Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Resepi Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan Melayu yang selalunya disediakan sebagai sarapan pagi. Walaupun ianya dikatakan makanan orang Melayu, kaum Cina dan India juga turut menggemari nasi lemak. Hari ini saya akan kongsikan resepi nasi lemak yang mudah dan ringkas yang saya sediakan untuk keluarga saya hari ini kerana saya terpaksa bercuti akibat anak bongsu demam. Sebagaimana entri yang saya kongsikan semalam berkenaan cara atasi demam anak, balik dari kerja, dapat tahu anak saya demam. Anak dara saya pernah kata pada saya, pandai ke ibu buat nasi lemak, sedap sangatke? Ha, hari ni ibu tunjuk skill. Puas hati bila suami menambah sampai tiga kali. Nampak tak betapa sedapnya nasi lemak yang ibu sediakan.Hehehe
Jangan buang masa lagi, jom ketahui apa bahan-bahan yang saya gunakan.
Cara Membuat Nasi Lemak
Bahan A (untuk nasi)
2 cawan Beras (dibasuh dan ditoskan)
3 cawan santan
Halia (diketuk)
2 helai daun pandan yang disimpulkan
Sedikit garam
Bahan B (sambal ikan bilis)
Ikan bilis
3 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
4 sudu cili giling
Air asam jawa
Gula
Garam
Minyak Masak
Gula Kabung
Cara Memasak Nasi Lemak:
1. Masukkan semua bahan A dalam periuk
2. Tanak nasi seperti biasa dan sentiasa kacau agar santan sebati dengan beras
Cara Membuat Sambal
1. Masukkan sedikit minyak
2. Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
3. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak
4. Masukkan ikan bilis dan gaulkan
5. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan gula kabung
6. Rasa dan boleh dihidangkan bersama telur , kacang dan timun
Mudah je kan. Selamat mencuba semua.
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]
Haha xpnh wat nsi lemak..blh try ni..
ReplyDeleteCara menyusukan bayi pramatang
alamak..sedapnya nasi lemak.
ReplyDeleterasa nak try pulak esok..hihi
Tips Elak Muntah Ketika Hamil Supaya Suami Tidak Terabai