SILA KLIK KAT SINI YE

Tuesday 2 December 2014

Cara Atasi Demam Anak Supaya Ibu Tidak Dibuang Kerja Kerana Kerap MC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...




Risau Bila Anak Demam

Ibu mana yang tidak runsing, tidak resah bila anak sering sahaja demam. Ibu akan merasa susah hati bila anak-anak tidak sihat. Bukannya apa, kalau sakit, anak-anak akan monyok dan sering merengek. Sebagai wanita yang bekerjaya, tentunya ia menjadi sukar apabila mengenangkan tugasan di pejabat dan anak yang sedang demam. Jika kerap meminta cuti, apa pula pandangan orang. Tambahan jika kerap memohon cuti. Risau juga dibuang kerja. Jadi, apa yang perlu dilakukan, si ibu segera mencari cara atasi demam anak supaya beliau tidak dibuang kerja akibat kerap cuti.

Anak-anak saya juga kerap demam. Apa yang saya lakukan, saya jelum kepala anak dengan daun bunga raya putih supaya panas cepat turun. Alhamdulillah, ianya berhasil. Jika tiada bunga raya, selalunya saya gunakan asam jawa yang diramas dengan air dan sapu di seluruh kepala anak. In shaa Allah ia dapat membantu. 


Punca Demam

Kadang-kadang terfikir juga, apa yang menyebabkan anak-anak kerap diserang demam. Setelah membaca beberapa artikel, barulah diketahui puncanya iaitu disebabkan oleh bakteria dan virus yang menyerang. Namun terdapat perbezaan bagi kanak-kanak yang demam disebabkan oleh virus dan bakteria ini.

Kajian menunjukkan 80 peratus kanak-kanak mengalami jankitan akibat virus. Jangkitan virus ini seperti demam, selsema, batuk, dan cirit-birit. Manakala bagi jangkitan bakteria pula memperlihatkan kadar suhu demam lebih kuat dan tinggi. Sekiranya anak-anak demam disebabkan jangkitan bakteria, ia menyebabkan mereka kelihatan lemah dan tidak bermaya. Untuk mengetahui sama ada anak-anak demam biasa atau serius, perlu lihat tempoh masa demam dan tingkah laku anak-anak.


Selain daripada itu, keadaan persekitaran yang tidak bersih juga penyebab kepada anak tidak sihat. Kekurangan vitamin C juga menyebabkan sistem imun anak-anak lemah dan mudah dijangkiti penyakit.

Cara Atasi Demam

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi demam anak-anak iaitu dengan mengambil kain basah dan dilapkan ke seluruhan badan anak untuk menurunkan suhu badan yang panas. Seelok-eloknya gunakan air suam agar liang-liang roma terbuka dan segala wap-wap panas keluar melaluinya.

Ibu juga boleh mengamalkan jelum kepala anak-anak menggunakan air asam jawa atau daun bunga raya dan di sapu ke seluruh kepala. Daun bunga raya ini perlulah diramas dan mengeluarkan lendir. Lendir-lendir itu membantu menurunkan panas badan.

Namun, mengikut petua ayah saya, sekiranya demam terlalu panas, beliau akan memandikan anak-anak di tengah pagi. Memang saya pernah merasa teknik ni masa kecil-kecil dulu. Lepas mandi sejuk menggigil tetapi panas badan akan berkurangan.

Ibu-ibu juga perlu memastikan anak-anak minum air kosong sebanyak mungkin agar panas badan berkurangan apabila kerap membuang air kecil. lagi banyak minum , lagi bagus.

Terdapat juga suplemen yang membantu menguatkan sistem imun anak-anak iaitu Vitamin C Chewable, Nutriferon dan Mealshakes. Sistem imun badan anak-anak perlu diambil serius bagi mengelakkan jangkitan penyakit mendekati anak-anak. Ibu bapa bolehlah mengambil inisiatif ini agar dapat memelihara kesihatan anak-anak.







Sayangi anak anda dan kerjaya anda. Pilihlah makanan tambahan yang diperbuat secara semulajadi berbanding ubat-ubatan yang mungkin boleh membawa padah..

Saksikan video yang mungkin dapat membantu anda untuk atasi masalah anak yang sukar makan, tidak berselera untuk makan, selalu memilih makanan lebih-lebih lagi makanan ringan. Memang favourite mereka kan...


Hubungi saya sekarang bagi mendapatkan konsultasi mengenai produk.





Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE

2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM




HUBUNGI SAYA:-


Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]