SILA KLIK KAT SINI YE

Wednesday, 19 November 2014

Remaja gusar muka dipenuhi parut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....



Parut terbentuk dari proses penyembuhan luka secara semulajadi akibat jerawat yang mulai kering dan meninggalkan kesan hitam pada kulit wajah. Keadaan sebegini menyebabkan ketidakselesaan dan hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan orang ramai.

Semalam, seorang remaja ada menghantar mesej pada saya dan bertanyakan cara untuk menghilangkan parut di mukanya. Katanya parut tu dah lama dan sukar untuk menghilangkannya. Beliau meminta pendapat dan bertanyakan pada saya produk yang boleh membantu mengatasi masalah parut ini.

Saya cadangkan padanya supaya mengambil Set Kulit Cantik yang terdiri daripada:



Vitamin E

Merupakan ejen antioksidan dan anti-penuaan yang hebat. Sebagai antioksidan, ia dapat meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kolagen, mengakibatkan kulit kering, garis-garis halus dan kedutan. Pengambilan Vitamin E yang optimum memastikan kulit anda lebih sihat dan gebu selain memudarkan parut jerawat yang sedia ada.



Energy Soy Protein (ESP)

Apabila sel kulit kita mati ia akan digantikan dengan sel kulit yang baru. Parut-parut jerawat di wajah adalah akibat daripada sel-sel kulit mati tidak diperbaharui dengan sel-sel kulit yang lebih sihat. Rugi jika kita tidak menggunakan kesempatan meningkatkan kualiti sel-sel kulit yang baru itu menerusi bekalan protein (ESP) secukupnya. 
Vitamin C Sustained Release :  
Vitamin C memainkan peranan utama dalam penghasilan kolagen yang kritikal bagi wajah anda. Kekurangan paras kolagen mengakibatkan kulit wajah anda lembik, berkedut dan kelihatan tua. 

B Complex

Merupakan kumpulan beberapa jenis vitamin B yang memainkan peranan penting untuk kulit yang sihat. Selain meratakan tona kulit pada wajah, B Complex juga membantu menstabilkan hormon-hormon badan dan mengurangkan stress. Ini dapat mengurangkan jerawat kerana  kajian menunjukkan stress menyumbang kepada “kesuburan” jerawat di muka.  Ambillah B Complex untuk kulit yang cantik dan sihat.

Selain daripada itu, anda juga boleh mencuba Petua menghilangkan parut secara tradisional iaitu dengan menggunakan:

1. Daun Lidah Buaya dengan mengeluarkan lendirnya dan sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan tiga kali dalam seminggu.

2. Kulit kayu manis dan bedak sejuk.Kulit kayu manis ditumbuk halus dan campurkan dengan bedak sejuk. Letakkan sedikit air dan sapu ke seluruh tempat yang berparut.Lakukan sekerap mungkin.

3. Ambil sedikit asam jawa dan campurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ke seluruh muka dan biarkan hingga kering. Sebaik-baiknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

Dapatkan produk dan konsultasi percuma daripada saya.


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE

2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM
4. MINYAK IKAN KURUSKAN BADAN



HUBUNGI SAYA:-


Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Monday, 17 November 2014

Isteri terdesak cari petua atasi perut buncit akibat diejek hodoh oleh suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....



Pagi-pagi lagi dapat panggilan daripada seorang wanita yang mengadu akibat sering diejek hodoh oleh suaminya kerana perutnya buncit. Beliau mengakuinya kerana selepas melahirkan anak pertamanya, perutnya tidak kempis seperti sesetengah wanita yang akan ramping selepas bepantang. Beliau begitu tertekan dengan keadaannya itu. Beliau bertekad mencari cara untuk mengatasi masalah perut buncitnya itu.

Selepas menggoogle katanya, beliau terjumpa blog saya dan di situ beliau terjumpa nombor saya lalu terus menghubungi saya untuk mendapatkan cara bagi mengatasi masalah buncit. Saya kongsikan kepadanya petua mendapatkan perut kempis secara semulajadi. 

Bagaimana Perut Buncit Terjadi?

Perut buncit berlaku selalunya akibat daripada pola pemakanan seharian kita. Pengambilan makanan yang berlebihan juga boleh menyebabkan faktor terjadinya perut buncit ini. Selain itu, sekiranya seseorang individu itu kurang bersenam, akan menghasilkan lemak dalam badan. 



Selain itu masalah perut buncit juga berpunca daripada faktor usia, keturunan, keadaan psikologi dan perubahan hormon badan. 

Penyelesaian

Untuk mengatasi masalah perut buncit ini anda perlulah mengamalakan pemakanan yang seimbang setiap hari, mengelakkan minuman berais kerana ais boleh menyebabkan perut anda buncit. Selain itu, amalkan supplemen yang boleh membantu anda untuk melawaskan setiapa apa yang anda makan tidak menjadi lemak degil yang sukar dibuang.

Untuk itu, saya cadangkan Herblax yang bertindak sebagai agen penyingkiran lemak -lemak degil yang baru menjadi serta ketahui khasiatnya.


Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh dapatkan Omega Guard yang berfungsi sebagai agem pembakar lemak paling pantas.


Untuk mendapatkan produk ini anda boleh :

KLIK DI SINI untuk dapatkan Herblax dan

KLIK DI SINI untuk dapatkan Omega Guard

Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM
4. MINYAK IKAN KURUSKAN BADAN



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....



Ramai ibu-ibu selepas pantang mengalami dilema apabila keinginan untuk mendapatkan perut yang kempis tidak kesampaian selepas melahirkan anak. Kebanyakannya mengalami perut menggeleber dan seakan-akan masih mengandung. Tetapi para ibu jangan bimbang kerana di sini saya akan kongsikan beberapa petua yang mungkin boleh membantu ibu-ibu selepas pantang mengempiskan perut secara semulajadi.

Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Petua 1:
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin. 

Petua 2:
Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

Petua 3:
Ambil sedikit beras dan kisar halus, sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

Petua 4:
Ambil halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Petua 5:
Ambil lengkuas padi/helang/ ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

Petua 6:
Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.

Petua 7:
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Petua 8:
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.

Pilihan 9:
Ambil lada hitam lebih kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian, bengkung kuat atau ketat.

Petua 10
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.

Petua 11
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.

Petua 12
Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehinnga nampak perubuhannya.

Petua 13
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Petua 14
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.

Petua 15
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Petua 16
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Petua 17
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam - 3 jam kemudiannya. 

Petua 18
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut. 

Petua 19
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM
4. MINYAK IKAN KURUSKAN BADAN



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Segmen : Blog Review By Parihh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


blog review, segmen blog review, segmen blog review by parihh, blog review by parihh


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Sunday, 16 November 2014

Isteri tidak boleh tidur akibat suami kerap berdengkur kerana resdung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Bantuan google

Masalah Resdung

Masalah berdengkur merupakan masalah besar bagi seseorang yang bernama manusia kerana dengkuran akan mengganggu orang sekeliling terutama suami atau isteri yang mengalami keadaan ini. Masalah berdengkur ini juga berpunca daripada resdung akibat hidung tersumbat.

Seorang isteri ada menghubungi saya kerana suaminya sering berdengkur akibat resdung yang teruk. Ini menyebabkan tidurnya sering terganggu akibat dengkuran suaminya itu. Setiap pagi suaminya kerap bersin. Pantang sejuk sikit, suaminya akan bersin. Belai ada tanyakan pada saya cara untuk atasi masalah resdung suaminya kerana jika masalah resdung ini dapat diatasi, masalah dengkuran suaminya juga akan selesai.

Mendengarkan masalahnya rasa sangat kasihan kerana si isteri ini seorang yang bekerjaya. Sekiranya tidurnya sering terganggu, ia akan membawa masalah pula buat si isteri di kemudian hari. Di sini saya cadangkan Set Resdung Shaklee untuk atasi masalah resdung suaminya itu. 

Antara Set Resdung yang saya cadangkan untuk atasi masalah resdung adalah:


add on

Alfalfa Complex


  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).

* Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex


  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.


Vitamin C


  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembuhan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.



Sebenarnya resdung merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Sinus pula merupakan rongga tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah dengkur kerana rongga hidung tersumbat. Penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut. Oleh itu bertindak sekarang dan terus menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma. Saya sedia membantu anda.

Untuk mendapatkan produk, klik di gambar.


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Majlis Konvokesyen Pasti Al-Fateh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi-pagi dah siap kejutkan semua anak-anak sebab hari ni merupakan Hari Konvokesyen bagi anak-anak Pasti Al-Fateh Seksyen 23. Majlis Konvokesyen ni sebenarnya untuk meraikan anak-anak 6 tahun yang akan menamatkan alam tadika dan masuk ke sekolah rendah bermula tahun hadapan. 

Majlis yang bermula seawal jam 8 pagi. Pihak sekolah menyediakan sarapan pagi untuk semua tetamu yang hadir bagi meraikan Hari Konvokesyen ini. Selepas itu bacaan doa oleh Pengerusi Pasti Al-Fateh. Selepas doa dibacakan, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengetua Sekolah seterusnya persembahan anak-anak Pasti dengan bacaan Al-Fatihah dan doa dhuha. Teruja sekali dengan persembahan anak-anak Pasti ini kerana mereka bersemangat menyampaikan persembahan. Lancar pulak tu. Alhamdulillah, didikan di awal usia memang menakjubkan.

Apa yang paling buat saya teruja apabila anak-anak ini mampu menghafaz ayat-ayat lazim dengan lancar sekali. Tidak takut berdepan dengan orang ramai. Kalau la saya yang berada di depan tu, maunya gugup. Tahniah buat guru-guru dan ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak.


Si kecik yang tak sabar nak tengok kakak buat persembahan

Anak-anak membaca ayat-ayat lazim

Persembahan Segala Puji dan Doa Dhuha

Semangat Tasnim Nur Dania dan Umairah Dania

Persembahan anak -anak

Penyampaian Saguhati

Majlis berakhir jam 12.00 tengah hari. Berakhirlah sesi persekolahan tahun 2014. Tasnim akan memasuki kelas 6 tahun dan adiknya akan bersekolah di sekolah yang sama iaitu memasuki kelas 5 tahun. Harapan ibu agar anak-anak ibu menjadi seorang insan yang berguna.


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Saturday, 15 November 2014

Pesakit Diabetes Sujud Syukur Kerana Kaki Tak Jadi Dipotong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kesiannya kalau kaki kena potongkan? Pergerakan jadi terbatas. Malah apa semua yang kita suka dah tak boleh nak ambil. Kena jaga semuanya sebab kalau tersilap langkah teruk padahnya. Kalau bab-bab potong kaki ni selalunya berkaitan dengan penyakit Diabetes. Penyakit ni dikira berbahaya juga kerana boleh membawa maut. 

Penyakit Diabetes

Penyakit diabetes selalunya dikaitkan dengan gula dalam darah. Ia berlaku disebabkan oleh gangguan fungsi metabolisme penyerapan kadar gula dalam tubuh badan kita. Keadaan ini berlaku apabila sel-sel dalam tubuh kita tidak menyerap insulin dan pankreas tidak memproses insulin yang cukup hingga mengakibatkan kadar gula dalam tubuh tinggi.

Anak kepada jiran saya ada memaklumkan bahawa ayahnya adalah penghidap diabetes. Itupun diketahui selepas ayahnya mengalami kemalangan. Keadaan menjadi lebih rumit apabila beliau mengalami patah kaki dan menyebabkan lukanya lambat sembuh. Mengetahui keadaan itu, beliau ada bertanyakan saya tentang cara mengatasi diabetes in. Saya mengesyorkan kepadanya Vivix yang boleh membantu mengurangkan sakit dan memulihkan kembali sel-sel yang telahpun rosak. Anda boleh baca  di sini tentang khasiat vivix.

Apa yang menyebabkan berlaku diabetes?

Antara punca yang menyebabkan berlakunya diabetes adalah:


  • pemakanan – Sekiranya anda mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat secara berlebihan ia akan meningkatkan risiko terkena penyakit diabetes. Jadi, anda juga perlu hindari mengambil makanan yang mengandungi lemak atau berlemak tinggi. 

  • Kegemukan atau obesiti – Hal ini berkait rapat dengan pola makan tidak teratur akan yang akan menyebabkan kegemukan. Lemak yang berlebih di dalam tubuh akan mengganggu kerja insulin di tubuh kita, maka akan timbullah gejala penyakit diabetes. 
  • Usia –  Dengan bertambahnya usia, maka fungsi organ dalam tubuh pun akan mulai berkurangan. 
  • Kurang bersenam – Semakin kurang senaman yang dilakukan, maka gula di dalam badan kita juga akan terbakar dalam kuantiti yang sedikit. Maka terjadilah pengumpulan gula di dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes.
  • Keturunan  – Jika keluarga anda ada yang menghidap penyakit diabetes, anda juga berisiko terkena penyakit ini.

Banyak juga penyebab yang menyebabkan diabetes ni. jadi kita kena sentiasa berwaspada agar tidak dijangkiti penyakit berbahaya ini. Berbalik kepada pakcik tadi. Alhamdulillah , ada perubahan mendadak yang amat mengejutkan beliau kerana kakinya tidak jadi di potong. Beliau membuat sujud syukur kerana terlepas daripada azab kerana memikirkan sekiranya segala kerja-kerja akan tertangguh dan pergerakan akan terbatas maka amat sukar untuk mencari rezeki. 

Anda juga mungkin boleh membaca ini untuk ketahui tanda-tanda penyebab diabetes.

Jom tengok testimoni...






Bagaimana nak dapatkan suplemen ini??? mudah sahaja.. ORDER DI SINI


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. PENGEDAR SAH SHAKLEE SHAH ALAM



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]