SILA KLIK KAT SINI YE

Saturday, 18 October 2014

AKTIVITI HARI MINGGU

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Apa khabar semua pembaca budiman...Harap semuanya sihat - sihat aje. OK,hari ni zai nak kongsikan sedikit aktiviti zai hari ni bersama - sama pembaca yang zai kasihi...

Hari ni rasa gembira bila dapat berjumpa dengan anak sedarPa pupu yang dah lama tak jumpa. Kebetulan pulak dia datang ke Shah Alam mengikuti kursus medic yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba. Kalau dah jumpa ,habis keluarla loghat kedahku...hehehe. Kenalkan sikit anak sedara pupu zai ni..Hensem orangnya. 



Tujuan jumpa pun bukan apa,dia dah habis kursus dan nak balik ke Kedah.
Selesai hantar anak sedara ke stesen bas,kami sekeluarga makan kenduri pulak kat Muzium Shah Alam. Tapi lupa pulak Nak ambik gambar..Kalau tak boleh share kat sini kan. Makanan yang disediakan semuanya sedap-sedap. Tapi tak boleh nak tambah..Malu....hihihi.

Selepas siap makan kenduri, kami ke tempat ikan pulak. Semangat anak-anak bangun pagi sebab kata nak pergi tengok ikan. Cantik-cantik ikan kat situ. Bukan tengok aje..siap beli beberapa ekor ikan untuk anak-anak. Gembira sungguh si kakak dapat membela ikan.









Dah penat jalan-jalan tengok ikan, balik zai masak pulak untuk makan malam. Hidangan serba sederhana untuk hidangan seisi keluarga. Selamat menjamu selera semua..