Friday, 24 October 2014

Cara atasi rambut beruban

Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia


Rambut beruban sebelum usia? Pernahkah anda mengalaminya? Apakah yang menyebabkan berlakunya rambut beruban di usia muda? Jom kita kaji sikit penyebab can cara untuk mengatasi masalah ini.

Mitos ada menyatakan mencabut uban akan menyebabkan lebih banya lagi ia akan tumbuh. Benarkah begitu? Kakak saya pun ada bagitau perkara yang sama. Bagi wanita tentunya akan risau kerana akan memberi impak yang besar pada penampilan diri. 

Pigmen kulit kepala kita dikenali sebagai melanin yang memberi kesan terhadap rambut. Semakin berusia, pengeluaran melanin akan berkurangan dalam folikel rambut. Ini akan menyebabkan rambut akan bertukar menjadi putih secara semulajadi. 

Golongan muda sering bimbang sekiranya mengalami masalah rambut putih pra-matang . Ini kerana ia bukan sesuatu yang normal berlaku di kalangan remaja atau golongan muda.

Punca-punca uban pra matang

1. Mengalami tekanan yang tinggi


Kemunculan uban sebelum masanya adalah akibat daripada gaya hidup moden yang sentiasa sibuk dan menanggung tekanan dan ketegangan sama ada berhubung pekerjaan atau peribadi.


2. Genetik

Faktor genetik memainkan peranan dalam pertumbuhan uban. Sekiranya keturunan anda iatu ibubapa atau datuk nenek anda mengalami masalah rambut yang beruban pra-matang sebelum mencecah usia tua, berkemungkinan anda juga akan mewarisinya.

3. Pemakanan yang tidak seimbang


Faktor pemakanan seimbang amat memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan rambut serta tubuh badan. Kekurangan vitamin B12 menjadi punca kepada rambut beruban.Anda dinasihatkan meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin B12 seperti sardin, daging, salmon, tuna, keju, dan susu.

4. Pengambilan kafein serta makanan bergoreng

Teh dan kopi merupaka minuman yang berkafein. Namun begitu kafein yang terdapat pada teh tidaklah setinggi dalam minuman kopi. Makanan bergoreng dan berempah juga merupakan faktor penyebab kemunculan rambut putih ini.

5. Tabiat yang tidak sihat

Merokok, minum minuman keras dan sebagainya boleh menyebabkan rambut beruban. Perokok tegar lebih cenderung untuk mendapat masalah rambut beruban pra-matang berbanding dengan yang tidak merokok.

6. Emosi

Uban juga boleh terjadi ketika seseorang itu mengalami gangguan emosi. Ia adalah fenomena semnetara sahaja.


Cara atasi rambut beruban

1. Pengambilan vitamin

Pertumbuhan uban dapat dicegah dengan penambahan vitamin B12 dalam pemakanan seharian. Pengambilan vitamin A dan B juga perlu ditingkatkan bagi mengelakkan masalah uban ini berlaku. Diingatkan juga supaya melebihkan pengambilan sayur berdaun hijau, buah-buahan berwarna kuning. 

2. Pengambilan makanan kaya dengan iodin


Ikan mengandungi kandungan iodin yang tinggi. Begitu juga dengan pisang dan lobak merah. Pengambilan makanan ini dapat menghalang rambut beruban.

3. Jus segar


Jus sayuran dan buahan yang segar diambil bagi menggantikan minuman yang tinggi kandungan gula seperti minuman ringan. Contoh jus yang baik untuk masalah rambut beruban seperti lobak merah, salad, dan alfalfa. Ia juga menjadikan rambut sentiasa sihat.

4. Sapukan inai


Ina merupakan herba yang digunakan di India dan merupakan perapi rambut yang berkesan. Penggunaan inai bukan sahaja untuk mengelakkan rambut beruban tetapi ia dapat menguatkan rambut dan menghalang rambut bercabang.

5. Gunakan aloe vera (lidah buaya)



Aloe vera sangat berkesan dalam penjagaan rambut. Caranya, hanya menggosok rambut dengan campuran aloe vera dan santan kelapa. Ia akan menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kemunculan kelemumur dengan meneutralkan aras pH kulit kepala dan membersihkan pori-pori. 



8. Sapukan minyak pada rambut





Sapukan campuran minyak kelapa atau minyak badam bersama jus lemon. Menggosok rambut menggunakan minyak ini akan membantu menghitamkan semula rambut putih.



9. Tingkatkan pengambilan mineral




Melanin memainkan peranan terhadap rambut. Kekurangan melanin mungkin merupakan hasil daripada kekurangan mineral dan zat besi. Oleh itu, penting mengamalkan pemakanan yang seimbang bersama jumlah zat besi yang mencukupi bagi penghasilan melanin yang aktif dan sihat. Tyrosine adalah enzim yang mengandungi zat besi yang menukarkan Tyrosine menjadi melanin. Zat ini boleh didapati daripada hati lembu, cendawan, bayam, terung, asparagus, daun pudina, kentang, kacang hijau, tomato, halia dan lain-lain lagi.


Selain daripada kaedah ini, anda juga boleh menggunakan suplemen Shaklee yang terbukti dapat membantu anda mengatasi masalah rambut beruban ini. Inshaa Allah.

Antara suplemen yang dicadangkan adalah:

1. ENERGIZING SOY PROTEIN - Rambut dibina daripada protein

ESP


2. ZINK COMPLEX - Mengukuhkan rambut serta membekalkan zink

zinc complex




3. COLLAGEN POWDER -Melembapkan rambut , menghalang perpecahan rambut


Collagen powder


4. LECITHIN - Melembapkan dan menghitamkan rambut

Lecithin

5. VITA C 500 mg SUSTAINED RELEASE - Membantu meningkatkan peredaran kulit kepala

vita c sustained release



Unuk mendapatkan vitamin-vitamin ini, anda boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah.




HUBUNGI SAYA:- 

Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

No comments:

Post a Comment

Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)