Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:
Permainan Congkak
Sape suka main congkak? Congkak merupakan permainan kegemaran saya masa zaman remaja dulu. Kalau nak ikutkan banyak permainan tradisional yang sudah dilupakan kini. Zaman remaja dahulu memang seronok. Setiap petang ada aje aktiviti dengan rakan-rakan kejiranan. Tak macam sekarang, batang hidung jiran pun jarang sekali nampak. Memang ketara betul zaman dahulu dan sekarang.Kenali Permainan Congkak
Congkak merupakan permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau pertandingan. Selalunya congkak diperbuat daripada papan kayu berlubang atau lubang di tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.
Zaman saya dulu selalu buat lubang congkak kat tanah je. Nak beli congkak kayu memang mak ayah tak bagi. Jadi guna inisiatif sendiri je la korek lubang kat tanah. Buahnya pula, kalau rajin kutip biji getah kat kebun belakang rumah, kami guna biji getah. Kalau tidak, kutip batu kat tepi jalan aje dijadikan sebagai buah congkak. Save budget.
Sebenarnya congkak dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau Arab.Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM dijumpai di Jordan.
Dari Timur Tengah,permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Carribean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai di sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia congkak dikenali dengan nama congklak,manakala di Filipina dikenali sebagai sungka.
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Bagi mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Peraturan Permainan Congkak
Berikut adalah peraturan permainan congkak:
1. Dua orang pemain akan duduk berhadapan menghadap papan congkak. Permainan dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah congkak dikedudukan masing-masing dan bergerak dari satu lubang ke satu lubang hingga ke kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah terakhir pada tangan dimasukkan ke dalam lubang kosong sama ada di kampung sendiri atau pihak lawan. Sekiranya buah jatuh atau mati di kampung sendiri, pemain boleh menikam buah yang ada di lubang pihak lawan jika ada, selepas membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan akan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
4. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula lubang di kampung mereka mengikut buah yang dikaut hasil pusingan pertama tadi. Sekiranya salah seorang tidak cukup buah congkak, lubang itu dianggap terbakar.
5. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang dikira berdasarkan pengumpulan buah congkak terbanyak.
Permainan yang mudah dan menyeronokkan. Tidak rugi mengajar anak-anak kita bermain. Tambah ilmu pengetahuan juga menggalakkan aak-anak mengira.
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel: zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]
No comments:
Post a Comment
Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)