SILA KLIK KAT SINI YE

Monday, 25 August 2014

Jika Itu Takdirnya.... Redhakanlah Pemergian Mereka...

Jika Itu Takdirnya.. Redhakanlah

Sedih.... Sebak.... Sayu....

Hari ini seluruh negara kesuraman.... Kesedihan... Sedih menerima kepulangan 17 keranda kayu dan 3 bekas abu mayat penumpang MH17. 
Pagi-pagi lagi siaran secara langsung di kaca televisyen memaparkan persediaan menerima kepulangan jenazah mereka yang terkorban dalam nahas di sempadan Ukraine. 
Bayangkan jika kita adalah salah salah seorang ahli keluarga mangsa... Apakah perasaan kita ketika ini?? Allahurobbi... Hanya Allah yang lebih mengetahui...
Antara gambar yang saya ada untuk tatapan pembaca semua mengenai nahas yang berlaku di sempadan Ukraine.
Di sini saya kongsikan dengan anda gambar-gambar penumpang dan anak kapal yang terlibat dalam nahas berkenaan... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang beragama Islam.

Ini hanyalah sebahagian dari jenazah yang terkorban. Hanya 20 orang yang di bawa pulang hari ini. Jika itu takdirnya... Redhakanlah pemergian mereka semua... Sudah sampai ajal mereka. Kita yang masih hidup ini, tingkatkanlah amal ibadah untuk di bawa ketika bertemu Pencipta.
Saya berharap, semua ahli keluarga mangsa yang terlibat akan tabah melalui ujian Allah ini. 
Perjalanan mereka di dunia telah pun berakhir... Mereka melalui perjalanan alam barzakh untuk menuju ke alam yang kekal abadi... Doakanlah yang terbaik untuk mereka...
Sejak awal pagi lagi, persediaan rapi telah di buat untuk menyambut ketibaan jenazah. Kereta-kereta ambulans telah bersedia menanti di kompleks ketibaan Bunga Raya 2..

Si anak yang kehilangan ibu....
Si kecil yang kehilangan ayah....
Dokanlah kesejahteraan mereka di alam sana. Yang pergi takkan kembali lagi... Tingaktkanlah amalan sementara berkesempatan. Peringatan untuk diri saya sendiri...
Amin....amin...amin...



HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124