Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....
Siapa suka keropok lekor? angkat tangan.hehehe. Kalau angkat pun mana nampak kan. Suami dan anak-anak saya gemar sangat makan keropok. Lagi-lagi kalau keropok lekor. Pantang kalau adik ipar balik Terengganu, pasti dikirimnya. Maklumlah keropok lekor Terengganu sedap. Apa yang best sangat dengan keropok lekoe Terengganu ni? Pastinya kerana keropoknya dipenuhi ikan. Tidak terasa langsung tepung. Banyak kandungan proteinnya. Tapi sekarang tidak perlu risau lagi. Merata-rata orang jual keropok lekor ala-ala Terengganu punya.
Di sini saya ingin kongsikan resepi keropok lekor yang mudah dan sedap yang diberi oleh rakan sepejabat. Katanya mudah sangat nak buat keropok lekor ni. Semudah ABC. Wow...mudahnya. Kalau macam tu jom tengok apa bahan-bahannya.
Resepi Keropok Lekor ala Terengganu Mudah dan Sedap
Bahan-bahannya:
1kg ikan selayang
½ cawan tepung sagu
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
1. Bersihkan ikan.Buang kulit dan ambil isinya sahaja.
2. Blend isi ikan tanpa air sehingga lumat atau hancur.
3. Kemudian,masukkan isi ikan yang telah diblend itu ke dalam besen dan campurkan garam,gula serta tepung sagu sedikit demi sedikit.
4. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.
5. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi dan bentukkan ikut kesukaan.
6. Sediakan periuk dan rebus air sehingga mendidih. Kemudian masukkan keropok yang telah dibentukkan tadi.
7. Angkat bila keropok sudah timbul kerana ia menandakan keropok sudah masak.
8. Angkat keropok tadi dan toskan. Anda boleh pilih sama ada ingin makan secara rebus ataupun goreng.
Bantuan google |
Ha..mudah tak? Mudahkan. Betullah kata sabahat saya tu semudah ABC. Selamat mencuba kepada penggemar-penggemar keropok lekor. Air tangan sendiri lagi sedapkan.
Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel: zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]