banyak daging ni. Boleh cuba resepi ni. hehe. tq
    Jom lawat blog saya : http://annahealthnbeutyhouse.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)