Keguguran adalah kehilangan kehamilan yang berlaku sebelum 20 minggu kehamilan. Kebanyakan keguguran berlaku dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan (trimester pertama). Keguguran boleh berlaku sama ada secara semulajadi atau secara sukarela di mana janin dan plasenta terpisah dari dinding rahim.
Tanda-tanda Keguguran
1. Sakit
- Anda mungkin mengalami kekejangan di bahagian pelvis, sakit perut yang berterusan dan sakit pada bahagian bawah. Sakit yang berterusan mungkin boleh menyebabkan pendarahan berlaku. Kekejangan yang kuat juga merupakan tanda-tanda keguguran. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti ini, perlu terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
2. Pendarahan
- Berlaku pendarahan pada faraj yang mungkin bertompok-tompok atau banyak menjadi lebih kerap atau sekali-sekala. Pendarahan boleh juga terjadi pada kehamilan yang normal. Namun begitu, pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran.
3. Ketiadaan denyutan nadi anak
- Doktor akan mengesan denyutan jantung bayi melalui ultrasound scan. Sekiranya denyutan jantung bayi tidak boleh dikesan, ia menjadi satu tanda bahawa bayi yang dikandung sudah tiada lagi.
4. Kehilangan tanda kehamilan
- Sekiranya merasa tubuh badan kembali kepada keadaan normal dan tiada lagi tanda-tanda mabuk hamil seperti keletihan, sakit belakang, ia berkemungkinan tahap hormon badan anda telah jatuh. Ini menyebabkan hormon tadi tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.
5. Sakit Belakang
- Ibu hamil akan berasa kejang sakit belakang dan akan merasa tidak selesa. Kesakitan yang dialami secara kerap merupakan tanda awal keguguran dan kontraksi.
6. Tiada pergerakan janin
- Ibu hamil perlu sentiasa memerhatikan corak pergerakan bayi sepanjang hari kerana bayi juga mempunyai tempoh waktu tidur yang kadang-kadang berlanjutan hingga ke 4 jam. Ibu hamil dinasihatkan berjumpa doktor sekiranya pergerakan bagi kurang daripada 10 pergerakan bagi tempoh 9 pagi hingga 9 malam. Namun begitu, pergerakan bayi hanya akan dapat dirasa antara minggu ke-18 dan minggu ke-24.
7. Ujian Positif bertukar menjadi negatif
- Sekiranya ujian diambil dua pagi berturut-turut di mana pada hari pertama ujian menunjukkan positif tetapi pada hari kedua menjadi negatif. Ia bukan sahaj menjadi tanda keguguran tetapi mungkin juga berlaku kehamilan luar rahim.
8. Serviks Terbuka
- Dalam kehamilan yang sihat dan normal, selalunya serviks bukaannya ditutup rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi. Sekiranya serviks terbuka dalam tempoh beberap minggu pertama kehamilan, risiko kepada keguguran berlaku agak tinggi.
9. Lelehan Faraj
- Sekiranya keluar darah ketul dan tisu seperti daging yang keluar dari faraj, kemungkinan besar sudah berlaku keguguran.
10. Paras hormon hCG jatuh
- Tahap hormon perlu dikekalkan bagi mengekalkan kehamilan. Jika tahap hCG jatuh pada awal kehamilan, risiko keguguran akan berlaku.
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel : zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
1 comment:
Tanda-tanda kehamilan yang perlubanda ketahui agar membolehkan anda untuk melakukan langkah-langkah selanjutnya. Hentikan lah aktifit yang berbahaya agar anda dan bayi dalam kandungan sihat dan selamat hendaknya. Terima kasiha atas perkongsian ini.
Post a Comment