Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Saya ni sebenarnya seorang yang sangat percayakan perubatan moden. Saya
kurang gemar jika masyarakat sekeliling saya sentiasa nasihatkan petua
dulu-dulu bila berdepan sesuatu penyakit. Saya lebih suka ke hospital
untuk dapatkan rawatan. Tapi, kalau penyakit tu tidak serius, memang ada
juga saya follow petua yang mereka berikan.
Bukan apa, pada saya jika sesuatu berlaku kepada saya atau keluarga
apabila tidak mendengar atau mengikut cadangan doktor, saya juga yang
kena. Mungkin terpaksa menahan telinga mendengar leteran dari nurse,
atau lebih parah jika sesuatu yang buruk terjadi kepada saya atau
keluarga. Satu lagi mungkin pengaruh keluarga. Dari kecil, bila ada
masalah kesihatan, ayah memang bawa kami ke klinik. Jaranglah ayah guna
petua-petua lama ni. Kalau ada guna pun, mesti ubatan klinik turut
dibekalkan.
Bila saya menyertai Shaklee, minda saya dah makin terbuka. Rupanya,
ubatan yang doktor bekalkan banyak buruk dari baiknya. Anda boleh rujuk
beza antara Vitamin Semulajadi VS Vitamin Sintetik.
Tidak banyaklah yang saya kaji, cuma apa yang saya tahu ubatan campuran
bahan kimia (dari hospital) kebanyakannya bukan merawat punca masalah.
Ubatan tersebut hanya selesaikan masalah pada ketika itu sahaja, tetapi
akar penyakit masih lagi ada. Sebab itu, penyakit akan datang kembali
beberapa tempoh selepas itu.
Kemudian, saya ada membeli buku 'Rasulullah is my doctor'. Awalnya saya
beli kerana ingin menambah info tentang petua semulajadi dan dijadikan
sumber untuk menulis di blog. Tetapi rupa-rupanya buku ini lebih dari
apa yang saya mahu tahu. Ia berkenaan agenda sesetengah pihak yang
mencipta sesuatu alat atau ubatan yang kononnya untuk menawarkan
kesihatan yang lebih baik, tetapi sebenarnya ia punca masalah itu
terjadi. Ubatan dan mesin canggih dalam dunia perubatan ialah skandal
perniagaan yang kita nampak seperti cuba membantu masyarakat, tetapi
rupa-rupanya ia adalah duri dalam daging. Ibaratnya virus komputer
dicipta oleh pencipta antivirus. Begitulah keadaannya dengan ubatan yang
hospital bekalkan. Semuanya kerana keuntungan yang besar dari
penghasilan ubatan ini. Sebab itulah, tahap kesihatan manusia semakain
lama semakin buruk. Jangka hayat semakin rendah. Semua ini ada kaitan
dengan campuran bahan kimia yang ada dalam ubatan.
Saya hanya akan petik isu vaksin yang diketengahkan di dalam buku ini.
Saya cuma membuat penerangan ringkas. Anda boleh dapatkan buku ini jika
berminat untuk mengetahui keseluruhan isi.
Isu Vaksin
Menurut penulis buku ini, vaksin adalah satu program kesihatan yang
sebenarnya penyebab kepada masalah-masalah yang berkaitan perkembangan
mental kanak-kanak seperti autisme. Sungguh, saya memang tidak tahu
bahawa vaksin yang diberikan seawal bayi berusia sehari mengandungi
merkuri. Menyesal saya kerana kedua-dua anak saya diberi vaksin secara
penuh dek kerana sikap skema saya. Sedangkan alat mekap yang mengandungi
merkuri diharamkan dijual oleh KKM. Inikan pula, merkuri tersebut
disuntik ke dalam badan kepada bayi. Merkuri juga sejenis logam yang
sangat susah untuk meninggalkan badan dan sekarang kajian mendapati
ianya mampu diserap dan berkumpul di dalam jaringan otak.
Pada awal bulan Ogos yang lalu, saya telah menghadiri kursus bagi
melihat perkembangan bayi seawal sebulan sehingga enam tahun. Kursus ini
dianjurkan oleh pihak PASTI. Menurut penceramah tersebut,
penyakit-penyakit kelainan mental ini semakin menjadi-jadi. Autism
antara kes yang semakin lama, semakin meningkat. Apabila saya membaca
buku ini, saya rasa peningkatan ini ada kaitan dengan penggunaan vaksin
kepada bayi.
Dan paling menyayat hati bila penulis buku ini menyenaraikan bahan-bahan
yang digunakan untuk mencipta vaksin. Ada antaranya merupakan sesuatu
yang diharamkan seperti cairan embrio ayam, sel-sel ginjal monyet,
sel-sel diploid manusia daripada jaringan janin yag digugurkan.
Ya ALlah, masa baca tu saya rasa nak menangis semahu-mahunya. Menyesal
dengan kejahilan diri kerana tidak meneroka ilmu mengenai vaksin sebelum
dicucuk kepada anak-anak saya.
Kematian kerana sesuatu wabak juga dilihat semakin tinggi apabila vaksin
diperkenalkan. Kebanyakan kajian dibuat, peratusan kematian adalah
berganda-ganda lebih tinggi setelah vaksin diberi berbanding sebelum
diberi.
Mungkin ini antara ujian yang Allah berikan untuk kita hamba akhir
zaman. Semakin moden dunia, semakin kita melupakan betapa hebatnya
bahan-bahan semulajadi yang ALlah ciptakan.
Bila saya membaca buku ini, terbit rasa syukur (walaupun ada kekesalan)
dalam diri kerana saya dan keluarga sudah lama tidak mengunjungi klinik
untuk membeli ubat demam, ubat batuk dan sebagainya. Kerana sekarang,
kami lebih selesa menggunakan bahan-bahan semulajadi yang merupakan
makanan seharian di rumah.
Selain dari amalkan set Shaklee, yang dihasilkan dari sumber semulajadi
tanpa campuran bahan kimia, kami juga amalkan madu, cuka epal dan
pelbagai rempah yang boleh membantu atasi masalah kesihatan keluarga
kami.
In shaa Allah, untuk anak kami yang ke-3 nanti, saya akan cuba sedaya upaya untuk elak dari dicucuk apa jua vaksin.
Saya sangat-sangat menyarankan agar anda dapatkan senaskah buku
Rasulullah is my doctor. Terutamanya jika anda merupakan pengunjung
tegar klinik atau hospital. Dengan membuat sedikit pembacaan, anda
mungkin dapat melihat sisi lain dunia perubatan hari ini. Wallahualam.
Saya mengajak dan menyeru anda semua untuk bertukar kepada sesuatu yang
lebih semulajadi. Anda boleh amalkan makanan-makanan yang Rasulullah
sarankan seperti habbatus sauda, madu dan sebagainya. Lengkapkan dan
tingkatkan lagi tahap kesihatan anda dengan membuat penambahan set-set
Shaklee yang telah diuji secara klinikal selama bertahun-tahun bagi
menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk kesihatan kita. Yang pasti,
bahan-bahan yang dimasukkan di dalam vitamin Shaklee ialah bahan-bahan
semulajadi yang ALlah cipta.
Anda mungkin berminat nak tahu lebih lanjut Supplement yang saya gunakan ketika kami sekeluarga demam atau tidak sihat
Atau kenapa kami ambil Peppermint Ginger Plus jika kami alami masalah sebu perut atau angin
Alhamdulillah, kami banyak menerapkan penggunaan vitamin semulajadi
dalam kehidupan kami semenjak mengenali Shaklee. Dan paling bagus
sekiranya anda amalkan vitamin semulajadi Shaklee, seterusnya menjadi ahli Shaklee untuk mendapat 1001 kebaikan yang Shaklee boleh tawarkan.
Credit : Jomsihatjomgojes
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124