SILA KLIK KAT SINI YE

Thursday, 21 August 2014

Adakah Kegemukan Punca Sukar Hamil


Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Kurus pastinya seringkali dikaitkan dengan ketrampilan yang menarik. Berbeza dengan gemuk, sering kali dianggap tidak menarik dan tidak cantik. Masing-masing punya pendapat, punya selera tetapi fakta yang satu ini tidak dapat disangkal lagi.

Kegemukan punca sukar hamil

Tanpa mengira gender, kegemukan memberi impak yang bukan sedikit kepada masalah kesuburan. Walaupun ianya agak sukar diterima dan dianggap sensitif, pasangan berkahwin yang masih belum punya cahaya mata perlu mengambil berat akan hal ini sekiranya mendapati ada masalah kegemukan pada diri anda atau pasangan anda.

Berat badan unggul dapat diketahui dengan mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dengan berat badan dalam kg dibahagikan dengan ketinggian kuasa dua dalam meter. Dari situ kita dapat ketahui berat badan kita ideal atau pun tidak.
Bacaan BMI yang kurang atau melebihi bacaan berat badan unggul menyebabkan keseimbangan hormon tidak dapat dicapai. Penghasilan telur bagi wanita dan sperma bagi lelaki akan terganggu akibat rembesan hormon yang berlebihan atau berkurangan. 
Malah,  berat badan berlebihan juga selalu dikaitkan dengan masalah PCOS, di mana ia merupakan antara faktor utama masalah kesuburan wanita. Wanita yang menghadapi masalah PCOS selalunya menghadapi masalah kitaran haid di mana telur sangat sukar untuk mencapai tahap kematangan untuk disenyawakan bersama sperma.

Masalah Kegemukan Kepada Wanita

Menurut kajian, kebanyakan wanita yang menghadapi masalah kegemukan akan mengalami masalah-masalah seperti di bawah:
  1. kitaran haid terganggu
  2. gangguan hormon yang berlaku menyebabkan proses ovulasi terganggu. Ia terjadi dalam dua keadaan, samada masalah ketika penghasilan telur atau pun tiada langsung telur dihasilkan. 
  3. kebanyakan kandungan tidak stabil ketika trimester pertama
  4. risiko keguguran
  5. risiko kecacatan bayi
  6. risiko diabetis dan darah tinggi kepada ibu

Masalah Kegemukan Kepada Lelaki

  1. Kekurangan penghasilan sperma
  2. Bilangan sperma normal sangat sedikit jika dibandingkan dengan bilangan sperma yang rosak
Ada kajian mendapati lemak-lemak yang terkumpul di sekitar testis boleh meningkatkan suhu di kawasan sekitar. Oleh kerana sperma sangat sensitif pada suhu yang tinggi, maka kehadiran lemak ini boleh menyebabkan sperma mati dan tidak lagi aktif. Namun, kajian menyeluruh tentang hal ini masih belum dijalankan.
Jadi, terbuktilah kegemukan memang boleh menyumbang kepada masalah kesuburan. Sebab itu, saya sentiasa sarankan pengguna untuk turunkan berat badan dahulu sebelum membuat pesanan Set Kesuburan Shaklee. Melainkan jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh terus menggunakan Set Kesuburan dan dalam masa yang sama, anda cuba untuk turunkan berat badan.

Jangan risau jika anda mempunyai kekangan bajet tetapi ingin segera menurunkan berat badan dan sekaligus ingin hamil. Set Slimming Shaklee mempunyai beberapa pakej sesuai dan ada boleh memilih mengikut masalah dan bajet anda.

Set Kesuburan Shaklee juga saya sediakan beberapa pakej. Anda hanya perlu hubungi saya untuk saya konsult pakej-pakej berkaitan sesuai dengan masalah-masalah yang anda hadapi.

Anda mungkin berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Tips Cepat Hamil
Bagi lelaki yang bimbang tahap kesuburan anda, anda mungkin boleh baca Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki
Jika anda ingin cuba menjana kewangan anda sebagai Ahli Shaklee, anda boleh baca dulu Faedah dan Kebaikan menjadi Ahli Shaklee

Sumber : JomSihatJomGojes



HUBUNGI SAYA:-

FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124