SILA KLIK KAT SINI YE

Showing posts with label ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label ibu hamil. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Bulan Promosi ESP Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bulan Oktober merupakan bulan untuk mempromosikan ESP ( Energizing Soy Protein) . Beli 6 percuma 1. Untungkan? Kepada yang menggemari ESP ini rugi jika anda melepaskan peluang untuk mendapatkan harga promo yang ditawarkan. Harga bagi 1 canister ESP adalah RM150. 



ESP mempunyai khasiat tertentu.. Antaranya :


  1. Anti penuaan 
  2. Meningkatkan hormon wanita
  3. Mencantikkan kulit menjadi gebu, halus dan cantik
  4. Memberi tenaga berpanjangan
  5. Mengatasi masalah pigmentasi seperti kulit berjeragat, berjerawat, menyihatkan rambut
  6. Meningkatkan daya ingatan
  7. Melancarkan penyusuan susu ibu
  8. Meningkatkan penghasilan susu
  9. Menganjalkan kulit dan payudara
  10. Mengeyangkan dan sesuai untuk yang berdiet
  11. Membentuk tisu rahim dan sel ovum serta membantu menghasilkan sel sperma yang sihat




Perbezaan ESP Shaklee dengan produk protein soya jenama lain 


1) Shaklee telah menjalankan kajian klinikal yang sangat komprehensif di mana hanya soya yang berkualiti tinggi sahaja yang dipilih.

2) Kacang soya yang digunakan adalah Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism) yang dihasilkan di bawah program Identity Preservation Program (IPP)

3) Kacang soya diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia atau alkohol) dan dengan menggunakan suhu yang rendah bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein

4) Setiap satu canister (850gm) protein soya Shaklee dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan tenaga segera yang boleh bertahan lama. 

5) Mengandungi 22 jenis asid amino dan ESP adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. 

6) Kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ESP sangat sesuai diambil oleh penghidap kencing manis.

7) Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh badan. 


Untuk mendapatkan produk boleh hubungi saya:





HUBUNGI SAYA:- 

Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124

Wednesday, 28 May 2014

Keperluan zat besi untuk HB rendah

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..

Manusia memerlukan kira-kira 15mg zat besi setiap hari. Namun keperluan tersebut akan meningkat apabila diri disahkan hamil. Ketika hamil, zat besi yang lebih tinggi diperlukan bagi menyokong kesihatan dan keperluan ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Sekiranya zat besi tidak mencukupi, penghasilan hemoglobin (HB) bagi ibu dan bayi akan terganggu dan menyebabkan beberapa komplikasi berlaku kepada ibu dan bayi. Paras HB yang dikatakan rendah apabila bacaannya kurang daripada 11.0gm/dl.


Punca HB Rendah


HB rendah adalah disebabkan diet harian ibu yang kurang bekalan zat besi. Ia juga berkemungkinan disebabkan oleh jarak kehamilan yang terdahulu dan kini dekat. Pengeluaran darah haid yang banyak sebelum hamil juga menjadi penyebab berlakunya HB rendah.

                           
Antara lain penyebab kepada masalah anemia atau HB rendah adalah seperti berikut:
* kurang asid folat
* berlaku pendarahan
* penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
* peningkatan dalam isipadu darah
* kehilangan darah daripada pendarahan buasir

Risiko untuk Ibu dan Bayi


Kedua-dua ibu dan bayi berkemungkinan besar akan mendapat beberapa komplikasi akibat daripada kekurangan zat besi

Risiko Untuk Ibu

* ibu hamil sering kali pitam dan mudah pengsan
* boleh mengalami keguguran
* kegagalan fungsi jantung yang boleh menyebabkan kematian
* tumpah darah ketika hamil dan melahirkan
* mudah mendapat penyakit berjangkit


Risiko Untuk Bayi

* pertumbuhan janin terbantut
* lahir tidak cukup bulan
* berat bayi yang dilahirkan kurang dari 2.5kg
* meninggal ketika dilahirkan
* lemas ketika dilahirkan
                                                 

Kepentingan HB yang Normal Ketika Hamil


Ketika kandungan kurang dari 5 bulan

Ketika ini bayi sedang dalam proses pembentukan jantung dan beberapa organ seperti kepala, tangan, otak dan beberapa organ lain. Kemungkinan berlaku keguguran di peringkat ini sekiranya bacaan HB kurang daripada 11g.

Kemungkinan jantung tidak terbentuk dengan sempurna

Sekiranya HB kurang daripada 11, kemungkinan anggota badan bayi seperti tangan dan kaki tidak sempurna
Jika jantung dan segala sifat terbentuk dengan sempurna, berkemungkinan bayi yang dilahirkan agak lambat dari segi progress berbanding kanak-kanak sebaya mereka.

Ketika kandungan 5 hingga 7 bulan

Walaupun ketika ini bayi sudah pun lengkap semua anggota, kemungkinan untuk berlaku komplikasi tetap ada sekiranya bacaan HB rendah. Kematian bayi dalam kandungan boleh berlaku akibat kegagalan fungsi jantung berdegup dengan normal.

Ketika kandungan 7 bulan ke atas

Sekiranya ketika ini bacaan darah masih lagi rendah, risiko kematian bayi di dalam kandungan masih lagi ada kerana  jantung masih lagi bergantung kepada kepekatan darah untuk berfungsi. Ada juga kes bayi dilahirkan awal dan berat bayi kurang akibat daripada kekurangan zat besi dalam badan.

Adakah Anemia atau HB Rendah Boleh Dirawat?

Sudah tentu boleh dirawat. Caranya ialah;

Ambil makanan yang tinggi zat besi seperti daging lembu (bahagian isi), daging ayam, kerang, ikan bilis (jangan dibuang kepalanya), sayuran hijau, kismis, prun dan kekacang.
Jangan ambil makanan tinggi zat besi atau pun pil zat besi bersama-sama kopi atau minuman berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan secara optimum.
                                 

Vitalea Iron Formula Bantu Meningkatkan Bacaan HB Ibu Hamil


Vitalea ialah sejenis vitamin lengkap dengan zat besi dan bertindak sebagai multivitamin terulung. Dirumus khas dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting yang membekalkan tenaga dan juga kesihatan luar dan dalam.

Vitalea yang dilengkapi dengan zat besi sangat sesuai diambil oleh ibu hamil yang mempunyai masalah bacaan HB yang rendah. Dengan Vitalea anda tak perlu lagi gigih nak makan daging atau kerang setiap hari. Sebotol mengandungi 120 biji dan bertahan selama 2 bulan jika anda menghadapi bacaan HB yang kronik. Jika anda hanya nak stabilkan bacaan HB, hanya perlukan sebiji setiap hari dan sebotol tahan selama 4 bulan.

HB rendah, ibu hamil, bayi

                            
Jangan lupa untuk mendapatkan sebotol Vitalea jika anda ibu hamil yang mempunyai masalah HB rendah. Jangan kerana sayangkan duit, nyawa sendiri atau bayi dalam kandungan dipertaruhkan.









HUBUNGI SAYA: Emel : zainahmohamad09@gmail.com | Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 (Zainah Mohamad) | ID Shaklee : 1122124