SILA KLIK KAT SINI YE

Sunday, 19 October 2014

Perjumpaan adik-beradik

Salam hari minggu...Hari ni seronok dapat berkumpul adik beradik. Abang kat Bandar Baru Bukit Raja buat makan-makan sambil bermesra dengan adik -beradik...Seronok rasanya cuma tak semua dapat berkumpul disebabkan hal masing-masing. Lagipun perjumpaan ni dirancang last minit. Mana yang berkelapangan aje yang dapat berkumpul.

Menu hari ni best...ada kuih seri muka, mee tulang, nasi impit dan buah-buahan. Makan sekali tak cukup.sedap sangat membuatkan nak menambah dua tiga kali.

Anak- anak memang seronok sangatla dapat berjumpa dengan sepupu sepapat. Riuh rendah jadinya rumah dengan suara anak-anak. Sampaikan tak nak balik. Apapun diharap hubungan adik-beradik dan sepupu sepapat ini kekal hingga ke akhir hayat.