SILA KLIK KAT SINI YE

Thursday, 11 December 2014

Resepi Laksa Penang Yang Mudah dan Sedap Kegemaran Adik-Beradikku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiba-tiba je teringatkan laksa. Apa yang sedapnya laksa ni?Kalau ikut adik-beradik saya, semua "hantu laksa". Tambah-tambah yang perempuan.Kalau jumpa laksa, menambah dua tiga kali. Nasib baiklah resepi laksa ni mudah dan sedap pulak tu.

Laksa ni selalunya dimakan waktu petang. Tapi bagi keluarga saya makan tak tentu masa. Bedal aje. Makanan kesukaan katakan. Dulu saya boleh dikatakan hantu laksa juga, tapi setelah melahirkan anak ketiga ni makin berkurangan nak makan. Nak makan tu bolehla, tapi tak adalah menambah dua tiga kali macam dulu.

Membebel banyak sangat tak elok jugakan..Jom saya kongsikan resepi laksa yang mudah dan sedap ni..Mesti tak sabar nak tau kan. Cepat salin..hehehe

Bahan-bahan

Laksa
Ikan Selayang (lagi banyak lagi sedap)
3 biji bawang besar
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kering/cili kisar (kalau suka pedas letak lebih)
2-3 keping asam keping (Ikut citarasa)
2 bunga kantan - dibelah 4
1 ikat daun Kesum
Air Rebusan Ikan 
Garam

Bahan hiasan 


Telur - dibelah dua.
Timun - dihiris
Bawang besar - dihiris
Limau kasturi - dibelah dua.
Cili padi - dihiris


Cara-cara membuatnya:


1.Untuk memudahkan kita memasak laksa. Kita rendamkan terlebih dahulu laksa tersebut ke dalam air suam/biasa. Kemudian, rebuskan laksa.
2.Ikan pula, direbus dan ambil isinya. Air rebusan jangan dibuang sebab kita boleh guna untuk masak kuah laksa itu nanti. 
3.Blend isi ikan itu tadi kemudian asingkan.tulang ikan pun kita blend dan tapis airnya. 
4.Kisar bawang besar, belacan dan cili kering bersama air rebusan ikan tadi.
5.Masukkan dalam periuk bahan-bahan yang siap dikisar tadi, bersama asam keping, daun kesum dan juga bunga kantan.
6.Masak dengan api perlahan supaya kuah yang dimasak ini lebih tahan lebih lama. 
7.Masukkan garam dan penambah perisa mengikut kesukaan.

8.Siap untuk dihidang

Mudahkan? Selamat mencuba.

Bantuan google
Kalau kat Shah Alam ni kalau anda nak makan laksa yang sedap, anda bolehla ke Seksyen 13. Tokey laksa ni jual laksa bawah pokok berdepan dengan Hotel Alami. Ha, cubalah, anda tentu puas hati.



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Wednesday, 10 December 2014

Anak ikhtiar cari cara atasi gout supaya ayah kembali solat di masjid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....



Apa khabar anda semua? Harapnya sihat ye. Sape pernah kena gout? Yang saya tahu gout ni selalunya dihidapi oleh kaum lelaki. Bahaya ke gout ni? Kesian saya tengok pakcik sebelah rumah. Langsung tak boleh jalan kalau kena gout ni. Selalu solat di masjid, tapi bila kena gout, terpaksa solat kat rumah je. Itu pun solat secara duduk. Ye la kan, nak berdiri mana boleh kaki tengah sakit. Nanti jatuh susah pulak. 

Anak pakcik ni ada la cerita kat saya yang dia hendak cari cara atasi gout. Bukan apa, dia kesiankan ayahnya. Tengok, nak solat pun sukar. Tambah pulak nak ke masjid berjemaah, memang tak dapat. Kalau nak makan pun terpaksa memilih. Takut-takut nanti tersalah makan bertambah parah.


Apa dia penyakit gout?

Gout adalah disebabkan keradangan yang berlaku di sendi dan membengkak. Gout juga disebabkan pengumpulan asid urik dalam darah; yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. 

Punca terjadinya gout


Gout boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah genetik, makanan, serta masalah buah pinggang.Selain itu ia juga disebabkan faktor kegemukan, penghasilan asid urik yang terlalu banyak, kesan daripada ubat diuretik serta darah tinggi. Gout adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik yag diakibatkan oleh asid urik iaitu terhasil akibat pemecahan protein. Ia akan berkumpul pada sendi dan tisu lembut disekeliling sendi.

Serangan gout berlaku disebabkan beberapa faktor seperti pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan, makan terlalu banyak makanan yang mengandungi purine, kecederaan kecil pada sendi, minum air yang tdak cukup serta mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan ubat untuk amalkan diet.

Pelbagai makanan yang tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan sebagainya. Pemecahan purin dalam makanan ini boleh menyebabkan gout. Purin ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara atasi gout


  • Pesakit perlu mengamalkan diet rendah purin iaitu menghadkan pengambilan protein yang mengandungi purin seperti ikan bilis, telur ikan, sardin, alkohol, yis, cendawan dan sebagainya.
  • Mengawal berat badan agar mudah pergerakan.
  • Mengambil air kosong yang banyak untuk penyingkiran toksin.
  • Sentiasa bersenam agar dapat mewujudkan hidup secara sihat.
Selain daripada kaedah ini, anda juga boleh mengamalkan suplemen Shaklee seperti yang dicadangkan iaitu:


Vivix yang dapat mengimpk 4 mekanisme anti penuaan. Ia melindungi dan membaiki DNA.Ia juga melambatkan proses AGE yang menyebabkan kerosakan.



OmegaGuard - Mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.



Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. 



Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri

Jangan tunggu sehingga penyakit memudaratkan anda. Dapatkan penyelesaian sekarang dengan menghubungi saya seperti di bawah.


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Tuesday, 9 December 2014

Resepi Keropok Lekor Mudah dan Sedap Di Makan Bila-bila Masa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Siapa suka keropok lekor? angkat tangan.hehehe. Kalau angkat pun mana nampak kan. Suami dan anak-anak saya gemar sangat makan keropok. Lagi-lagi kalau keropok lekor. Pantang kalau adik ipar balik Terengganu, pasti dikirimnya. Maklumlah keropok lekor Terengganu sedap. Apa yang best sangat dengan keropok lekoe Terengganu ni? Pastinya kerana keropoknya dipenuhi ikan. Tidak terasa langsung tepung. Banyak kandungan proteinnya. Tapi sekarang tidak perlu risau lagi. Merata-rata orang jual keropok lekor ala-ala Terengganu punya. 

Di sini saya ingin kongsikan resepi keropok lekor yang mudah dan sedap yang diberi oleh rakan sepejabat. Katanya mudah sangat nak buat keropok lekor ni. Semudah ABC. Wow...mudahnya. Kalau macam tu jom tengok apa bahan-bahannya.


Resepi Keropok Lekor ala Terengganu Mudah dan Sedap


Bahan-bahannya:


1kg ikan selayang 
½ cawan tepung sagu
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

1. Bersihkan ikan.Buang kulit dan ambil isinya sahaja.
2. Blend isi ikan tanpa air sehingga lumat atau hancur.
3. Kemudian,masukkan isi ikan yang telah diblend itu ke dalam besen dan            campurkan garam,gula serta tepung sagu sedikit demi sedikit.
4. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.
5. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi dan bentukkan ikut kesukaan.
6. Sediakan periuk dan rebus air sehingga mendidih. Kemudian masukkan             keropok yang telah dibentukkan tadi. 
7. Angkat bila keropok sudah timbul kerana ia menandakan keropok sudah             masak.
8. Angkat keropok tadi dan toskan. Anda boleh pilih sama ada ingin makan             secara rebus ataupun goreng.

Bantuan google


Ha..mudah tak? Mudahkan. Betullah kata sabahat saya tu semudah ABC. Selamat mencuba kepada penggemar-penggemar keropok lekor. Air tangan sendiri lagi sedapkan.



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:





HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Monday, 8 December 2014

Pekerja pejabat kerap hadapi masalah kaki busuk cari petua bau kaki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



petua atasi bau kaki
google


Masalah kaki berbau

Masalah kaki berbau kerap kali dikaitkan dengan golongan lelaki berikutan perwatakan mereka yang lasak dalam menjalani kehidupan seharian. Selepas menganggalkan stoking dan kasut, bau kaki yang tidak menyenangkan pasti membuatkan mereka tidak selesa dengan situasi ini. Ia terjadi pada rakan sekerja yang mengalami masalah kaki berbau. Beliau berusaha mencari petua atasi kaki busuk yang telah mengganggu kehidupan sehariannya. Melihatnya yang tidak senang sewaktu ingin membuka kasut untuk solat membuatkan saya pelik dan tertanya-tanya. Nekad untuk mengetahuinya, saya ringankan mulut bertanyakan masalahnya.

Beliau menceritakan masalah yang dihidapinya sejak setahun lalu. Kakinya kerap kali mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan menyebabkan beliau sering menunggu orang telah selesai solat. Selepas itu barulah beliau akan ke surau. Katanya beliau malu sekiranya orang mengetahui tentang masalahnya. Beliau juga takut jika orang memandang sinis terhadapnya. Disebabkan kasihankan beliau, saya cuba membantu menyelesaikan masalahnya.

Tahukah anda semua bahawa sekiranya masalah kaki berba ini tidak diatasi segera ia akan memberi kesan yang lebih buruk. Fakta kesihatan menyatakan bahawa setiap kaki manusia mempunyai 250,000 kelenjar peluh dan mampu menghasilkan 500 mililiter atau satu cawan peluh setiap hari.Masalah kaki berbau juga boleh menjadi gejala kepada masalah lain seperti kaki dimakan air akibat jangkitan funguspada kulit kaki di celah -celah jari.

Punca kaki berbau

Masalah kaki berbau adalah disebabkan peluh yang terhasil daripada aktiviti harian. Bau yang kurang enak ini sebenarnya disebabkan oleh aktiviti bakteria dan flora (mikrob). Selain itu ia juga disebabkan oleh iklim yang panas serta lembap yang menggalakk aktiviti kehadiran mikrob ini. Gaya hidup seharian seseorang individu yang menggunakan kasut tertutup dan stoking yang tidak mempunyai pengaliran udara yang baik. Selain itu diri sendiri juga perlu mengambil berat tentang kebersihan.

Petua atasi kaki berbau


1. Gosok celah-celah jari kaki iaitu setiap kali mandi, perlulah dibersihkan celah-celah jari kaki kerana bahagian ini paling lembap. Gunakan berus lembut dan sabun mandi untuk membersihkannya.

2. Sentiasa memotong kuku dan jangan biarkan kotoran berkumpul.

3. Rendam kaki dengan teh, garam atau serbuk kopi. Ini kerana teh dipercayai mampu mengurangkan bau yang kurang enak.Caranya rendam kaki dalam besen berisi air panas atau suam bersama hampas teh.Rendamkan selama 10 minit.Serbuk kopi pula dibungkus dengan kain bersih dan masukkan dalam kasut dan biarkan semalaman.

4. Pola pemakanan yang seimbang turut mempengaruhi masalah kaki berbau ini. Sekiranya anda makan makanan pedas dan mempunyai kalori yang tinggi, ia menyebabkan tubuh dan kaki lebih mudah berpeluh. 

5. Sentiasa menukar stoking sekurang-kurangnya dua kali sehari.

6. Pemilihan kasut yang berkualiti juga amat perlu. Material daripada plastik dan getah cenderung membuatkan kaki berpeluh, Pemilihan kasut yang betul perlu dititikberatkan.

7. Simpan kasut di tempat yang sepatutnya iaitu di tepat aliran udaranya lancar, serta gunakan gel silica sekiranya menyimpan kasut di dalam kotak.

Pengambilan Suplemen Shaklee untuk menghilangkan Bau Kaki Secara Semulajadi

masalah kaki busuk

Alfalfa dikenali sebagai penyahtoksik.Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau kaki.



petua bau kaki



Sebagai antibiotik semulajadi

petua bau kaki

Membantu meningkatkan pengaliran darah, kurangkan bau kaki, gas perut dan usus serta pembersihan usus.

Masalah bau kaki adalah perkara yang serius jika dibiarkan. Saya pasti sebagai pekerja kita tidak mahu menghadapi masalah ini terutama di tempattempat yang memerlukan kita menanggalkan kasut. 

Jangan biarkan anda mengalami masalah ini lagi. Order sekarang.



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:





HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Sunday, 7 December 2014

Kakak cari cara atasi jeragat di muka kerana malu dengan suami sebab muka dah jadi hitam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Masalah Jeragat

Jeragat adalah masalah kulit yang seringkali dihantui oleh golongan wanita, dan tidak terkecuali kakak saya. Kakak saya menghadapi masalah jeragat ini selepas melahirkan anak ketiganya. Kini ia menjadi lebih teruk dan beliau berusaha cari cara atasi masalah jeragatnya. 

Seperti yang anda tahu, jeragat terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag.Seborrhoeic keratosis adalah seperti biji hitam atau tahi lalat hidup. Melasme pula seperti tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit, manakala skin tag pula seperti daging lebih bewarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya terdapat di bawah ketiak atau leher. Masalah jeragat yang dihidapi oleh kakak saya adalah jenis melasme.Jeragat idak merbahaya tetapi membuatkan kulit muka menjadi kusam dan kotor.

Punca Jeragat

Jeragat berpunca daripada pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari terik, masalah ketidakseimbangan hormon serta masalah genetik.Masalah jeragat ini bukan sahaja menyerang bahagian muka tetapi bahagian anggota lain yang terdedah kepada matahari. 

Cara Atasi Jeragat

Masalah jeragat boleh diatasi secara tradisional iaitu dengan menggunakan:

1. Ambil kulit pisang dan sapukan bahagian dalam ke tempat yang berjeragat. Biarkan selama 5 minit, kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

2. Ambil putih telur dan rendamkan tisu di dalam putih telur.Lekapkan ke muka hingga kering. Kemudian cuci muka dengan air bersih.

3. Jika ada hampas kelapa yang idak digunakan jangan dibuang kerana boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat. Caranya adalah dengan menyapukan hampas kelapa dan gosokkan pada wajah. Biarkan dalam tempoh 15 minit kemudian cuci dengan air bersih.

4. Jus betik juga boleh digunakan untuk mengatasi jeragat iaitu dengan menyapukan jus betik segar ke tempat yang berjeragat menggunakan kapas.Urut secara perlahan-lahan dan biarkan dalam tempoh 15 minit kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan setiap hari hingga puashati.

Anda juga boleh mengatasi jeragat dengan kaedah yang berkesan dan bersifat jangka panjang iaitu dengan menggunakan Set Jeragat Shaklee iaitu:


Digunakan bagi melindungi kulit semasa keluar di waktu siang


Nutriwhite Spot Whitening Treatment digunakan untuk memudarkan jeragat

Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan Collagen Powder, Energizing Soy Protein (ESP) ,GLA Complex, Vitamin C, Vitamin E dan B Complex.

Apa tunggu lagi...Dapatkan penyelesaian bagi masalah jeragat anda. Kulit hitam jadi putih. Kulit kusam jadi kemerahan. Hubungi pengedar sah Shaklee anda.



Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:






HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

Saturday, 6 December 2014

Majlis Pengumpulan Saudara Mara Sempena Majlis Perkahwinan Adik Sepupu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar semua di luar sana?Harapnya sihat disamping keluarga sempena hari minggu ni. Jadual hari minggu tentunya padat dengan pelbagai aktiviti. Hari ini merupakan hari pengumpulan kami adik beradik bersama saudara mara sempena majlis perkahwinan adik sepupu yang merupakan anak kepada makcik kami. Makcik Jamaliah merupakan adik bongsu kepada ibu saya. Ini merupakan majlis pertama bagi keluarga makcik Jamaliah.

Makcik Jamaliah mempunyai tiga orang anak perempuan. Pengantin perempuan ini merupakan anak kedua makcik Jamaliah. Dengan adanya majlis perkahwinan ini ,kami sedara mara baru dapat bertemu.Jika tidak,memang sukar sebab semuanya sibuk dengan hal masing-masing. Adik-beradik saya juga seramai 10 dapat berkumpul di sini. 3 orang lagi tidak dapat bersama-sama memeriahkan majlis kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.Apa yang paling seronok,kami dapat berkumpul dengan abang sulung yang tinggal di Kedah.Abang balik ke Pahang untuk menjenguk mak ayah yang akan berangkat ke Mekah bagi mengerjakan umrah pada 20 Disember ini,in shaa Allah.

Apa yang diharapkan agar silaturrahim ini akan berkekalan hingga ke jannah. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Izzati dan suami. Dan tahniah juga kepada makcik Jamaliah dan pakcik atas kehadiran menantu sulung dalam keluarga.


Friday, 5 December 2014

Isteri tidak tahan cari petua elak bau badan untuk suaminya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Masalah bau badan



Bau badan selalunya dikaitkan dengan peluh. Peluh terjadi apabila keadaan cuaca yang terik. Peluh dan bau badan saling berkaitan walaupun peluh bukan punca utama kita mengalami bau badan. Punca bau badan adalah disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan yang mengalami proses pencernaan yang tidak sempurna.

Seorang isteri bertanyakan petua elak bau badan suaminya yang kerap berbau dan sering mengeluarkan peluh yang banyak. Ini menyebabkan ketdakselesaan berlaku. Si isteri memberitahu bahawa beliau tidak tahan lagi dengan bau yang dikeluarkan badan suaminya. 

Kesian mendengar luahannya. Ada juga sahaba saya yang mengalami masalah bau badan. Kadang tidak sanggup untuk menegur sebab taku kecil hati. Ye la, ada orang dapat terima teguran. Ada orang tidak boleh terima. Macam saya, saya sanga risau akut-aku badan berbau. Ikuti cara elak bau badan yang mungkin boleh membantu suami agar dapat menghilangkan bau badannya.


Petua elak bau badan


1. Mandi sekerap mungkin

Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Sewaktu mandi, pastikan menggosok bahagian bawah lengan agar bakteria dapat dihilangkan. Selepas itu, pastikan bahagian-bahagian pelipat dikeringkan dengan sempurna.

2. Deodorant

Gunakan deodoran jenis anti-perspirant kerana membantu mengurangkan peluh. Sekiranya anda menggunakan deodorant biasa kerana ia membanu pembiakan bakteria di kawasan berikut.

3. Potong rerambut

Sentiasa memotong atau trim rerambut di bahagian bawah lengan bagi mengelakkan bau badan.

4. Memakai pakaian yang longgar dan fabrik cotton

Pakaian yang longgar dapat memberi pernafasan yang secukupnya terutama di bahagian bawah lengan.Selain itu, gunakan fabrik jenis kapas agar dapat menyerap peluh.

5. Pemakanan seimbang

Pemakanan yang seimbang perlu dititikberatkan. Kurangkan pengambilan kafein dan kari.

6. Minum air kosong

Minum air kosong sekurang-kurangnya 1hingga 3 liter sehari. 

7. Elakkan makanan pedas

Makanan pedas akan membuatkan kita berpeluh dan menyumbang kepada pertumbuhan bakteria.

8. Suplemen Alfalfa Shaklee

Alfalfa sangat sesuai digunakan untuk menghilangkan bau badan. Ia sejenis anti-bakteria dan membuang toksik dalam badan.

Mesti anda tidak selesa jika badan berbaukan. Sebelum orang kata apa-apa yang menyebabkan anda berkecil hati lebih baik cegah sekarang. Kesian orang sekeliling, terganggu keharmonian mereka dek bau badan kita. Bertindak sekarang, dapatkan Alfalfa daripada pengedar Shaklee yang sah.


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:




HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]