SILA KLIK KAT SINI YE

Monday, 10 November 2014

Permulaan Mencari Jalan Hidayah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Teruja bila dapat buku Panduan Amalan Harian atau dikenali sebagai Bidayatul Hidayah yang merupakan kitab karangan oleh Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a. Buku ini telah diterjemahkan oleh Ahmad Fahmi Zamzam. Tak sabar rasanya nak tahu isi kandungannya lebih mendalam.

Sebenarnya di Taman Perumahan saya ada mengadakan kelas agama dan tajwid untuk kaum hawa setiap hari ahad. Ustazah minta kami dapatkan buku ini sebagai panduan harian selain syarahan yang akan disampaikan oleh ustazah jemputan. Selain itu di dalam kelas ini juga akan belajar membaca Al-Quran disamping memperbetulkan tajwid dan cara bacaan.

Menurut penterjemah buku, di dalam kitab ini Imam Ghazali Rahimahullah Taala menggariskan amalan-amalan harian yang mesti dilakukan setiap hari dan adab-adab untuk melaksanakan ibadat, supaya ibadat tersebut dapat dilakukan dengan baikk, penuh erti dan memberikan kesan yang mendalam. 

Begitu pula Imam Ghazali Rahimahullah Taala menunjukkan kepada kita bagaimana jalan yang mesti kita ikuti supaya kita dapat meninggalkan segala dosa dan maksiat sama ada zahir ataupun batin.







Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK



HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]