Monday, 5 January 2015

Anak Mencari Cara Atasi Kayap Supaya Ayah Tidak Lagi Mengadu Sakit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Saya dihubungi oleh seorang anak memberitahu ayahnya mengadu sakit di bahagian dada dan rasa pedih di bahagian belakang. Kata ayahnya di bahagian belakang badan seperti sekelompok biji-biji yang berair. Apabila disentuh terasa sakit dan pedih. Ayahnya juga mengalami demam disebabkan oleh kewujudan biji-biji berair itu. Melihat pada belakang ayahnya itu, anaknya mendapati ia adalah kayap. Jadi beliau cuba mencari cara atasi kayap supaya ayahnya tidak lagi mengadu sakit.

Kayap? Apa itu kayap?


Kayap atau juga dikenali herpes zoster (atau sekadar zoster) merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV). Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mendapat ruam kulit yang memedihkan dengan lepuh pada satu-satu kawasan badan dan ia seolah-olah berbentuk jalur. Penyakit kayap adalah berbeza dengan penyakit herpes simpleks walaupun virus varicella zoster dan virus herpes simpleks adalah daripada subkeluarga yang sama iaitu Alphaherpesvirinae.

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada bahagian badan iaitu bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). Keadaan ini akan menyebabkan pesakit rasa sakit, kebas dan panas. Begitulah yang dialami oleh ayah adik ini. 

Risiko-risiko Utama Penyakit Ini adalah:


1. Umur yang semakin meningkat iaitu 50 tahun ke atas.

2. Kelemahan sistem imunisasi (pertahanan badan) yang berpunca daripada jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat (seperti ubat steroid).

Penyakit ini selalunya dijangkiti antara 10 hingga 30 peratus individu sepanjang hayat. Penyakit ini disebabkan oleh pengaktifan virus varicella zoster. Ia mula menghuni badan pesakit apabila menghidapi penyakit cacar air atau chickenpox. Virus ini akan berhibernasi dalam pusat saraf (ganglion) selepas cacar air ini sembuh. Jika sistem iun badan menjadi lemah, virus ini akan aktif seula dan menyerang urat saraf dan akan enyebabkan berlakunya keradangan saraf.

Tanda-tanda Dijangkiti Kayap


  1. Berlaku keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja iaitu bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). Ini menyebabkan pesakit akan rasa sakit, kebas dan panas pada bahagian urat saraf yang terlibat, hingga mengakibatkan demam, keletihan dan sakit kepala.
  2. Pada peringkat awal, berlaku tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan pada bahagian saraf yang terlibat. Selepas 1 hingga 2 hari, tompok merah akan menjadi gelembong air kecil berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air itu menjadi semakin keruh dan akhirnya kering. Kulit kering (crusts) itu akan jatuh dengan sendiri dalam masa satu hingga dua minggu yang berikutnya.

Sekiranya anda enghadapi masalah kayap ini, jangan berlengah untuk mencari cara atasinya. Ini bagi mengelakkan anda mengalami komplikasi -komplikasi seperti berikut:

1. Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman dan bakteria serta pendarahan pada gelembong air di kulit antara yang akan dihadapi oleh pesakit. Gelembong itu mungkin boleh merebak ke kawasan lain. Ia selalunya berlaku kepada pesakit yang lemah sistem imunisasi. Pesakit ini mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa panjang.

2. Boleh menjadi buta

Jika kayap melibatkan bahagian muka, mungkin memberi kesan kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf mukaia boleh  menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kayap juga boleh menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) dan usus (enterocolitis).

3.Sakit Berpanjangan

Antara komplikasi kronik yang lain adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi ini selalunya dialami pesakit yang lebih tua iaitu 65 tahun ke atas. Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi lain termasuk mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).


Cara Atasi Kayap daripada Merebak

Dengan menggunakan vivix, ia dapat membantu anda mengawal komplikasi yang dihadapi. Dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan bahawa ia memberi impak kepada empat mekanisme utama penuaan pada tahap seluler, iaitu: 


  • Melindungi dan membaiki seluler DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru mitochondria)
  • Melambatkan pembentukkan protin AGE ( advanced Glycation End products).  





Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

No comments:

Post a Comment

Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)