SILA KLIK KAT SINI YE

Thursday 20 November 2014

Kelas Nutrisi Yang Sangat Best

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Hari Selasa lalu saya mengikuti kelas nutrisi di bawah naungan Wahmillionaire. Apa yang dihighlightkan pada kami pada hari itu berkenaan kesuburan. Sememangnya yang yang tahu tentang kesuburan tetapi kita tidak tahu adakah kita sebetulnya subur? Jadi di situ kami didedahkan tentang punca dan sebab kenapa tidak berlaku kesuburan dan bagaimana untuk mengatasinya.

Kelas nutrisi kali ini dikelolakan oleh Puan Sarah yang sememangnya pakar dalam pemakanan. Penerangan yang diberikan sangat jelas dan diadakan juga sesi soal jawab agar setiap yang dibentangkan boleh difahami dengan baik. Saya sangat seronok mengikuti kelas ini kerana kita boleh membawa anak-anak. Malah suami atau ahli keluarga juga boleh ikut sama. 

Dengan adanya kelas sebegini, dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli Wahmillionaire kerana sebelum ini hanya dapat berbual di alam maya sahaja. Di sini dapat berbincang secara bersemuka.



Pada petangnya pula diadakan kelas Cegah Diabetes yang mana kita tahu selalunya diabetes atau kencing manis bagi istilah yang mudah difahami bukan sahaja menjangkiti orang dewasa, kanak-kanak pun boleh dijangkiti penyakit diabetes ni. Apa yang penting, pemakanan perlu kita jaga. 

Kelas nutrisi untuk kali ini berakhir jam 4 petang. Selesai kelas kami buat ujian kesihatan badan. Baru la saya tahu badan saya tak cukup protein. Fikir macam dah banyak makan protein. Hari-hari ambil ikan, rupanya tak. huhuhu... Lepas ni kea banyak makan makanan berprotein dan kurangkan lemak.

Setakat ni aje la perkongsian saya untuk para pembaca semua. Nak tau kelas tu best ke tak, jom ikut saya untuk kelas seterusnya. Tak sabar pulak nak ikut kelas akan datang. 




Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE

2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM
4. MINYAK IKAN KURUSKAN BADAN



HUBUNGI SAYA:-


Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]