SILA KLIK KAT SINI YE

Sunday, 30 November 2014

Ayat Pendinding Diri Menggunakan Ayat Al-Quran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pendinding Diri

Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang sentiasa ada di sekeliling kita. Tugas mereka sememangnya mahu menggoda, memesongkan serta memperdaya kita sebagai umat yang berada di muka bumi ini. Dunia mereka sangat berbeza dengan manusia. Mereka memiliki rupa yang hodoh dan mengerikan. Mungkin sekiranya jika kita dapat melihat mereka, kita akan merasa takut dan gerun. Oleh sebab itu, kita memerlukan ayat pendinding diridari diganggu oleh makhluk halus ini.

Senjata utama bagi menghapuskan jin dan syaitan


Apakah perisai yang kita perlukan sebagai pendinding diri daripada gangguan halus ini? Tiada yang lain hanyalah kalam suci yang diturunkan oleh Allah s.w.t iaitu Al-Quran.

Ayat-ayat Pendinding Diri

Terdapat beberapa ayat Al-Quran yang boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri daripada gangguan halus ini antaranya:

Surah Al-Fatihah

Ummul Kitab juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.

Al-Mu’awwizat 

Merujuk kepada tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.

Ayat Kursi

Amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar. Ayat Kursi dibaca sekali dengan 9 wakaf (tempat berhenti).

Surah Yaasin 

Ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Amalkanlah ayat-ayat Al-Quran agar diri dapat dilindungi dari segala bencana mahupun gangguan.




HUBUNGI SAYA:- 

 FB : Zainah Mohamad 
Emel : zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
 Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]