Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Khasiat Pisang
Pisang merupakan buah tropika yang mudah kita temui di Malaysia. Kalau nak dibandingkan dengan buah-buahan lain, pisang masih boleh dikategorikan sebagai buahan-buahan yang masih lagi murah harganya. Namun, mungkin kita tidak menduga bahawa buah pisang yang biasa kita tengok ni ternyata memiliki seribu macam manfaat, iaitu dari segi perlindungan kardiovaskular, menjaga kesihatan mata, memperbaiki tulang, sehinggalah berupaya mencegah kanser buah pinggang.
Antara manfaat dan khasiat pisang
1. Perlindungan Kardiovaskular
Pisang merupakan sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati. Pisang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi dan atherosclerosis.
Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi seperti pisang, membantu penyakit hati. Penyelidikan sepanjang 19 tahun menunjukkan bahawa orang yang makan banyak serat, sekitar 21 gram sehari, mempunyai kadar penyakit jantung koroner 12% lebih sedikit, dan 11% penyakit kardiovaskular lebih sedikit berbanding dengan yang memakan serat sedikit (5 gram sehari)
2. Menjaga Kesihatan Mata
Selalunya makanan yang selalu dikaitkan dengan mata ialah carrot bagi mendapatkan mata yang sentiasa sihat dan baik. Namun begitu, buah-buahan merupakan sumber lebih penting dalam menjaga kesihatan mata. Konsumsi buah-buahan menunjukkan perlindungan terhadap penyakit mata diakui ini.
3. Memperbaiki Tulang
Mengkonsumsi pisang secara rutin akan membantu tubuh menyerap kalsium secara lebih baik. Pisang mengandungi banyak fruktooligosakarida, yang merupakan prebiotik atau bakteria yang baik bagi usus besar. Bakteria ini mengeluarkan enzim serta vitamin yang meningkatkan kemampuan penyerapan nutrisi serta melindungi terhadap mikroorganisma jahat. Kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium juga menjadi lebih baik, dan bagus untuk tulang. Selain itu, risiko kanser usus juga akan berkurangan.
4. Menyihatkan Ginjal
Penyelidikan dari International Journal of Cancer menunjukkan bahawa konsumsi buah dan sayuran, terutama pisang, secara berkala boleh melindungi tubuh dan mengurangkan risiko kanser buah pinggang.
5.Sebagai sumber tenaga
Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. Ia sangat baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.
6. Kecantikan wajah
Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah untuk dijadikan masker dan dibuat setiap hari selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.
Amalakan makan pisang setiap hari sebelum sarapan dan sebelum makan tengah hari. Baik untuk pelawasan anda.
Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:
1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK
HUBUNGI SAYA:-
1. PENGEDAR SHAKLEE
2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK
HUBUNGI SAYA:-
FB : Zainah Mohamad
Emel: zainahmohamad09@gmail.com
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258
ID Shaklee : 1122124
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]
1 comment:
Banyak manfaat pisang ni..Pastu best plk tu...Goreng pun sedap
LEMON PUN SEDAP
Post a Comment