Pengedar Sah Shaklee Shah Alam/ Jalan Kebun. Hubungi saya melalui sms/ whatsapp/ telegram di talian 012-350 4258 . ID sah Shaklee 1122124. Jom jadi ahli Shaklee bersama saya dan juga leader-leader yang hebat
SILA KLIK KAT SINI YE
Sunday, 30 November 2014
Ayat Pendinding Diri Menggunakan Ayat Al-Quran
Saturday, 29 November 2014
MAKNA BACAAN DALAM SOLAT UNTUK MENDAPATKAN SOLAT YANG KUSYUK
tahiyat awal |
Tahiyat akhir 1 |
Tahiyat akhir 2 |
Friday, 28 November 2014
Air Kencing Berbuih Tanda Hadapi Masalah Buah Pinggang
Buah Pinggang Tidak Berfungsi
Tanda-tanda Hadapi Masalah Buah Pinggang
- Selalunya orang yang menghadapi masalah buah pinggang akan berasa letih, tidak bermaya serta kurang tenaga. Contohnya apabila berjogging, mereka yang menghadapi masalah buah pinggang akan merasa letih walaupun hanya setengah jam sahaja berjogging berbanding sebelum ini boleh berjogging lebih daripada sejam.
- Berlaku perubahan warna pada air kencing sama ada bercampur darah atau berwarna oren.
- Menghadapi gatal-gatal pada keseluruhan kulit dan tidak hilang kerana masalah buah pinggang boleh menyebabkan kulit kering dan mudah gatal.
- Air kencing berbuih dengan banyak dan lambat hilang akibat kandungan protein yang tinggi.
- Mengalami sedu tidak kira di kalangan muda atau dewasa.
- Sukar bernafas terutama ketika berbaringkerana air sudah mula memasuki paru-paru
- Mengalami bengkak pada tangan, kaki dan sekeliling mata serta muka kelihatan sembap kerana buah pinggang tidak dapa menghasilkan air kencing menyebabkan air berkumpul di dalam badan.
- Selalunya penghidap buah pinggang akan mengalami masalah selera makan berkurangan.
- Mereka juga akan merasa loya, sakit perut dan muntah-muntah.
- Penghidap buah pinggang akan kelihatan pucat kerana kerosakan pada buah pinggang menyebabkan penghasilan hemoglobin dari sumsum tulang berkurangan, jadi sel darah merah juga akan berkurangan.
- Kekurangan sel darah merah menyebabkan pesakit rasa tidak bermaya, sukar fokus, sering sakit kepala, mudah lupa dan sukar tidur.
1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM
4. MINYAK IKAN KURUSKAN BADAN
HUBUNGI SAYA:-
Thursday, 27 November 2014
Cuti sekolah yang menyeronokkan anak-anak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Cuti sekolah adalah cuti yang ditunggu- tunggu oleh kebanyakan anak- anak yang bersekolah. Seperti juga anak saya, begitu gembira apabila tiba musim cuti sekolah. Apa yang ada dalam fikirannya hanyalah balik kampung.
Untuk memenuhi impian anak- anak saya,saya mohon cuti selama seminggu untuk membawa anak- anak pulang ke kampung halaman di Pahang. Selama seminggu di Pahang,saya berulang ke rumah ibu bapa saya dan rumah mentua. Maklum aje lah kami sekampung.
Anak-anak memang tak duduk diamla kat rumah...Ada saje yang dilakukan bersama sepupu sepapatnya. Main kejar-kejar,berbasikal, dan sebagainya. Apa yang menyeronokkan jika di kampung,tentulah makan sambil berkumpul dengan adik-beradik. Banyak cerita yang dikongsikan. Rumah jadi riuh rendah jika cucu-cucu pulang ke kampung.
Esok kami sekeluarga akan berangkat balik ke Shah Alam. Anak sulung tak mahu pulang katanya cuti sekolah. Tapi disebabkan kakak sepupunya ikut, tak jadilah dia tinggal di kampung. Harapnya cuti tahunan yang berbaki lagi akan dimanfaatkan untuk menziarahi kedua orang tua di kampung,in shaa Allah.
Tuesday, 25 November 2014
Khasiat ulam raja yang menjadi kegilaan orang untuk diambil setiap hari
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Pokok ulam raja merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin. Ulam raja merupakan spesis bunga intan berayun yang berwarna ungu atau kuning dan berbunga kecil. Ulam raja mengandungi 3 peratus protein,0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Khasiat ulam raja membuatkan orang akan mengambilnya sebagai ulam harian.
Khasiat Ulam Raja
Ulam raja mempunyai khasiatnya tersendiri yang membuatkan orang yang sememangnya penggemar ulam tidak akan melupakannya untuk ulaman setiap hari. Seperti saya juga sangat gemarkan ulam raja walaupun dahulunya saya memang anti dengan sayuran kerana saya tak suka dengan bau dan rasanya. Namun kini saya adalah penggemar ulaman. Antara khasiat ulam raja adalah:
1. Memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah serta menguatkan tulang.
2. Sebagai antioksidan (AEAC) yang amat tinggi iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2400 milligram L-asid askorbik.
3. Melebihi 20 jenis bahan antioksida yang dikenalpasti dalam ulam raja yang disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud dalam dimer.
4. Mengurangkan tekanan oksidatif yang mungkin mengandungi antioksida yang tinggi.
5. Menambah kandungan oksigen dalam badan.
Dengan adanya khasiat ulam raja ini,ia lebih memberi kepercayaan bahaya makan ulam itu sangat indah dan swap kerana ianya juga dapat memberi manfaat pada tubuh badan. Rugi rasanya jika tidal makan ulam setiap hari. Jom ubah cara hidup agar lebih sihat dan cergas.
Zainah Mohamad
ID 1122124
No Tell : 012-350 4258
Manfaat Garam Bukit untuk Kecantikan
Garam bukit merupakan anugerah yang paling berharga. Ia bukan sahaja menambah keenakan makanan malah mempunyai manfaat yang sangat besar untuk kecantikan dan kesihatan.
Garam bukit berasal daripada alam semula jadi iaitu dari pergunungan Himalaya di sebuah Karakoram di Timur negara Pakistan. Garam bukit wujud dengan semula jadinya sejak jutaan tahun yang lalu dan merupakan sumber yang bersih dan garam yang bebas dari sebarang pencemaran.
Garam bukit asli mengandungi 84 elemen natural yang diperlukan oleh tubuh manusia. Antaranya hidrogen,karbon,nitrogen ,oksigen,sodium,magnesium,aluminium dan kalsium. Garam bukit kelihatan jernih dan semula jadi. Ia terbentuk akibat tekanan. Semakin tinggi tekanan,semakin sempurna bentuk dan strukturnya. Lagi banyak kesempurnaan geometri garam,makin tinggi nilainya.
Manfaat Garam Bukit untuk Kecantikan
1. Garam bukit dapat meningkatkan aura dan potensi diri.
2. Garam bukit juga membantu merawat masalah jerawat dan parut.
3. Membantu membuang toksin dalam badan.
4. Menanggalkan sel kulit mati dan menghaluskan kulit.
5. Merawat pelbagai masalah kulit khususnya kegatalan.
6. Melembut dan mengekalkan kecantikan kulit secara semula jadi.
7. Mencerahkan kulit dan mengembalikan keremajaan kulit.
8. Tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Sebenarnya kita digalakkan menggunakan garam bukit berbanding garam biasa kerana garam bukit mempunyai khasiat yang sangat banyak. Garam bukit juga dipanggil 'raja garam' atau emas putih.
Monday, 24 November 2014
Anak Muda Cari Cara Turunkan Bacaan Kencing Manis Yang Dihadapi Ibunya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Kasihan bila mengenangkan kepayahan seorang anak muda yang berusaha mencari cara turunkan bacaan kencing manis yang dihadapi oleh ibunya. Menurut doktor yang merawat ibunya memberitahu bahawa kencing manis yang dihadapi ibunya sangat tinggi. Jadi,ibunya perlu menurunkan bacaan kencing manisnya supaya tidak memberi kesan kepada buah pinggangnya kemudian hari.
Mendengarkan khabar berita doktor itu, anak muda ini begitu resah dan runsing. Beliau tidak mahu kehilangan ibu yang sangat dikasihinya. Beliau berusaha menggunakan perkhidmatan pakcik google dan mula menaip cara turunkan bacaan kencing manis. Alhamdulillah katanya kerana menemui kaedah penyelesaian kepada masalah yang menimpa ibunya.
Antara tanda-tanda penyakit kencing manis adalah:
1. Paras gula darah tinggi
Sekiranya anda mempunyai paras gula darah tinggi,anda perlu kerap membuat ujian bagi mengetahui paras gula darah. Selepas makan selalunya paras gula darah secara semulajadi akan meningkat.
2. Dahaga yang berpanjangan dan kerap membuang air kecil pada waktu malam.
Sekiranya anda kerap ke bilik air pada waktu malam dan diikuti dahaga yang berpanjangan,ia boleh menjadi gejala diabetes. Apabila terlalu banyak glukosa dalam darah, buah ping gang akan bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut.
3. Hilang berat badan secara tiba-tiba
Tahap gula dalam darah yang tinggi,boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat. Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekalkan glukosa dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga.
4. Sentiasa rasa lapar
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti biasa,glukosa tidak akan dapat diproses oleh badan seperti biasa dan menyebabkan tahap gula dalam darah kadang-kadang menurun. Jika gula dalam darah menu run secara tiba-tiba,badan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi.
5. Luka lambat sembuh
Ia berlaku disebabkan saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak dalam urat dan arteri. Ia menyukarkan penyembuhan luka pada anggota badan.
6. Terdedah kepada jangkitan kulat
Wanita khususnya perlu berhati-hati dengan jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes akan melemahkan imunisasi.
7. Kerosakan saraf pada tangan dan kaki.
Sekiranya tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama,kerosakan saraf akan kekal.
Bagaimana cara turunkan bacaan kencing manis?
Vivix dapat membantu menurunkan bacaan kencing manis kerana mempunyai khasiatnya yang istimewa.
1. Membaiki dan melindungi sel dalam badan.
2. Melambatkan proses AGE dalam badan.
3. Memberi tenaga
4. Sebagai anti penuaan
Sunday, 23 November 2014
Tips Pakaian Murah Nampak Mahal dan Bergaya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Untuk tampak bergaya bukanlah persoalan kepada kemampuan seseorang.Lagipun cita rasa perseorangan tidak boleh dibeli secara sembarangan. Sesetengahnya memakai baju berjenama tetapi nampak tidal menarik langsung.
Bolehkah kita nampak elegan dan anggun dengan pakaian murah? Bagaimana ingin menggayakan pakaian yang murah agar kelihatan mahal dan bergaya? Jom ikuti tips ini agar anda nampak anggun dan bergaya.
TIPS PAKAIAN MURAH NAMPAK MAHAL DAN BERGAYA
1. Lihat fabrik
Kualiti fabrik adalah antara elemen penting untuk membezakan sama ada pakaian tersebut akan nampak mahal atau murah. Pernahkah anda membeli pakaian secara 'online' sebab tertarik dengan paparan yang diiklankan,tetapi apabila sampai ke tangan,berasa hampa kerana kualiti tidak seperti yang diinginkan. Cuba elakkan fabrik sintetik yang murah atau mudah koyak. Fabrik jenis semula jadi seperti kain kapas,linen dan sutera memberikan imej yang bermutu tinggi. Elakkan juga fabrik berkilat kerana berkemungkinan daripada fabrik murah.
2. Tengok pada aksesori
Jika bajet terhad, anda perlu bijak melabur terutama pada aksesori asas seperti kasut,beg tangan atau tali pinggang. Pilih aksesori yang unik dan gunakannya sebagai fokus penampilan anda semasa menghadiri majlis.
3. Jangan bazirkan wang pada barang asas
Anda boleh memilih contohnya jeans yang murah tetapi padankan dengan aksesori yang bergaya untuk mencipta penampilan yang menarik.
4. Tengok pada kualiti
Semasa membeli-belah,cari barangan yang berkualiti tinggi terutama semasa jualan murah diadakan. Tengok pada jahitan tepi pakaian dan pastikan ianya kelihatan kemas. Pastikan butang atau corak semuanya bersimetri bagi memastikan barangan yang dibeli berkualiti tinggi.
5. Kunjungi pasar lambak
Sekiranya terdapat pasar lambak,jangan lepaskan peluang untuk kunjungunya. Di situ anda akan berjumpa dengan item yang unik,berkualiti tinggi yang dijual dengan harga murah.
6. Padankan warna yang betul
Imej perlu padan dari rambut hingga kaki.Lihat warna yang sesuai dengan kulit atau penampilan anda. Suai padankan pakaian dengan imej anda agar tampak anggun dan segak.
Semoga tips-tips ini bermanfaat pada anda semua.
Saturday, 22 November 2014
Pengalaman pertama menyertai pertandingan bowling antara media
Friday, 21 November 2014
Resepi Paprik Sotong Mudah dan Sedap Dari Suami Untuk Isteri Tersayang
Resepi Paprik Sotong Mudah dan Sedap
Entri hari ni berkenaan dengan resepi paprik sotong yang sangat mudah dan sedap . Resepi ini disediakan oleh suami untuk isteri yang tersayang. Sape lagi kalau bukan saya. hehehe.Resepi ni mudah, ringkas dan sangat sedap. Air tangan suami yang tiada tandingan. Puji suami nampak. Sape lagi nak puji kalau bukan isteri, Betul tak?
Resepi paprik sotong ni rekaan khas dari suami saya. Dia ni suka mereka-reka resepi ikut suka je. Kadang-kadang kalau dia masak main campak-campak je, tapi hasilnya, mabeles. Nak rasa, kena la cuba. Sedap ke tidak. Jom saya kongsikan resepi paprik sotong ni.
Bahan-bahannya:
Sotong
Bawang Putih
Bawang merah
Bawang besar (dihiris)
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Cili giling
Daun limau purut
Kacang panjang (boleh tambah kubis bunga dan carrot) yang ni je ada kat rumah
Halia
Bahan dikisar:
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan masukkan baahan yang dikisar tadi. Goreng hingga naik bau
2. Masukkan cili giling, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Goreng hingga naik minyak
3. Masukkan sotong, bawang besar dan kacang panjang.
4. Kemudian masukkan garam secukup rasa
5. Tambah sedikit gula kabung
6. Akhir sekali masukkan daun limau purut.
7. Dah masak dan bolehla dihidangkan.
Mudah je kan. Apa lagi selamat mencuba kepada semua.
1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM
4. MINYAK IKAN KURUSKAN BADAN
HUBUNGI SAYA:-
Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015
Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]
Thursday, 20 November 2014
Tips Cepat Hamil Bagi Pasangan Yang Berkeinginan Zuriat Dalam Tempoh Singkat
Rumahtangga pastinya lebih indah dan bermakna apabila riuh dengan suara anak-anak. Keletah serta perwatakan yang manja membuatkan tubuh yang penat selepas pulang dari bekerja akan kembali bertenaga.
Namun tidak semua bernasib baik untuk memperolehnya dalam tempoh yang singkat. NAmun usaha dan tawakkal perlu diteruskan bagi mencapai impian setiap pasangan yang berumahtangga. Di sini saya sediakan tips cepat hamil bagi pasangan yang berkeinginan zuriat dalam tempoh singkat. In shaa Allah, usaha dan keyakinan akan membuahkan hasil.
Tips Cepat Hamil
1. Memahami proses kehamilan
2. Mengawal berat badan
3. Sentiasa peka pada waktu subur
4. Kerap "berhubungan"
Anda dinasihatkan melakukan hubungan seks dengan lebih kerap iaitu dua atau tigakali seminggu terutama pada hari-hari subur. Malah terdapat juga beberapa posisi seks yang mampu mempercepatkan proses kehamilan.
5. Bantu suami tingkatkan kesuburan
Suami juga mempunyai masalah kesuburan. Oleh itu cuba tingkatkannya dengan mengambil makanan yang seimbang, bersenam, tidak merokok, mendapatkan berat badan yang ideal serta menghindari minuman keras dan mengambil suplemen untuk meningkatkan kesuburan.6. Rajin ambil vitamin
Kepada awanita yang merancang untuk hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil vitamin harian seperti asid folic. Suami pula disarankan mengambil vitamin jenis zink yang berupaya meningkatkan pengeluaran sperma.7. Jadikan senaman sebagai rutin harian.
Dengan senaman, banyak faedah yang boleh dinikmati dari senaman. Selain kecerdasan tubuh badan , ia juga membantu mengurangkan perasaan tertekan semasa mahupun perasaan tertekan semasa mahupun selepas kehamilan.8. Pengambilan Makanan yang seimbang.
Bagi wanita yang ingin hamil, ialah mengambil makanan yang sembang. Banyakkan pengambilan protein sayuran seperti produk-produk soya serta kurangkan menu daging dalam hidangan. Anda dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi jumlah serat yang tinggi seperti sayur-sayuran serta oat. Sukat kadar gula serta karbohidrat yang digunakan termasuklah mi, bihun dan sebagainya.9. Jauhi tekanan perasaan yang melampau
Perjalanan hidup dan ujian yang dikawal boleh mengakibatkan tekanan. Bagi mengelakkan masalah ini berkau, maka anda membuat aktiviti yang mudah dilakukan seperti memasak, bersenam, mendengar muzik, membaca dan mendapatkan rawatan.Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:
1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM
4. MINYAK IKAN KURUSKAN BADAN
HUBUNGI SAYA:-
Kelas Nutrisi Yang Sangat Best
1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM
4. MINYAK IKAN KURUSKAN BADAN
HUBUNGI SAYA:-