SILA KLIK KAT SINI YE

Thursday, 11 December 2014

Resepi Laksa Penang Yang Mudah dan Sedap Kegemaran Adik-Beradikku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiba-tiba je teringatkan laksa. Apa yang sedapnya laksa ni?Kalau ikut adik-beradik saya, semua "hantu laksa". Tambah-tambah yang perempuan.Kalau jumpa laksa, menambah dua tiga kali. Nasib baiklah resepi laksa ni mudah dan sedap pulak tu.

Laksa ni selalunya dimakan waktu petang. Tapi bagi keluarga saya makan tak tentu masa. Bedal aje. Makanan kesukaan katakan. Dulu saya boleh dikatakan hantu laksa juga, tapi setelah melahirkan anak ketiga ni makin berkurangan nak makan. Nak makan tu bolehla, tapi tak adalah menambah dua tiga kali macam dulu.

Membebel banyak sangat tak elok jugakan..Jom saya kongsikan resepi laksa yang mudah dan sedap ni..Mesti tak sabar nak tau kan. Cepat salin..hehehe

Bahan-bahan

Laksa
Ikan Selayang (lagi banyak lagi sedap)
3 biji bawang besar
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kering/cili kisar (kalau suka pedas letak lebih)
2-3 keping asam keping (Ikut citarasa)
2 bunga kantan - dibelah 4
1 ikat daun Kesum
Air Rebusan Ikan 
Garam

Bahan hiasan 


Telur - dibelah dua.
Timun - dihiris
Bawang besar - dihiris
Limau kasturi - dibelah dua.
Cili padi - dihiris


Cara-cara membuatnya:


1.Untuk memudahkan kita memasak laksa. Kita rendamkan terlebih dahulu laksa tersebut ke dalam air suam/biasa. Kemudian, rebuskan laksa.
2.Ikan pula, direbus dan ambil isinya. Air rebusan jangan dibuang sebab kita boleh guna untuk masak kuah laksa itu nanti. 
3.Blend isi ikan itu tadi kemudian asingkan.tulang ikan pun kita blend dan tapis airnya. 
4.Kisar bawang besar, belacan dan cili kering bersama air rebusan ikan tadi.
5.Masukkan dalam periuk bahan-bahan yang siap dikisar tadi, bersama asam keping, daun kesum dan juga bunga kantan.
6.Masak dengan api perlahan supaya kuah yang dimasak ini lebih tahan lebih lama. 
7.Masukkan garam dan penambah perisa mengikut kesukaan.

8.Siap untuk dihidang

Mudahkan? Selamat mencuba.

Bantuan google
Kalau kat Shah Alam ni kalau anda nak makan laksa yang sedap, anda bolehla ke Seksyen 13. Tokey laksa ni jual laksa bawah pokok berdepan dengan Hotel Alami. Ha, cubalah, anda tentu puas hati.



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]