SILA KLIK KAT SINI YE

Friday, 12 October 2012

Berat





Ramai yg masih lg tak faham dgn penurunan yg di maksudkan apabila kite berdiet.. Sbnrnya berat seseorg tidak blh di ukur hanya dgn jumlah kilo shj kerana berat dlm kilo seseorang terdiri drp berat tulang, berat air, berat lemak dan berat daging.. Ini adalah berbeza utk setiap individu..sbb tu ahli bina bdn mempunyai jumlah berat dlm kilo yg sgt tgi wpun bdnnya kecil kerana jisim ototnya sgt tinggi.. Jd adalah sgt penting bg seseorang yg serious ingin menurunkan brt bdn mengambil ukur lilit bdn mereka sblm melakukan sebarang diet..bkn hanya berpandukan nombor yg tertera di mesin penimbang anda..

1. Berat Air

Tahukan anda bahawa badan anda mengandungi kira-kira 60 peratus air dan selebihnya adalah otot dan beberapa tisu yang lain. Bagi seorang lelaki yang beratnya 100kg bermakna dia telah membawa sebanyak 60kg cecair dalam badannya yang majoritinya adalah darah anda.Badan anda bekerja keras untuk mengekalkan keseimbangan pengagihan air dan mengambil kira tentang pengambilan dan perkumuhan yang kita lakukan. Sistem ini berbeza bergantung kepada pelbagai faktor, seperti fasa haid, kadar pengambilan cecair dan senaman.

Sesetengah orang lebih sensitif kepada turun naik berat air daripada yang lain. Apabila anda bersenam untuk kali pertama atau cuba bentuk baru aktiviti fizikal, gentian otot boleh menjadi bengkak dan radang. kebengkakan dan keradangan ini menyebabkan ketidakseimbangan air secara sementara. Bengkak yang merangsang ini sakit akan mula dirasai selepas 12 hingga 48 jam anda bersenam. Kesakitan dan bengkakakan hilang apabila anda melakukan senaman yang sama berulang-ulangkali. Kebengkakkan ini juga meyumbang kepada peningkatan berat badan ataupun anda merasai seperti penurunan berat badan terhenti.

2. Lemak Kurang Padat Berbanding Otot

Yang mana satu lebih berat? : satu paun otot atau satu paun lemak? Ini adalah soalan trik. Sudah tentu, satu paun dengan satu paun sama beratkan! Tetapi lemak dan otot mempunyai ketumpatan yang berbeza, dan oleh itu berbeza segi jumlah. Dalam erti kata lain, lemak mengambil ruang yang lebih daripada jumlah yang sama dengan otot. Ini bermakna otot mengambil ruang 18 peratus kurang daripada lemak.Itulah sebabnya mengapa dua orang yang berat yang sama boleh kelihatan sangat berbeza, bergantung kepada berapa banyak lemak dan otot masing-masing punyai. Ini adalah juga sebabnya mengapa anda perlu menilai progres penurunan berat anda melalui kehilangan inci, longgarnya pakaian anda dan perubahan takuk lubang pada tali pinggang anda. 

3. Penurunan berat Badan Itu Tidak Selalunya Dalam Garisan Lurus

Kebanyakan proses badan kita tidak selalunya berada dalam garisan lurus. Sebaliknya, badan kita akan melalui fasa cepat, lambat dan stagnant (tetap). Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur11 tahun tidak semuanya sama tinggi. Ada yang rendah, sederhana malah ada yang 3-4 inci lebih tinggi daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Penurunan berat badan juga tidak terkecuali. Pepatah Inggeris “two steps forward, one step back” diharapkan dapat membantu anda memahami makna yang ingin saya sampaikan ini. 

Tiada penurunan berat badan selepas beberapa ketika merupakan satu proses semulajadi dalam proses penurunan berat badan. Dalam kebanyakan kes ia akan kembali kepada keadaan asal semula (ketika anda mengalami penurunan yang sekata) selagi anda tetap dalam proses penurunan berat badan.

4. Menghampiri Berat idaman Anda

Semakin anda menghampiri berat idaman anda, badan anda mula untuk "mempertahankan" terhadap kehilangan berat badan selanjutnya. Jika anda tingin kehilangan 20kg daripada berat badan anda, 10 kg yang pertama akan kelihatan sangat mudah. Kg yang seterusnya biasanya akan mengambil masa yang lama, dan memerlukan disiplin yang lebih.Yang penting adalah untuk bersabar dan membolehkan diet anda memperlihatkan `sesuatu' untuk anda.

Thursday, 11 October 2012

Bagaimana Slim Diet Bertindak


BAGAIMANA SLIM DIET BERTINDAK

Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat. SLIM DIET II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protin berkualiti tinggi, pelbagai vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang. Ianya juga telah diperkayakan dengan protin (protin soya isolat). Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung, masaalah berkaitan pernafasan dan obesiti. Insya'allah. Ianya tidak menyebabkan:
  • Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari. 
  • Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.
Pengurangan berat badan melalui SLIM DIET II adalah mudah, selamat dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari. Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.

Keterangan lanjut mengenai SLIM DIET 2 boleh hubungi :- 
Zainah - 0123504258

ALPHA LIPID SD2 MEAL SUPPLEMENT POWDER





ALPHA LIPID SD2 MEAL SUPPLEMENT POWDER

Direka dengan bahan-bahan untuk menyokong keseimbangan gula dlm darah, kekenyangan di antara waktu makan yang tetap dan jisim otot yang sihat, SD2 membantu untuk mengekalkan berat badan yang sihat, sebahagian daripada program pengurusan berat badan yang termasuk perubahan diet dan senaman.

Satu campuran berkualiti tinggi yang komprehensif yang terdiri daripada protein soya bukan-GMO (75%), serat, ekstrak daun teh hijau, vitamin dan mineral. Supplement minuman SD2 tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa dan membantu untuk memastikan bahawa tubuh anda mempunyai semua nutrien penting termasuk protein supaya lemak dibakar, sementara anda masih dapat mengekalkan jisim otot dan ketegangan. Setiap hidangan menyediakan 10 gram protein yang boleh digunakan untuk keperluan harian anda.

Dos 15 g (2 senduk) 4 kali sehari untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam, dan 'supper'. Campurkan dengan 250ml air - goncang hingga sebati. Serbuk FibreMax boleh dicampur dengan Minuman Slim Diet 2.

* Di sesetengah negara, produk ini dikenali sebagai Ultra Diet 2.Produk ini adalah sebahagian daripada program pengurusan berat badan. Program pengurusan berat harus merangkumi nasihat profesional mengenai perubahan pemakanan, senaman dan gaya hidup. Ini bukan gantian hidangan dan nasihat yang wajar berdasarkan diet adalah penting. Program pengurusan berat badan mengambil masa dan lebih berkesan dengan komitmen peribadi.

Konsep :buah-buahan



Terdapat beberapa pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan konsep makan buah-buahan semasa melakukan diet SD2. Masih ada yang mengatakan boleh makan buah-buahan tertentu dan tidak boleh memakan buah-buahan yang lain. Oleh yang demikian pengamal SD2 sendiri mesti faham kenapa sebenarnya kita tidak digalakkan untuk memakan buah-buahan tersebut.



Walaupun kebanyakan buah-buahan adalah didalam kategori karbohidrat yang baik, namun begitu buah-buahan adalah makanan yang mengandungi kandungan gula terbanyak dibandingkan dengan semua jenis makanan yang lain dan ini akan menghalang penurunan berat badan dan pembakaran lemak.

Didalam fasa penurunan berat badan, karbohidrat yang boleh diambil hanyalah diantara 20 – 35 gram sehari untuk badan kita supaya masih boleh membakar lemak dibadan. Karbohidrat didalam buah-buahan adalah terlalu tinggi untuk tahap yang dibenarkan ini.

Mari kita lihat secara secara terperinci kandungan karbohidrat didalam beberapa jenis buah-buahan sebagai contoh:-

Jenis Buah Hidangan Kandungan Karbohidrat (gram)


Apple Hijau 1 (sederhana) 9.1 g
Apple Merah 1 (kecil) 13.1 g
Pisang 1 (keci) 22.9 g
Jambu (Guava) 1 (kecil) 20 g
Oren 1 (kecil) 10.4 g
Starfruit 1 (kecil) 10 g
Durian 1 (ulas) 27.9 g
Rambutan 4 – 5 (biji) 13.9 g
Anggur 8 (biji) 16.3 g
Betik 1 potong (kecil) 7.1 g
Tembikai 1 potong (kecil) 6 g
Avocado 1 (sederhana) 0.5 g

Source: New Image - Rapid Weight Loss Made Easy

Jika anda yakin bahawa buah-buahan yang anda makan tidak melebihi 35 gram sehari seperti memakan buah avocado, maka anda boleh makan buah-buahan tersebut. Jika tidak, adalah lebih selamat jika anda tidak menyentuh buahan-buahan tersebut untuk menjamin bahawa anda masih boleh membakar lemak tersimpan. Anda harus bertanggungjawab tentang apa yang anda makan dan tidak hanya mengambil cadangan atau pendapat tertentu tanpa memahami sebab yang sebenar.


Apabila anda telah faham akan konsep ini maka anda sudah boleh pula mengkaji akan sayur-sayuran dan banyak manakah yang anda boleh makan sehari. Sila lihat dan fahamkan akan kandungan karbohidrat sayur-sayuran dibawah dan buatlah keputusan anda sendiri daripada maklumat tersebut.

Vegetables (serving size) Carbs (g)
Peas, green, cooked (1 cup) 25g
Peppers, green (1 cup)10g
Pumpkin, cooked, mashed (1 cup)12g
Radishes, raw (1 cup) 4g
Spinach, cooked (1 cup) 7g
Squash, zucchini, cooked (1 cup) 8g
Squash, winter, acorn, cooked (1 cup) 30g
Succotash, cooked (1 cup) 47g
Sweet potato, baked w/skin (large) 44g
Tomatoes, raw (1 cup) 8g
Turnip, cooked, mashed (1 cup) 11g

Monday, 8 October 2012

BAGAIMANA UNTUK TINGKATKAN METABOLISMA???

BAGAIMANA UNTUK TINGKATKAN METABOLISMA???

Hari ni nak share tentang 10 tips untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda….


1.Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.


2.Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.


3.Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.


4.Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.


5.Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.


6.Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.


7.Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.


8.Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. Pastikan tanpa gula!


9.Elakkan crash diet. Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan membakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.


10.Amalkan Alpha Lipid SDII – Ambil 2 sudu 4 kali sehari untuk mendapat penurunan berat 2-5kg dalam seminggu. Jika 10 tips ini dilakukan PASTI anda akan dapat berat ideal yang diidamkan! SAY NO TO FAT!!

SUSAH KE BERDIET DGN SD2?


SUSAH KE BERDIET DENGAN SD2 NI??

Saya selalu didatangi dengan soalan seperti di atas. Selain itu ada yang bertanya :
Apa pantangnya?
Macam mana cara makannya?
Cerewet tak diet dgn SD2 ni?

Dah nama pun diet, mestilah ada pantang kan..kalau tak diet belasah semua tu tak dipanggil diet pulak.. Semasa kita sedang berdiet dgn bantuan SD2 ni pantangnya cuma:

1) Karbohidrat – semua makanan berasaskan karbohidrat (nasi/ mee/ roti/ kek/ kuih-muih etc) semua kena elak dulu.

2) Gula – Tolong tinggalkan yang manis2 semasa berdiet sbb gula ni punca terjadinya lemak..Gula pun boleh datangkan penyakit kan?

3) Teh/Kopi – Teh dan kopi ni akan mengganggu proses pembakaran lemak. Kopi boleh membangkitkan selera makan kita.
4) Jadilah pecinta air suam/biasa masa sedang berdiet ni.
5) Buah-buahan – Kenapa buah2an tak boleh makan? kndungn gula sgt tinggi

Mcm mana cara dietnya:

Ok mudah sgt. As easy as 1 , 2, 3…..

Dalam sehari kita wajib shake SD2 EMPAT kali sehari – pagi / tengahari / petang / malam
Lepas tu jangan ponteng untuk MAKAN tiga kali sehari.
WAJIB minum air kosong minimum 2 liter sehari
Apa yang kita boleh makan?
Sebaik2nya makan lah lebih protein. Anda boleh makan apa saja selain dari yang saya senaraikan di atas. Teringin nak makan ayam KFC..silakan takder masalah..5 ketul pun boleh..asal tinggalkan kulitnya.
Cerewet ke? Tepuk Dada tanya Lemak anda? Masih sayang pada lemak-lemak dlm badan anda itu??? Kalau anda serius untuk kurus inilah jodoh anda. SD2 ~ TERBAIK!!!
Call / sms  0123504258 ZAI

Wednesday, 3 October 2012

KENAPA BERAT TAK TURUN WALAUPUN BERDIET



1) AIR : Air memainkan peranan yg penting untuk memastikan kita sentiasa segar dan amat membantu dlm penurunan berat badan kerana air boleh membantu utk meningkatkan metabolisma tanpa sebarang nutrisi maksudnya, air ni kosong nutrisi, tak ada carbohidrat, jadi rugi lah kalau kita minum air kurang. Belum lagi kira utk buah pinggang sebab tu jgn sesekali kurang air 4-5 gelas sebelum makan sudah mesti.

2) TIDAK CUKUP MAKAN : Makan mesti cukup, jgn skip makan jangan berlapar ada yg sampai sakit2 kepala sebab tak makan, ni dah salah makanan yg cukup juga dapat memastikan badan kita tak masuk satu mode yg amat dikenali dalam diet, iaitu mode lapar. Kalau makanan yg kita makan mencukupi, ini dapat memastikan kadar metabolisma kita sentiasa tinggi tambah lagi dgn exercise.

3) KARBOHIDRAT TERSEMBUNYI : Ini biasanya datang daripada Sos/kicap yg kita tak perasan ada karbohidrat yg tinggi. Sila check bab sos/kicap, kita mesti baca label betul-betul teliti betul-betul kandungan karbohidrat, yg pasti kita tak boleh ambil karbo lebih drp 35gm sehari kalau betul-betul nak kurus.

4) IKUT SUKATAN SLIM DIET 2 : Wajib di ambil 2 scoop 4x sehari. Pasal ada yg nak jimat dengan mengambil 3x sehari sahaja jadi macam mana nak turun cepat kalau dos kurang tak perlu jimat nak turun berat cepat ke lambat?