Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Terdapat 13 jenis sumber makanan yang kaya dengan pelbagai nutrien yang dapat membantu membina tulang,mencegah penyakit kronik,memperbaiki penglihatan dan menajamkan minda. Sumber makanan ini juga boleh dikenali sebagai 'superfood'. Kajian mendapati makanan- makanan ini juga dapat membantu dalam mengekalkan kelangsingan badan terutama wanita.
13 jenis makanan tersebut adalah:
1. Oat
* Kaya dengan kandungan serat yang boleh mengenyangkan. Ia membekalkan karbohidrat yang dapat menaikkan kadar metabolisma serta membakar lemak.
2. Avokado
* Mengandungi Acid Oleic atau sejenis sebatian sihat lemak mono tak tepu yang boleh menyingkirkan lemak di bahagian perut. Avokado juga tinggi kandungan serat dan protein.
3. Brokoli
* Mampu mencegah kanser disamping membekalkan serat dan 30 kalori dalam satu hidangan. Ia juga membantu mengatasi masalah berat badan.
4. Beras Perang
* Tinggi kandungan serat dan mengenyangkan tetapi mengandungi kalori yang rendah. Membantu dalam menurunkan berat badan. Setengah cawan beras perang mengandungi 1.7 gram karbohidrat yang membantu meningkatkan metabolisma badan.
5. Limau Bali
* Pengambilan 1/2 biji limau bali sebelum makan boleh membantu mengurangkan berat badan sehingga 1/2 kg seminggu. Limau bali merupakan sumber terbaik protein dengan kandungan hingga 90 peratus air.Ini membolehkan anda kenyang.
6. Kacang merah
*Membekalkan protein dan serat hingga 5 gram dalam setiap sajian. Ia juga kaya dengan resistant starch iaitu kanji yang tidak mudah dihadam (dalam usus kecil).
7. Badam
* Merupakan kekacang yang kaya dengan lemak sihat bermanfaat untuk kelangsingan. Kajian menunjukkan sekiranya seseorang itu mengambil badam setiap hari dalam diet kalori rendah, berat badan akan hilang dengan lebih banyak.
8. Teh hijau
* Mengandungi antioksidan yang menggalakkan pembakaran lemak dan kalori. Sekiranya anda minum 5 cawan teh hijau sehari, ia membantu menurunkan berat badan dua kali ganda lebih banyak terutama di bahagian perut.
9. Telur
* Kaya dengan kandungan protein boleh mengawal selera makan. Kajian mendapati wanita yang bermasalah berat badan yang mengambil sarapan telur dapat mengurangkan berat badan lebih banyak.
10. Coklat gelap
* Membantu memperlahankan proses pencernaan dan mengenyangkan. Ia juga mengandungi lemak mono tak tepu. Selain itu dapat mengawal pengambilan makanan masin, manis dan berlemak.
11. Kacang kuda
* Mengandungi lebih daru dua gram resistant starch dalam setiap setengah cawan sajiannya. Kacang merupakan sumber serat, protein dan lemak yang sihat.
12. Oren
* Kaya dengan vitamin C yang mengandungi 59 kalori, serat yang tinggi dan tergolong antara 38 jenis makanan yang mengenyangkan.
13 Barli
* Makanan berkanji dengan hidangan kalori rendah dan baik untuk pelangsingan. Membekalkan serat dan hampir dua gram resistant starch dalam setiap setengah cawan sajiannya.
sumber: info sihat
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124