Salam..
Lately banyak customer yang berminat nak cuba Set Kesuburan Shaklee. Tapi, seperti biasa saya tak akan terus cadangkan Set tersebut. Soalan pertama saya ialah berkenaan denagn Berat badan dan juga Kitaran haid. Dan majoriti menghadapi masalah berat badan. dan terus saya cadangkan Set kurus Shaklee untuk menurunkan berat badan seterusnya proses untuk mengandung menjadi lebih mudah.
Betul ke Gemuk punca sukar dapat anak??
Gemuk atau Obesiti selalu dikaitkan dengan individu yang mempunyai berat badan lebih 30% dari sepatutnya. Ini selalu dikaitkan kepada individu yang kurang melakukan aktiviti seperti bersuka, amalan pemakanan yang tidak sihat serta menghadapi masalah kesihatan.
Kajian penyelidik dari Jabatan Obstetrik, Gibekologi dan Biologi Reproduktif Unversiti Michigan Amerika Syarikat. Barbara Luke mendapati wanita obes berisiko 28% berdepan dengan kesukaran mendapatkan zuriat. Dan sekiranya hamil, kandungan mereka tidak akan bertahan sehingga ke peringkat kelahiran.
Manakala kes yang berjaya pula, jumlah kelahiran pra-matang turut meningkat.
Barbara melakukan kajian ke atas hampir 50,000 wanita menggunakan teknologi reproduktif.
"Wanita gemuk sukar untuk hamil kerana tubuh mereka tidak bersedia untuk pembesaran janin melainkan mereka berjaya menurunkan berat badan seperti yang disarankan oleh doktor serta menjaga kesihatan sebaiknya"
Gemuk juga dikaitkan dengan hormon yang tidak stabil. Penghasilan telur bagi wanita dan sperma bagi kaum lelaki akan terjejas akibat rembesan hormon yang tidak stabil.
Ada juga yang kaitkan kegemukan dengan penyakit PCOS (Sindrom Ovari Polistik) iaitu punca utama masalah kesuburan. Ini kerana pesakit PCOS dikatakan kerana proses ovulasi yang terganggu samada penghasilan telur yang tidak matang atau tiada ovulasi langsung. Gangguan hormon menyebabkan pembesaran telur tidak sempurna dan tidak mencapai saiz yang sepatutnya untuk disenyawakan.
Masalah kegemukan juga mengganggu kitaran Haid. GLA Complex mampu membetulkan kitaran Haid.
Risiko ketika Mengandung
1. Diabetis. Diabetis semasa mengandung agak susah untuk dikenal pasti melainkan melalui ujian darah. Antara simpton ialah kenaikan berat badan secara mendadak, sejarah keluarga yang berisiko diabetis, usia melebihi 35 tahun. Ujian darah dilakukan sekitar usia kandungan 26 hingga 28 minggu. UJian MGTT ini ialah darah yang diambil selepas berpuasa selama semalaman dan selepas pengambilan air gula.
2. Darah Tinggi.Ibu yang obes berisiko menghidap darah tinggi semasa mengandung. Semasa pemeriksaan lawatan berkala tekanan darah ibu akan diperiksa. Jika tekanan darah tidak di kawal boleh menyebabkan sawan dan pertumbuhan kandungan.
3. Melahirkan bayi yang besar. Bayi yang terlalu besar memerlukan pembedahan atau caesarean.
Sumber : belogsupermama
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124