Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:
1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK
HUBUNGI SAYA:-
Persepsi Salah Wanita
Tak kenal maka tak cinta. Pandangan pertama sering menimbulkan persepsi negatif terutama pandangan wanita terhadap lelaki. Namun begitu tidak semua anggapan wanita itu tepat sebaliknya mereka harus memandang dari pelbagai sudut. Mari kita lihat antara alasan lelaki di atas persepsi salah wanita terhadap mereka.1. Lelaki tidak suka wanita terlalu berdikari
Wanita sering beranggapan lelaki tidak suka berurusan dengan wanita yang memiliki kekuatan dalam kerjaya dan mempu nyai kawalan mantap terhadap kehidupannya. Anggapan ini adalah salah kerana terdapat juga lelaki yang boleh menerima kehadiran wanita seperti ini dalam kehidupan mereka. Malah, wanita seperti inimenjadi idaman lelaki kerana biasanya wanita sebegini mempunyai kekuatan peribadi.
2.Lelaki tidak suka wanita yang memulakan hubungan
Ramai lelaki yang suka dan amat bertuah apabila didekati oleh wanita. Namun, wanita pula ramai menganggap itu merupakan tindakan seperti "perigi mencari timba". Sebenarnya ia bergantung pada cara wanita mendekati jejaka tersebut.
3. Semua lelaki yang baik sudah berpunya
Anggapan kebanyakan wanita bahawa lelaki baik biasanya sudah berkahwin. Alasannya berkahwin membuatkan lelaki lebih bertanggungjawab dan ini akan terpancar pada lelaki yang mereka kenali yang kebetulannya sudah berumahtangga.
Ia salah kerana sikap baik itu turut dimiliki oleh lelaki bujang atau yang belum berpunya. Ianya tidak kelihatan jelas kerana kebanyakan lelaki tidak mahu menonjolkan kelebihan mereka.
4. Lelaki tidak suka komitmen
Sekiranya lelaki boleh terikat dengan komitmen pekerjaan, bermakna dia juga boleh memberikan komitmen terhadap ikatan dalam perhubungan. Sekiranya ia tiada da;lam diri seseorang lelaki, maka itu bukanlah pilihan yang tepat untuk wanita. Lelaki juga masih sudi memberikan komitmen sekiranya dia betul-betul menghargai wanita yang disayanginya.
5. Lelaki hanya inginkan seks
Meskipun secara terang-terangan lelaki seolah-olah menunjukkan hasrat seksual pada wanita yang dicintainya, namun sebenarnya bukan itu yang mereka mahukan. Mereka lebih mahukan cinta dan juga komitmen dalam perhubungan.
6. Lelaki tidak memahami wanita
Bukan setiap saat lelaki boleh membaca fikiran pasangan mereka. Kemungkinan besar lelaki tidak memahami 80 peratus tanda-tanda yang diberikan oleh pasangan. Wanita perlu tahu, lelaki mempunyai perbezaan dengan wanita dalam pemikiran, melakukan pendekatan dan menangani masalah.
Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:
1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel: zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]
No comments:
Post a Comment
Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)