SILA KLIK KAT SINI YE

Monday, 8 September 2014

Solat Dhuha dan Cara Melaksanakannya

 Assalamualaikum....

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang solat Dhuha iaitu niat serta cara melaksanakannya.

Solat sunat Dhuha merupakan solat yang berkait rapat dengan rezeki. Bagi individu yang melaksanakannya, in shaa Allah, Allah akan mempermudahkan rezeki baginya, memberkati rezekinya, memberi manfaat serta pahala berganda padanya. Rezeki yang halal dan berkat akan membuatkan manusia rasa tenteram.

Bilakah waktu yang sesuai mengerjakannya??

Solat sunat Dhuha boleh dilaksanakan bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari dan berakhir sebelum menjelang waktu zuhur. Secara jelasnya kita boleh solat sunat Dhuha ni antara jam 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah menjelaskan:

            "Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya"

Manakala Imam Nawawi menghuraikan bahawa masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pada jam 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari ( Kitab Al-Majmu' karangan Imam Nawawi)

Bagaimanakah cara melaksanakannya??

Secara asasnya, solat sunat Dhuha dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dicadangkan oleh Baginda s.a.w menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir ialah:-

1. Rakaat pertama - Selepas Al-Fatihah dibacakan surah Al-Syams
2. Rakaat kedua - Surah Al-Fatihah dan Al-Dhuha                                  (Riwayat Al-Hakim)


Namun, kita tidaklah terikat dengan bacaan ini. Apa yang penting, solat ini diniatkan dengan betul, malah syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan dengan sebaik-baiknya.

Jumlah rakaat bagi solat sunat Dhuha ini ialah 2,4,8 atau 12 rakaat. Caranya ialah dua rakaat satu salam.

Niat solat sunat Dhuha adalah:



Doa setelah selesai solat sunat Dhuha


Maksudnya:

"Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, Kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, Keindahan itu keindahan-Mu, Kekuatan itu kekuatan-Mu, Kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan Perlindungan itu perlindungan-Mu." 
"Ya Allah jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu. Limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh"


Riwayat Rasulullah s.a.w bermaksud:  

" Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirrmidzi)

Bagi yang ingin menghafal doa Dhuha, boleh klik di sini Doa Dhuha


Credit



HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124

6 comments:

Unknown said...

info yg sgt bermanfaat.. tm ksh, mudah2an ramai yg dapat manfaatkannya..

Nak Kurus? Jom baca -->> KURUS SECARA SIHAT

Unknown said...

In shaa Allah, sama2 kita kongsi ilmu agar semua dapat memanfaatkannya

Unknown said...

betul tu..dhuha ni ibarat satu ibadah sunat yang sangat bagus jika diamalkan...

WAJIB BACA ----> Cara Mengatasi Vagina Kering

Unknown said...

alhamdulillah panduan yang baik ..
Mesti baca:
Healthy'beautieshoppe: Hormon dan Jerawat

Unknown said...

bagus diamalkan.

jemput baca http://shkleika.blogspot.com/2014/09/petua-elak-tidur-berdengkur.html

Unknown said...

Tq for sharing.... info yang bermanfaat...

Jemput baca >>> Sembelit??? Ketahui punca Dan Cara Mengatasinya