Assalamualaikum... Selamat pagi...
Alhamdulillah. Syukur.. Masih di beri kesempatan menulis pagi ini. Hari
ini saya hendak kongsikan dengan anda semua mengenai ulser perut. Ulser
sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bukan sahaja berlaku
di bahagian dalam perut malahan ia boleh berlaku juga di dalam mulut
tetapi dalam entri saya kali ini saya ingin berbicara mengenai ulser
yang berlaku di dalam perut atau usus kita.
Ulser ialah tompokan putih atau kuning yang mempunyai tanda kemerahan di
sekelilingnya. Saiz ulser adalah berbeza-beza dan sangat menyakitkan.
Jika di Kelantan, ia lebih di kenali dengan panggilan "mata ikan". Ia
seringkali di katkan dengan demam, jankitan kuman dan sebagainya. Boleh
rujuk artikel Info Kesihatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Ulser yang terjadi di dalam perut boleh di bahagikan kepada dua kategori. Iaitu:-
1. Ulser gastrik ~ jika terdapat di dalam perut
2. Ulser duodenul ~ jika terdapat di dalam di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum
Sila rujuk pada gambar di bawah untuk lebih jelas:-
Ulser perut ini sebenarnya sangat berbahaya. Pernah saya dan adik
bersembang mengenainya. Seingat saya, adik pernah memberitahu bahawa
salah seorang pensyarahnya telah meninggal dunia akibat penyakit ulser
usus ini. Sungguh menyedihkan. innalillahiwainnailaihirojiun....
Punca berlakunya ulser perut
Punca sebenar berlakunya ulser perut ini tidaklah dapat di pastikan
tetapi antara yang sering di perkatakan adalah berpunca dari:-
1. Makanan yang tidak seimbang
2. Suka memakan makanan yang pedas, masam dan berminyak
3. Kurang minum air suam
4. Jadual makan yang tidak menentu
5. Kurang bersenam
6. Meminum alkohol dan merokok
7. Mengambil ubat yang tidak sesuai dengan badan
8. Stress
Bagaimana ingin mengetahui sama ada anda menghidapi ulser?
Antara simptom yang boleh anda kenal pasti ialah:-
*Sakit perut
*Loya
*Muntah-muntah
*Muntah darah
*Pendarahan termasuk najis berdarah
*Rasa senak dan pedih perut
*Sakit bila lapar
Biasanya mereka yang mengalami ulser ini akan berasa sakit perut yang kerap di bahagian hulu hati.
Apakah makanan tambahan yang di cadangkan oleh Shaklee??
Antara makanan tambahan yang di cadangkan ialah:-
1. Vivix
2. ESP
3. Alfalfa
4. Omega Guard
5. Peppermint Ginger
6. Zinc Complex
Sumber: vitaminterbaikku
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124