APAKAH MANFAAT UTAMA ZINC COMPLEX?
Penting ke pengambilan zinc kepada kita? Berikut disenaraikan beberapa manfaat utama zinc kepada tubuh manusia.
Mengaktifkan 200 Jenis Enzim.
Zinc berkebolehan untuk menggabungkan DNA, RNA dan protein seterusnya
merangsang pertumbuhan semula sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis
enzim di dalam tubuh kita untuk metabolisme gigi dan pertumbuhan para
remaja.
Membentuk Kolagen.
Membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
Membaiki Tahap Diabetes.
Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki tahap diabetes.
Meningkatkan Sistem Imun.
Membantu pengeluaran kelenjar thymus, kelenjat thymus meningkatkan
sistem imunisasi dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan
menghalang jangkitan penyakit.
Mempercepatkan Proses Pemulihan Luka.
Membantu mempercepatkan proses pemulihan luka dalaman dan luaran,
pemulihan selepas pembedahan, membaiki alergi dan bintik pada kulit,
juga untuk ibu selepas bersalin. Oleh sebab itu, Zinc Complex juga
disarankan untuk diambil oleh ibu-ibu
yang berpantang selain daripada Vitamin yang lain iaitu Vitalea, B
Complex dan Vitamin C. Baca kepentingan zinc kepada ibu yang sedang
berpantang : BERPANTANG SELEPAS BERSALIN.
Membantu Masalah Jerawat.
Zinc juga sangat berkesan untuk
mengecutkan jerawat. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan zinc
secukupnya akan membantu membaiki radang kulit seperti jerawat. Jadi,
kepada mereka yang ada masalah jerawat batu
dan yang seangkatan dengannya jangan sedih-sedih lagi. Cubalah Zinc
Complex
dan rasai perbezaannya sendiri.
Membantu Masalah Keguguran Rambut.
Kebanyakan ibu yang selepas melahirkan
anak juga yang menyusu badan mengalami masalah keguguran rambut. Dan
ada yang mengalami keguguran rambut yang sangat teruk. Pengambilan 1
tablet zink sehari boleh membantu. Untuk mereka yang tidak melahirkan
atau menyusu tetapi mengalami masalah keguguran rambut, anda juga boleh
mengambil zinc untuk mengatasi masalah ini. Ini kerana zinc akan
membantu menguatkan folikel rambut bagi mengelakkan keguguran rambut.
Baca TIPS RAMBUT CANTIK DAN SIHAT.
Meningkatkan Kemampuan Seksual Lelaki.
Zink berupaya meningkatkan bilangan sperma yang berkualiti
(sperm count). Sperm count yang kurang akan mengganggu kesuburan dan
menyukarkan pasangan untuk mendapat cahayamata. Bagi pasangan yang
mengalami masalah kekurangan sperm count disarankan mencuba mengambil
zink untuk mengatasi masalah tersebut.
Ovulasi Wanita.
Selain lelaki, wanita juga memerlukan zinc unuk ovulasi. Pengambilan
zinc juga membantu pengucupan uterus yang mengembalikan daya
ketahanannya.
Banyak kan manfaat Zinc Complex ni, dahla harganya murah, banyak pulak kelebihannya tu. Jadi memang patut la laris sangat.
Haa..inilah dia rupanya Zinc Complex
tu. Harganya? Sangat murah, RM 33.75 sahaja satu botol, dan setiap
botol mengandungi 120 tablet. Jimat kan?
Berminat? ORDER DI SINI
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124