SILA KLIK KAT SINI YE

Friday, 24 October 2014

Cara atasi rambut beruban

Punca Dan Cara Mengatasi Rambut Beruban Sebelum Usia


Rambut beruban sebelum usia? Pernahkah anda mengalaminya? Apakah yang menyebabkan berlakunya rambut beruban di usia muda? Jom kita kaji sikit penyebab can cara untuk mengatasi masalah ini.

Mitos ada menyatakan mencabut uban akan menyebabkan lebih banya lagi ia akan tumbuh. Benarkah begitu? Kakak saya pun ada bagitau perkara yang sama. Bagi wanita tentunya akan risau kerana akan memberi impak yang besar pada penampilan diri. 

Pigmen kulit kepala kita dikenali sebagai melanin yang memberi kesan terhadap rambut. Semakin berusia, pengeluaran melanin akan berkurangan dalam folikel rambut. Ini akan menyebabkan rambut akan bertukar menjadi putih secara semulajadi. 

Golongan muda sering bimbang sekiranya mengalami masalah rambut putih pra-matang . Ini kerana ia bukan sesuatu yang normal berlaku di kalangan remaja atau golongan muda.

Punca-punca uban pra matang

1. Mengalami tekanan yang tinggi


Kemunculan uban sebelum masanya adalah akibat daripada gaya hidup moden yang sentiasa sibuk dan menanggung tekanan dan ketegangan sama ada berhubung pekerjaan atau peribadi.


2. Genetik

Faktor genetik memainkan peranan dalam pertumbuhan uban. Sekiranya keturunan anda iatu ibubapa atau datuk nenek anda mengalami masalah rambut yang beruban pra-matang sebelum mencecah usia tua, berkemungkinan anda juga akan mewarisinya.

3. Pemakanan yang tidak seimbang


Faktor pemakanan seimbang amat memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan rambut serta tubuh badan. Kekurangan vitamin B12 menjadi punca kepada rambut beruban.Anda dinasihatkan meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin B12 seperti sardin, daging, salmon, tuna, keju, dan susu.

4. Pengambilan kafein serta makanan bergoreng

Teh dan kopi merupaka minuman yang berkafein. Namun begitu kafein yang terdapat pada teh tidaklah setinggi dalam minuman kopi. Makanan bergoreng dan berempah juga merupakan faktor penyebab kemunculan rambut putih ini.

5. Tabiat yang tidak sihat

Merokok, minum minuman keras dan sebagainya boleh menyebabkan rambut beruban. Perokok tegar lebih cenderung untuk mendapat masalah rambut beruban pra-matang berbanding dengan yang tidak merokok.

6. Emosi

Uban juga boleh terjadi ketika seseorang itu mengalami gangguan emosi. Ia adalah fenomena semnetara sahaja.


Cara atasi rambut beruban

1. Pengambilan vitamin

Pertumbuhan uban dapat dicegah dengan penambahan vitamin B12 dalam pemakanan seharian. Pengambilan vitamin A dan B juga perlu ditingkatkan bagi mengelakkan masalah uban ini berlaku. Diingatkan juga supaya melebihkan pengambilan sayur berdaun hijau, buah-buahan berwarna kuning. 

2. Pengambilan makanan kaya dengan iodin


Ikan mengandungi kandungan iodin yang tinggi. Begitu juga dengan pisang dan lobak merah. Pengambilan makanan ini dapat menghalang rambut beruban.

3. Jus segar


Jus sayuran dan buahan yang segar diambil bagi menggantikan minuman yang tinggi kandungan gula seperti minuman ringan. Contoh jus yang baik untuk masalah rambut beruban seperti lobak merah, salad, dan alfalfa. Ia juga menjadikan rambut sentiasa sihat.

4. Sapukan inai


Ina merupakan herba yang digunakan di India dan merupakan perapi rambut yang berkesan. Penggunaan inai bukan sahaja untuk mengelakkan rambut beruban tetapi ia dapat menguatkan rambut dan menghalang rambut bercabang.

5. Gunakan aloe vera (lidah buaya)



Aloe vera sangat berkesan dalam penjagaan rambut. Caranya, hanya menggosok rambut dengan campuran aloe vera dan santan kelapa. Ia akan menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kemunculan kelemumur dengan meneutralkan aras pH kulit kepala dan membersihkan pori-pori. 



8. Sapukan minyak pada rambut





Sapukan campuran minyak kelapa atau minyak badam bersama jus lemon. Menggosok rambut menggunakan minyak ini akan membantu menghitamkan semula rambut putih.



9. Tingkatkan pengambilan mineral




Melanin memainkan peranan terhadap rambut. Kekurangan melanin mungkin merupakan hasil daripada kekurangan mineral dan zat besi. Oleh itu, penting mengamalkan pemakanan yang seimbang bersama jumlah zat besi yang mencukupi bagi penghasilan melanin yang aktif dan sihat. Tyrosine adalah enzim yang mengandungi zat besi yang menukarkan Tyrosine menjadi melanin. Zat ini boleh didapati daripada hati lembu, cendawan, bayam, terung, asparagus, daun pudina, kentang, kacang hijau, tomato, halia dan lain-lain lagi.


Selain daripada kaedah ini, anda juga boleh menggunakan suplemen Shaklee yang terbukti dapat membantu anda mengatasi masalah rambut beruban ini. Inshaa Allah.

Antara suplemen yang dicadangkan adalah:

1. ENERGIZING SOY PROTEIN - Rambut dibina daripada protein

ESP


2. ZINK COMPLEX - Mengukuhkan rambut serta membekalkan zink

zinc complex




3. COLLAGEN POWDER -Melembapkan rambut , menghalang perpecahan rambut


Collagen powder


4. LECITHIN - Melembapkan dan menghitamkan rambut

Lecithin

5. VITA C 500 mg SUSTAINED RELEASE - Membantu meningkatkan peredaran kulit kepala

vita c sustained release



Unuk mendapatkan vitamin-vitamin ini, anda boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah.




HUBUNGI SAYA:- 

Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Thursday, 23 October 2014

6 TIPS PUTIHKAN GIGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Gigi yang putih dan sihat tentunya idaman setiap orang supaya tampil lebih berkeyakinan. Gigi yang kuning membuatkan kita berasa maludan rendah diri.  Bicara juga tidak lancar kerana segan membuka mulut, lantaran pertuturan menjadi tidak jelas.

Di sini saya kongsikan 6 tips untuk memutihkan gigi dengan cara tradisional. Saya juga pernah lakukan kaedah yang sama semasa zaman persekolahan dahulu. Mari kita lihat apa tipsnya.

1. Menggunakan arang bagi membersihkan kotoran


Caranya: 

Basahkan berus gigi kemudian taburkan sedikit serbuk arang. Berus gigi dengan gerakan bulatan selama lebih kurang 2 hingga 3 minit. Cuci gigi sehingga benar-benar bersih.  Serbuk arang membantu mengatasi masalah gigi kuning kerana ia membersihkan gigi dengan lebih baik.  Bagi mereka yang mempunyai gigi yang sensitip, tidak digalakkan mengamalkan kaedah ini secara kerap. Cukup sekadar seminggu sekali sahaja.


2. Buah strawberi dan minuman soda


Caranya:

Campurkan buah strawberi yang telah dilenyek dengan sedikit minuman soda. Kemudian sapukan ramuan ini pada berus gigi dan gosok gigi dengan perlahan-lahan. Bersihkan gigi kemudian gosok semula gigi menggunakan ubat gigi. Lakukan petua ini seminggu sekali.


3. Menggunakan kulit lemon


Caranya:

Gosok gigi dengan bahagian dalam kulit lemon atau oren. Selepas itu bilas sehingga bersih. Kemudian gosok sekali lagi menggunakan ubat gigi. Lakukan petua ini seminggu sekali.

Kulit lemon dapat membantu menghakis kotoran dan memutihkan gigi.


4. Produk tenusu bersihkan mulut


Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt mempunyai kandungan mineral yang dapat membantu menguatkan dan memutihkan gigi. Susu dan yogurt juga dikatakan mampu mengekalkan kebersihan mulut.


5. Serbuk buah pinang


Caranya:

Bakar buah pinang sehingga hangus, kemudian hancurkan. Sapukan serbuk buah pinang pada gigi dan gosok gigi perlahan-lahan menggunakan kain.


6. Garam dan lemon


Caranya :

Potong lemon kepada 4 bahagian, kemudian taburkan garam pada hirisan ini. Gosok gigi perlahan-lahan. Lakukan dua kali sebulan sahaja kerana garam boleh merosakkan enamel gigi.


Moga tips yang diberikan dapat dimanfaatkan. Terima kasih. 


HUBUNGI SAYA:- 

Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Keputihan saat hamil

Keputihan saat hamil sering diabaikan dan menganggap keputihan yang berlaku adalah biasa-biasa sahaja. Tahukah pembaca-pembaca semua bahawa keputihan itu akan mengganggu emosi kita. Pengaruh keputihan di saat kehamilan sangat membahayakan kandungan.



3 JENIS KEPUTIHAN 


Terdapat 3 jenis keputihan yang dialami wanita saat hamil seperti kandidosis vulvovaginal, vaginosis baterialis, dan trikomoniasis.


1. Keputihan Kandidosis Vulvovaginal


Terjadi akibat mikroorganisma candida. Ia juga terjadi akibat pengambilan ubat antibiotik secara berlebihan, hidapi penyakit diabetes, tidak membersihkan bahagian vagina dengan baik, memakai seluar dalam yang terlalu ketat, serta tidak mengeringkan bahagian vagina dengan betul yang menyebabkan kawasan tersebut menjadi lembap.

Keputihan kandidosis Vulvovaginal ini boleh diketahui dengan pengeluaran cecair yang pekat dan mengeluarkan bau yang kuat. Selain itu akan merasa gatal di bahagian vagina, akan merasa sakit semasa ingin membuang air kecil serta sakit semasa bersama. Keputihan jenis ini boleh menyebabkan kelahiran prematur.


2. Vaginosis Bakterialis


Terjadi akibat kekurangan jumlah Laktobasili normal yang memberi kesan kepada perubahan ekosistem bahagia genital. Kehadiran bakteria ini dikesan melalui cairan pekat bersama-sama dengan bau serta menimbulkan rasa gatal.

3. Trikomoniasis


Berlaku disebabkan oleh protozoa yang dikenali sebagai Trichomons Vaginalis yang dikeluarkan melalui hubungan intim. Kesan daripada keputihan jenis ini adalah merasa panas di kawasan genital, berasa gatal dan berlaku pendarahan semasa bersama akibat berlaku radang pada rahim. Menyebabkan cecair yang keluar ketika keputihan berbuih dan berbau serta berwarna kehijau-hijauan.


Bagaimana untuk menghindari keputihan di saat hamil

Terdapat beberapa tips untuk mengatasi keputihan yang boleh dihindari saat hamil. 

1.  Sentiasa gunakan seluar dalam jenis cotton. 
2. Hindari juga menggunakan pantiliner yang terlalu kerap. 
3. Bersihkan dengan elok dan keringkan bahagian vagina setelah mandi atau membuang air      kecil bagi menghindari pertumbuhan bakteria atau virus. 
4. Biasakan diri membersihkan bahagian intim dari arah depan ke belakang
5. Hindari daripada menggunakan sebarang produk cucian atau tisu yang mengandungi              pewangi.


Selain itu anda juga boleh menggunakan supplemen yang boleh mengatasi masalah keputihan anda selain menghilangkan bau badan yang mungkin tidak disenangi.





GARLIC - Antibiotik semulajadi dan agen pembunuh kulat.



HUBUNGI SAYA:- 



Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 11221244

Advance Joint Health Complex bantu masalah sendi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Advance Joint Health Complex mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangkamasa seawal 5 hari. Hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka.

Advance Joint Health Complex dirumus secara saintifik merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal:



1. Menggalakkan mobiliti

2. Meningkatkan fleksibiliti
3. Meningkatkan fungsi sendi
4. Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang.


Ia jaga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas iaitu zinc, kuprum, manganese dan vitamin c. Semuanya mempunyai peranan yang unik dan kritikal dalam membangunkan kolagen penghubun dan rawan yang sihat. Advance Joint Health Complex tidak mengandungi kondroin, satu bahan yang terbukti dalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. Advance Joint Health Complex adalah 100% bebas kekerang 100% vegetarian dan langsung tiada sumber haiwan.

Perbezaan antara sendi sihat dan sendi yang stress.


1. Sendi sihat


Advance Joint Health Complex membantu sendi sihat melalui 3 cara iatu:

* Meningkatkan cushioning: Glukosamin membantu memelihara rawan-cushioning perlindungan di antara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas.
* Memelihara tisu penghubung yang sihat : zinc, kuprum, manganese dan vitamin c membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi.
* Meningkatkan keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia pantas membantutkan mekanisme respon stress tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.


2. Sendi yang stress


Kesan stress yang berterusan akibat kerja terlalu kuat, haus dan lusuh pada sendi menyebabkan:

* Rawan menjadi lemah dan rapuh
* Tisu penghubung sekeliling terurai


* Geseran berlaku di antara tulang- tulang yang mengeluarkan kimia yang menyerang rawan, menyebabkan ketidakselesaan dan mobility yang terhad.


Ekstrak Boswellia


Diperoleh dari resin pokok Boswellia serrata, ekstrak botanikal ini mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi menyebabkan ketidakselesaan sendi.Ekstrak propprietary Boswellia yang digunakan dalam Advance Joint Health Complex mengandungi konsentrasi yang tinggi AKBA (3 acetyl-11 keto beta boswellic acid), satu asid boswellik dan lain-lain konstituen Boswellia yang digabng bagi menghasilkan bioaktiviti yang lebih unggul dari AKBA.

Advance joint health complex

Ekstrak jagung membekalkan sumber glukosamin yang pekat


Glukosamin adalah satu jenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair antara tulang yang membekalkan pelinciran. Supplemen glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobility, dan fleksibiliti.



MANFAAT ADVANCE JOINT HEALTH COMPLEX



  • Meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari
  • Keselesaan sendi hampir 28% lebih cepat dari Osteo Bi-Flex 1
  • 45% lebih berkesan meningkatkan keselesaan sendi dari Osteo Bi-Flex 2

CIRI-CIRI 

  1. 100% BEBAS KEKERANG
  2. 100% VEGETARIAN
  3. 100% BEBAS KONDROITIN UNTUK PENYERAPAN GLUKOSAMIN YANG BAIK
  4. 2 TABLETS SEHARI
  5. TABLETS YANG MUDAH DITELAN
  6. TIADA PERASA TIRUAN, PEMANIS ATAU PENGAWET
  7. BEBAS GLUTEN




HUBUNGI:

No tel: 012-350 4258
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
ID: 1122124

Wednesday, 22 October 2014

Resepi Gulai Daging

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...


Hari ini merupakan perayaan hari Deepavali bagi kaum Hindu. Jadi, saya cuti...horeyy...Bangun pagi kemas rumah sikit-sikit dan buat apa yang patut. Kalau hari bekerja memang tak sempat nak berkejar buat semua tu. Kain baju tunggu hari cuti baru dapat dibasuh. Lagi pulak mesin basuh kat luar rumah, memang tak berani keluar malam. Ok, dah cuti ada aje la aktivitinya. Paginya temankan encik suami pergi tengok pameran motor di Sri Muda. Balik tu bertungkus- lumus siapkan makan tengah hari untuk keluarga. Di sini saya nak share resepi gulai daging. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya:

Daging
Serbuk kari daging
Santan
Bawang merah
Bawang Putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Garam
Daun kari
Kerisik

Bahan Kisar:


Bawang merah
Bawang putih
Halia


Cara-cara membuatnya:

1.  Panaskan minyak
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar bersama-sama dengan daun kari, kulit kayu             manis dan bunga lawang. Biarkan hingga naik bau dan bawang berwarna kekuning-               kuningan. 
3. Selepas itu masukkan serbuk kari yang digaul dengan sedikit air. 
4. Masukkan daging yang telah dipotong halus supaya daging cepat empuk. Kacau dengan         sebati supaya kari meresap ke dalam daging. Biarkan sementara hingga betul-betul masak     kari bagi menghilangkan bau. 
5. Selepas itu masukkan santan. Sentiasa kacau agar santan tidak pecah minyak. 
6.Masukkan sedikit kerisik. 
7. Setelah mendidih, masukkan garam mengikut kesedapan masing-masing. 
8. Dah siap untuk dihidangkan.





HUBUNGI SAYA:- 

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Tuesday, 21 October 2014

Nutriwhite Shaklee untuk kecantikan kulit wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Tanya saje pada wanita, semua nak kelihatan anggun dan cantik. Kecantikan diri menjadikan seseorang wanita iu yakin untuk tampilkan diri di khalayak ramai. Oleh sebab itu, Shaklee memperkenalkan produk kecantikan yang semestinya untuk kaum wanita.

Nutriwhite Shaklee merupakan hasil gabungan 16 sumber nutrien semulajadi yang dicari daripada hasil penjelajahan ke seluruh dunia. Sangat luar biasa penghasilan Nutriwhite ini. 


KEISTIMEWAAN NUTRIWHITE


  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat
  • Penghasilan produk mengambil masa 3 tahun untuk kajian yang lebih terperinci.
  • Pemilihan bahan mentah yang aktif diperoleh dari 16 buah negara
  • Ujian yang menyeluruh dilakukan
  • Produk yang unik, dan mengandungi pelbagai dimensi pendekatan untuk pemuthan
  • Gabungan ramuan  yang optimum
  • Selamat dan berkesan
  • Vitamin C derivatif( ascorbyl/ glucoside) ramuan selamat dan terbukti seperti yang digunakan dalam formula untuk mendapatkan manfaat yang maksimum tanpa risiko kesan sekunder.
  • Paten tertunda Whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat membantu mengurangkan penampilan melanin supaya yang sedia ada untuk menghasilkan kulit lebih cerah dan bercahaya.

NUTRIWHITE BERTINDAK DENGAN 5 CARA.


  • Mencegah kesan yang memudaratkan  akibat matahari dan alam sekitar dengan aktif melindungi kulit dari sinar UV dan sinar matahari.
  • Mengurangkan kesan pigmen hitam pada kulit dari menjadi gelap dan kusam.
  • Menyekat pemindahan pigmen gelap dari sel-sel kulit ke lapisan atas bagi mencegah kemunculan tompok-tompok hitam.
  • Mencerahkan warna melanin yang sedia ada, dan menyerlahkan membawa perubahan kepada wajah untuk kelihatan cerah.
  • Memperbaharui dengan menghilangkan sel mati yang mengandungi yang membawa  kepada blotchiness, menghasilkan kulit yang cerah dan bercahaya

BAHAN -BAHAN SEMULAJADI NUTRIWHITE SHAKLEE

Bahan semulajadi seperti aloe vera, rosemary, mountain arnica, peony dan kudzu berfungsi bagi melembapkan kulit wajah.


Ramuan botani sepeti linden, marsmallow,rumpai laut, algae hijau, cat's claw berfungsi untuk menyihatkan, melembap dan menegangkan kulit wajah.



Manakala kandungan buah-buahan pula seperti bearberry, kacang soya, skullcap, beech tree, strawberi dan mulberry.



Kandungan nutrien asli di dalam nutriwhite berfungsi dalam memberikan kesan yang menakjubkan seperti membersih, menyegar dan meratakan tona warna kulit serta menghilangkan pigmentasi dengan menjadikan kulit wajah kelihatan gebu, anjal dan cerah.

Bagi mendapatkan Nutriwhite Shaklee, anda perlu klik BELI NUTRIWHITE



HUBUNGI SAYA:- 

Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

7 mitos keguguran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....



KEGUGURAN

Keguguran bermaksud janin yang keluar sebelum kandungan menjangkau usia 20 minggu atau berat bayi kurang dari 500 gram hingga menyebabkan kematian. Sementara itu kandungan yang berusia lebih dari 20 minggu atau berat bayi melebihi 500 gram disebut kematian janin. Terdapat beberapa mitos yang sering dianggap benar oleh masyarakat kita iaitu:

MITOS 1

1. Seorang ibu yang pernah mengalami keguguran berisiko akan melaluinya buat kali kedua bagi kehamilan seterusnya.

Faktanya: Belum tentu ia akan berlaku bagi setiap kehamilan. Peratusan untuk gugur kali kedua sama besarnya dengan keguguran kali pertama. Namun, bagi anda yang pernah mengalami keguguran, peluang untuk menimang bayi yang sihat masih ada.

MITOS 2

2. Masalah pendarahan serta kekejangan perut merupakan tanda keguguran

Faktanya: Sama ada pendarahan ringan atau kekejangan pada minggu pertama kehamilan, ia merupakan situasi biasa dialami oleh seorang ibu. Faktor berlakunya masalah ini adalah sel telur yang melekat dan menempel ke dinding rahim ketika plasenta tertanam di dalam lapisannya.Sekiranya kekejangan dirasai di kawasan dasar rahim, ia tidak perlu dirisaukan. Jika berlaku sebaliknya, perlu segera mendapatkan rawatan.

MITOS 3

3. Setiap penyakit yang dihidapi oleh ibu hamil boleh meningkatkan risiko keguguran.

Faktanya : Jangkitan ringan seperti selsema tidak membahayakan kehamilan tetapi jika ada pertambahan penyakit yang berat, berkemungkinan boleh menyebabkan keguguran. Ia bergantung pada jenis dan tempoh masa yang dideritai serta usia kehamilan. Sesetengah jangkitan boleh membahayakan janin yang berusia seminggu tetapi sekiranya kehamilan berusia 28 atau 32 minggu, maka tiada masalah.

MITOS 4

4. Sekiranya seseorang ibu itu pernah melakukan pengguguran, maka dia mudah untuk gugur lagi pada kehamilan seterusnya.

Faktanya: Tindakan itu tidak mempengaruhi kehamilannya di masa akan datang. Ibu yang hamil banyak bergantung  kepada persediaan fizikal dan mental selain kesihatan tubuh badannya.

MITOS 5

5. Ibu hamil yang berada dalam situasi yang bmbang atau takut sebenarnya sedang menyakiti janinnya sekaligus meningkatkan faktor keguguran.

Faktanya: Perasaan takut yang berlebihan sebenarnya mengundang  kepada tekanan di samping mengganggu perkembangan janin. Sebaiknya fikirlah ke arah positif.

MITOS 6

6. Bayi yang keguguran sebenarnya memahami bahawa dia tidak diperlukan

Faktanya: Sebenarnya janin dapat merasai dan mengetahui perasaan ibunya melalui hormon-hormon yang telah dihasilkan oleh tubuh si ibu. Marah atau resah yang berpanjangan tidak menyebabkan keguguran tetapi mengganggu perkembangan janin. Kesannya, janin mungkin lahir dengan kurang berat badan.

MITOS 7

7. Keguguran boleh berlaku apabila ibu hamil berhadapan tekanan

Faktanya : Ibu hamil yang tertekan dengan masalah sebenarnya sedang melepaskan hormon kortisol. Apabila terlalu banyak dihasilkan, ia mampu menembusi plasenta sekaligus mengganggu perkembangan otak janin. Ibu juga berisiko mengalami pre-eklampsia. Ibu perlu banyakkan rehat dan lakukan sedikit senaman demi kesihatan diri dan bayi yang dikandung.



HUBUNGI SAYA:- 




Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 11221244