Saturday, 29 November 2014

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT UNTUK MENDAPATKAN SOLAT YANG KUSYUK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Perkongsian untuk hari ini santai -santai sahaja tetapi amat bermakna bagi kita sebagai umat Islam. Untuk mendapatkan solat yang kusyuk amat sukar jika kita tidak mengetahui makna bacaan dalam solat kita. Sesetengah ustaz berpendapat sekiranya kita tidak mengetahui makna bacaan dalam solat kita, kita perlu mengingatai Allah s.w.t untuk mendapatkan solat yang kusyuk. Macam saya sendiri, memang tak tahu bahasa Arab. Jadi, perlu menghafal maksud bahasa Melayu bagi mengetahui makna bacaan itu.

Takbiratul Ihram:

Allahu Akhbar

-Allah Maha Besar-


Doa Iftitah:



Allahu akhbar kabira wal hamdulillah hi kasira wa subhana Allahi bukratan wa asila. Wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.

-Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.-


Surah Al-Fatihah:



Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil'aalamin Arahmaanirrahiim Maaliki yawmiddiin Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin Ihdinash shiraathal mustaqiimShirathal ladziina an'amta alaihim gahiril maghdhuubi'alaihin waladh dhaalliin Aaamiin

-Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.-



Bacaan Ketika Rukuk:



Subhaana rabbiyal azhim wa bi hamdih

-Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan Dengan Segala Puji-pujianNya-



I'tidal:


Sami'allaahu liman hamidah. Rabaanaa walakal hamdu

-Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan Kami Bagi Engkaulah Segala Pujian-



Sujud:


Subhaana rabbiyal a'la wa bi hamdih

-Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan Dengan Segala Puji-pujianNya-



Duduk antara dua sujud:


Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii.

-Ya Allah, ampunlah dosaku, dan rahmatilah daku, lindungilah aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku, dan maafkanlah akan daku.-


Tahiyatul awal & akhir:

tahiyat awal

Tahiyat akhir 1

Tahiyat akhir 2



At tahiyyaatul mubarakatus shalawaatu thayibaatulillah.
Assalaamu'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa barakaatuh.
Assalaamu'alainaa wa'ala ibaadillahis shaalihiin.
Asyhadu anlaa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh.

Allaahumma shalli 'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita 'alaa Ibraahim wa'alaa aali Ibrahim, wa baarik 'alaa Muhammadin wa'alaa aali Muhammad, kama baarakta 'alaa Ibrahiima wa'alaa aali Ibraahima, fil 'aalamiina innaka hamiidun majiid.

Segala penghormatan dari berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya.
Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh
Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya

Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.




Salam kanan dan kiri



Sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah

Doa Qunut



Ya Allah, berilah aku petunjuk
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku
apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan
yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan
tiada siapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu
selain daripada Engkau
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinan-Mu
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami
dan Maha Tinggi Engkau
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji
terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi
dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda di luar sana. In shaa Allah.

HUBUNGI SAYA:- 

 FB : Zainah Mohamad
 Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

No comments:

Post a Comment

Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)