Monday, 29 September 2014

Gejala Anemia dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Anemia terjadi apabila seseorang itu tidak memiliki sel-sel darah merah yang kuat dan bertenaga untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Sel-sel ini mungkin kekurangan hemoglobin yang cukup. Hemoglobin merupakan sejenis protein yang memberikan warna merah kepada darah.


Antara gejala-gejala yang sering dihadapi oleh pesakit anemia adalah:


  • Keadaan yang lemah
  • Pening
  • Kulit kelihatan pucat
  • Sering mengalami sakit kepala
  • Rasa kebas atau seram sejuk pada tangan dan kaki
  • Suhu badan menjadi rendah


Faktor-faktor Risiko Anemia:


  • Wanita dan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti sakit buah pinggang
  • Wanita yang kehilangan darah yang banyak sewaktu haid boleh menjadi anemik
  • Kehamilan
  • Diet rendah zat besi, folat atau vitamin B12
  • Penyakit keturunan

Antara penyebab kepada anemia adalah:


  1. Pengambilan zat besi yang rendah - sesetengah makanan dan ubatan boleh menghalang penyerapan zat besi apabila di ambil dengan makanan yang kaya dengan besi. Ia termasuklah tenusu, makanan kaya kalsium, kopi dan teh.
  2. Kekurangan vitamin - Tubuh memerlukan vitamin B12 dan folat bagi menghasilkan sel-sel darah merah. B12 terdiri daripada haiwan dan bijirin sarapan manakala folat pula terdiri daripada sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang yang dikeringkan.
  3. Penyakit kronik atau jangkitan 
  4. Anemia aplastik - diakibatkan oleh sumsum tulang yang tidak menghasilkan sel-sel darah sepenuhnya untuk dibekalkan pada tubuh.
  5. Kehilangan darah - akibat haid, ulser, kecederaan atau pembedahan.
  6. Talasemia menyebabkan tubuh yang menghasilkan sel-sel darah merah sihat lebih rendah dan kurang hemoglobin.

Cara mengatasi anemia adalah dengan:

  1. Pengambilan daging rendah lemak- dapat meningkatkan hemoglobin dan kaya dengan zat besi.
  2. Sayuran seperti sawi, brokoli, bayam, ubi, kacang polong hijau, kacang merah, lobak, dan kentang.
  3. Buah-buahan seperti epal, plum, anggur dan sebagainya.
  4. Kacang almond memberikan zat besi pada tubuh.
  5. Kuning telur  dicampur dengan air daun bawang.
  6. Hati ayam 



Selain daripada cara-cara di atas, terdapat juga suplemen yang dikhaskan untuk mengatasi anemia, antaranya:


1. Vita-lea Iron Formula : Mengandungi zat besi dan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat

2. Sustained Release Vita - C : Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi serta pengeluaran hemoglobin. 


3. B Complex : Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Dilengkapkan dengan 8 vitamin termasuk B12 dan folat.


4. Energizing Soy Protein (ESP) - Membantu bdan menghasilkan darah kerana ia sumber protein yang hebat. Selain itu memberikan tenaga kepada tubuh yang lemah.

Untuk mendapatkan suplemen- suplemen di atas, boleh terus hubungi saya melalui:


Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

6 comments:

  1. Apabila anda kekurangan darah boleh ambik vitalea dan B complex shaklee..memang terbaik...

    ReplyDelete
  2. boleh pitam kalau ada anemia..

    Sedang Menyusu? Jemput Baca -->> AWAS MINUMAN BERKAFEIN BAGI IBU MENYUSU

    ReplyDelete
  3. masa anak kedua saya ada masalah ni..memang penat sket dr mengandungkan anak sulung

    Makanan yang boleh meningkatkan kesuburan suami isteri | Diari Mama

    ReplyDelete
  4. saya mengalami masalah HB rendah...
    dulu time prgnnt,,saya amalkan jambu batu..sbb time tu tak terdedah pada shaklee.. Now saya byk dapat info..
    tq ye..

    Jom baca >>
    http://superdupersupplement.blogspot.com/2014/09/adakah-kanser-jika-payudara-lelaki.html

    ReplyDelete

Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)