Sunday, 9 November 2014

Asam pedas penambat hati suami


Assalamualaikum dan Salam sejahtera....


Hari ni saya nak kongsikan resepi Asam pedas ala-ala jawa.Sebenarnya saya bukanlah orang jawa tetapi saya berkahwin dengan orang jawa. Saya kenal asam pedas ni pun selepas berkahwin dengan suami. Ni kiranya resepi yang diajar oleh suami pada saya.

Ini juga adalah menu kegemaran suami. Sebab apa saya kata menu kegemaran suami,sebabnya tiap kali kami balik kampung menu ini yang mak mentua saya sediakan ikan masak asam pedas untuk suami.

Jom saya tengok apa bahan-bahan untuk resepi asam pedas ni.

Bahan-bahan:


Ikan
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Halia
Bunga kantan
Daun kesum
Belacan dibakar
Kacang bendi
Garam
Cili yang dikisar
Asam keping

Bahan yang ditumbuk:


Bawang merah
Bawang putih
Halia
Belacan
Kunyit hidup

Cara-cara membuatnya:


1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
2. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan cili yang dikisar mengikut citarasa.kalau nak pedas masukla lebih sikit.
3. Dah naik minyak, masukkan sedikit air serta masukkan asam keping,bunga kantan,daun kesum dan kacang bendi.
4. Agak mendidih masukkan garam ikut sedap rasa.
5. Akhir sekali masukkan ikan.Tunggu hingga ikan masak dan bolehla dihidang.

Mudah je kan.Harap suami makin sayang :). Selamat mencuba ye.





Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK



HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad
Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

No comments:

Post a Comment

Terima kasih..Sudi-sudikanlah komen bagi entri seterusnya..:)