Wednesday, 17 December 2014

8 Cara Atasi Kulit Kering Agar Tidak Nampak Seperti Bersisik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Kulit Kering

Ramai di kalangan wanita mempunyai masalah kulit kering. Tahukah anda punca berlakunya masalah kulit kering?Antara faktor penyebab masalah kulit kering ini terjadi adalah disebabkan perubahan cuaca, penggunaan alat solek yang tidak sesuai dengan kulit muka, sinaran matahari dan sebagainya. Terdapat 8 cara tasi kulit kering supaya wajah tidak nampak bersisik.

8 Cara Atasi kulit Kering

Antara cara atasi masalah kulit kering adalah:

1. Kepentingan air

Air perlu diminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Sekiranya cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih banyak daripada itu. Sekiranya anda tidak mendapat air yang cukup dalam badan, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi. Minuman berkafein seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana sahaja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan yang lain. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

2. Makanan Yang Seimbang

Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda perlu elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

3. Pengambilan Alkohol

Elakkan daripada alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

4. Kurangkan berada di tempat berhawa dingin

Anda dinasihatkan agar tidak berad berada dalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.

5. Bersihkan Muka

Basuh muka anda dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

6. Pilih produk solekan mengikut jenis masalah 

Pemilihan produk penjagaan dan solekan yang betul perlu dipastikan agar serasi dengan masalah kulit. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

7. Tidur Yang Cukup

Anda digalakkan untuk mendapatkan 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang cukup sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. 

8. Lapkan muka dengan tuala bersih

Anda perlu lapkan kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka. Anda perlu mengelak daripada menggosok muka kerana ia akan meanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.

Cara Atasi Kulit Kering

Bagaimana untuk mengatasi kulit kering?


Vitamin E boleh bertindakbalas terhadap bahan kimia yang reaktif yang boleh menyebabkan kerosakan. vitamin E juga boleh menyerap tenaga dari sinar ultraviolet (UV). Oleh itu ia memainkan peranan penting dalam melindungi kulit dari radikal bebas yang dihasilkan dari sinar UV.

Vitamin E ni secara semulajadi memang ada pada lapisan epidermis (lapisan kulit paling atas) kita dan ia mempengaruhi penghasilan sebum (bahan berminyak dari liang roma sebab tu produk untuk kulit kering akan disertakan dengan vitamin E kan? Dengan vitamin E kulit kita akan menjadi lebih 'moist', tidak terlalu berminyak dan tidak kering. Vitamin E ni boleh juga disapu terus pada kulit atau dibuat masker.




Jika anda mengalami masalah kulit kering, hubungi saya untuk mendapatkan produk dan konsultasi istimewa.



HUBUNGI SAYA:- 

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

No comments:

Post a Comment

Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)