Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Gigi yang putih dan sihat tentunya idaman setiap orang supaya tampil lebih berkeyakinan. Gigi yang kuning membuatkan kita berasa maludan rendah diri. Bicara juga tidak lancar kerana segan membuka mulut, lantaran pertuturan menjadi tidak jelas.
Di sini saya kongsikan 6 tips untuk memutihkan gigi dengan cara tradisional. Saya juga pernah lakukan kaedah yang sama semasa zaman persekolahan dahulu. Mari kita lihat apa tipsnya.
1. Menggunakan arang bagi membersihkan kotoran
Caranya:
Basahkan berus gigi kemudian taburkan sedikit serbuk arang. Berus gigi dengan gerakan bulatan selama lebih kurang 2 hingga 3 minit. Cuci gigi sehingga benar-benar bersih. Serbuk arang membantu mengatasi masalah gigi kuning kerana ia membersihkan gigi dengan lebih baik. Bagi mereka yang mempunyai gigi yang sensitip, tidak digalakkan mengamalkan kaedah ini secara kerap. Cukup sekadar seminggu sekali sahaja.
2. Buah strawberi dan minuman soda
Caranya:
Campurkan buah strawberi yang telah dilenyek dengan sedikit minuman soda. Kemudian sapukan ramuan ini pada berus gigi dan gosok gigi dengan perlahan-lahan. Bersihkan gigi kemudian gosok semula gigi menggunakan ubat gigi. Lakukan petua ini seminggu sekali.
3. Menggunakan kulit lemon
Caranya:
Gosok gigi dengan bahagian dalam kulit lemon atau oren. Selepas itu bilas sehingga bersih. Kemudian gosok sekali lagi menggunakan ubat gigi. Lakukan petua ini seminggu sekali.
Kulit lemon dapat membantu menghakis kotoran dan memutihkan gigi.
4. Produk tenusu bersihkan mulut
Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt mempunyai kandungan mineral yang dapat membantu menguatkan dan memutihkan gigi. Susu dan yogurt juga dikatakan mampu mengekalkan kebersihan mulut.
5. Serbuk buah pinang
Caranya:
Bakar buah pinang sehingga hangus, kemudian hancurkan. Sapukan serbuk buah pinang pada gigi dan gosok gigi perlahan-lahan menggunakan kain.
6. Garam dan lemon
Caranya :
Potong lemon kepada 4 bahagian, kemudian taburkan garam pada hirisan ini. Gosok gigi perlahan-lahan. Lakukan dua kali sebulan sahaja kerana garam boleh merosakkan enamel gigi.
Moga tips yang diberikan dapat dimanfaatkan. Terima kasih.
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
Terima kasih atas tips yang sangat bermanfaat bagi sya....
ReplyDelete