Assalamualaikum semua... Morning...
Harapan saya semua sihat-sihat sahaja di pagi yang indah ini. Hari ini
saya nak kongsikan dengan anda semua mengenai masalah cirit-birit yang
sering berlaku dan adakalanya ia boleh membawa maut jika tidak di ubati
dengan segera. Nauzubillah... Takut saya mendengarnya...
Cirit-birit ini sebenarnya bukanlah suatu penyakit tetapi ia adalah gejalah kepada penyakit-penyakit tertentu.
Ini akan menyebabkan pesakit akan mengalami kekerapan dalam pergerakan
usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Ia akan terhenti selepas
rawatan simptomatik di berikan serta merta. Bagi orang dewasa,
cirit-birit ini tidaklah serius tetapi bagi kanak-kanak, jika tidak di
rawat dengan segera ia boleh membawa maut.( sumber:- pusat sejahtera
USM).
Antara gejala cirit birit ialah:-
1. Peningkatan membuang air besar
2. Najis yang berair dan cair
3. Terdapat angin ataukentut yang melampau
4. Kehilangan selera makan
5. Adakalanya demam
6. Terasa mual dan muntah
7. Sakit otot
Pernah kita terbaca di dada-dada akhbar suatu masa dahulu, ramai yang
keracunan makanan di tempat kenduri bukan? Ada juga yang keracunan
makanan setelah memakan juadah dari pasar malam atau bazar ramadhan.
Pada ramadhan yang lalu, ada kes keracunan makanan yang terjadi di
sebabkan penyediaan juadah berbuka iaitu "Roti John" yang telurnya tidak
di bersihkan. Akibatnya, satu keluarga mendapat keracunan makanan.
Jadi,keracunan makanan inilah merupakan salah satu punca yang
menyebabkan cirit-birit itu boleh berlaku. Jangan pandang remeh aspek
kebersihan. Kita perlu mengetahui punca-punca cirit-birit ini serta cara
mengatasinya.
Antara bakteria yang menyebabkan keracunanan makanan adalah seperti di dalam gambar di bawah:-
Antara punca cirit-birit ini berlaku ialah:-
1. Meminum air yang tercemar
2. Memakan makanan yang tercemar
3. Intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa
4. Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus seperti bakteria Rotavirus, Shigella dan ameba
Info lanjut boleh di dapati pada artikel ini Punca cirit birit dan cara merawatnya
Teringat saya sewaktu kecil-kecil dahulu, ibu dan ayah saya selalu
menyuruh saya memakan pucuk jambu bagi mengatasi masalah ciri-birit yang
saya alami.
Sebagai anak, saya hanya mengikut panduan yang ibu bapa saya berikan.
Saya pasti, anda juga pernah memakan pucuk jambu sebagai alternatif
kepada ubat-ubat di klinik.
Selain itu, saya juga turut di beri pil "Chi Kit Teck Aun" untuk
meredakan cirit-birit yang di alami. Anda semestinya pernah lihat pil
berkenaan bukan? Bagi yang tidak mengenali pil tersebut, di sini saya
sertakan gambarnya.
Jika anda merujuk masalah cirit-birit ini ke klinik atau hospital, sudah
pasti doktor akan memberikan anda garam seperti dalam gambar di bawah
untuk anda bancuh dan minum sehingga sembuh.
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit ini , perlulah meminum air masak
dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi atau kehilangan air dalam
badan.
Antara supplemen cadangan yang boleh anda ambil untk mengatasi masalah cirit-birit ini ialah:-
Performance Drink
Cinch Tea Mix
Nutriferon
Credit : vitaminterbaikku
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124