SILA KLIK KAT SINI YE

Saturday, 1 November 2014

10 Sebab Kenapa Perlu Ambil Mealshakes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Masihkah anda ingat zaman kita kecil-kecil dulu? Ibu dan ayah sentiasa memberi perhatian terhadap pemakanan kita. Biarpun makanannya simple, tetapi kandungan nutrien yang kita dapat adalah dari sumber semulajadi yang berkhasiat. Kalau dahulu mak ayah saya selalu kutip sayur-sayur di belakang rumah. Kami adik-beradik selalu masuk ladang mencari paku -pakis dan kangkung di tepi sungai. Seronok kalau ingat balik zaman kanak-kanak dahulu.



Tapi, zaman sudahpun berubah. Kanak-kanak sekarang jarang sekali kita jumpa yang main permainan macam kita dulu-dulu. Batu seremban, teng-teng, galah panjang dan macam-macam lagi la. Main aci nyorok panjat pokok. Ada tu sampai jatuh pokok, tapi tidak serik pulak tu. Kalau tengok zaman sekarang anak-anak lebih kepada 'game' di tablet, henpon pastu tengok kartun. 


Dengan kesibukan ibu bapa zaman sekarang mungkin pemakanan seimbang bagi anak-anak terabai sedikit. Kebanyakannya ambil mudah dengan memberi anak-anak makan fastfood seperti kfc,mcd dan seangkatan dengannya,asalkan anak kenyang. Jadi apa yang perlu kita lakukan supaya pemakanan yang seimbang kepada anak-anak dapat dipenuhi? Mealshakes dapat membantu memberi nutrisi yang cukup dan seimbang kepada anak-anak kita. 


Kenapa Mealshakes?


Mealshakes mengandungi khasiat dan kelebihannya tersendiri. Ia dapat membantu kita mendapatkan nutrisi yang secukupnya. Namun begitu,perlu juga makan nasi ye...

10 sebab kenapa perlu ambil Mealshakes


1. Mealshakes mengandungi karbohidrat

Kanak-kanak memerlukan karbohidrat untuk tenaga harian. Sekiranya kurang karbohidrat, anak-anak akan menjadi lesu dan tidak bermaya. Karbohidrat Mealshakes mengandungi glisemik yang rendah kerana tenaga yang diberikan adalah secara perlahan-lahan. Ia akan membantu masalah anak -anak obesiti.

2. Mengandungi protein lengkap dengan 9 asid amino 

Asid amino ini boleh didapati dalam makanan. Ia perlu untuk kanak-kanak bagi pertumbuhan  dan memperbaiki sel-sel tisu. Kekurangan asid amino akan menyebabkan pertumbuhan kanak itu  terbantut.

3. Antioksidan dan vitamin A, C dan E

Mealshakes dapat membantu mengatasi masalah kulit sensitif. Ia juga dapat mencantik dan menyihatkan kulit anak-anak. 

4. Mealskahes mengandungi dietary Fiber

Anak-anak sering mengalami sembelit. Hal ini kerana kekurangan sumber makanan yang mempunyai fiber seperti sayuran dan buah-buahan. Fiber membantu penghadaman anak-anak. 

5. Mengandungi Vitamin B

Kandungan B6 dan B12 mempunyai kepentingannya di dalam perkembangan otak anak-anak. Vitamin B6 dikenali sebagai Pyridoxine yang penting untuk otak. Manakala vitamin B12 pula penting bagi pembentukan  sel darah merah. 

6. Mengandungi Sodium dan magnesium

Memberi keseimbangan cecair di dalam badan. Sodium berfungsi untuk peredaran darah yang sempurna, manakala magnesium membantu masalah penghadaman. Selain itu ia juga mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi.

7. Kandungan vitamin C

Vitamin C diperlukan oleh kanak-kanak untuk kesihatan gusi, gigi serta kulit. Vitamin C dapat menghalang penyakit dari menjangkiti kanak-kanak. Kanak- kanak yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dapat menghindarkan diri daripada sebarang penyakit. Sel darah putih berfungsi untuk menetang bakteria dalam badan. Jadi, kita memrlukan vitamin C secukupnya bagi menentang kuman yang sentiasa ada pada tubuh badan kita.

8. Kandungan Vitamin A

Vitamin A sangat penting untuk mata. Banyak faktor yang menyebabkan kanak-kanak memakai cermin mata berbanding zaman-zaman kita dahulu. Mata cerah aje. Kanak-kanak zaman sekarang lebih kepada zaman IT yang hanya melihat skrin-skrin yang bercahaya berbanding melihat kehijauan tanaman. Cahaya daripada skrin-skrin seperti tablet, televisyen, telefon bimbit, komputer dan sebagainya yang memudahkan kerosakan mata berlaku. Kadang-kadang kanak-kanak ni lebih gemar bermain tablet dalam gelap. 

9. Kandungan kalsium dan vitamin D

Kalsium amat penting untuk tulang yang sihat. Vitamin D berfungsi sebagai pembantu kepada kalsium untuk menyerap kalsium ke tulang dengan lebih baik. Ia juga adalah untuk kesihatan berpanjangan selain menggalakkan pertumbuhan tulang yang lebih padat.

10. Kandungan iron dan Vitamin B12

Kedua-duanya penting bagi pembinaan sel darah merah. Sel darah merah ini akan membawa oksigen hingga ke otak. Ini akan memudahkan anak-anak supaya lebih fokus dengan apa yang dilakukan sama ada dalam pelajaran mahupun aktiviti kokurikulum.


Melihat kepada kebaikan yang ada pada Mealshakes ini, sangat rugi sekiranya kita tidak mengambil inisiatif ini bagi membekalkan makanan yang seimbang buat anak-anak kita. 

Cara penyediaan Mealshakes

  • Bagi anak-anak yang berumur 4 tahun ke atas, berikan 3 hingga 4 sudu besar sehari dan dicampurkan dengan minuman kesukaan mereka. 

  • Bagi anak-anak setahun dan ke atas, bolehla diberikan dalam satu sudu besar mealshakes
Untuk mendapatkan sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee boleh berhubung dengan saya seperti di bawah.

 KLIK DI SINI






HUBUNGI SAYA:- 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

6 comments:

anmashealthcare said...

Mealshake memang terbaik
:: anmashealthcare.blogspot.com ::

Salju Sakinah said...

Rugi tak kenal meal shakes awal2 dulu..

RESEPI KERABU TELUR DADAR

Unknown said...

Mealshakes memang baik untuk anak..sedapp plak tu rasanya.

mealshakes sesuai utk kanak-kanak sembelit

Unknown said...

best sgt bila dengar Sarah cerita pasal mealshakes hari tu.
xsabar2 nk try

Awas Perut Buncit Petanda Sukar Hamil

Hajar said...

Mealshake memang sesuai utk semua Golongan kesan mempunyai semua Nutritionist yg dperlukan oleh badan

Unknown said...

Perasaan teringin mencuba mealshakes nie membuak-buak..sebab ramai yang cakap sedap..alahaiii

Atasi masalah rambut anda di sini