SILA KLIK KAT SINI YE

Wednesday, 5 November 2014

5 Cara Bina Keyakinan Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Keyakinan Diri

Keyakinan diri adalah pemacu kepada sesebuah kejayaan. Sesetengah orang mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu pekerjaan lebih daripada yang sepatutnya, tetapi disebabkan tiada keyakinan diri, kemahiran itu terkubur begitu sahaja. Selain daripada kerja keras, keyakinan diri amat penting bagi memastikan anda berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Cara Bina Keyakinan Diri

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memupuk keyakinan diri antaranya:

1. Pagi yang sentiasa bersemangat

Mulakan hari anda dengan sesuatu yang positif. Bangun pada waktu pagi dan mulakan dengan fikiran yang boleh membina keyakinan dan semangat diri. Elakkan pada waktu ini dimulakan dengan perkara yang negatif dan mula memikirkan perkara yang boleh mengheret anda kepada perbuatan yang boleh menjatuhkan semangat diri. Rancang kerja ketika baru mula hendak keluar dari rumah dan cuba langsaikan apa yang telah dirancang. Apabila dapat melakukan kerja yang dirancang itu, keyakinan diri akan mula meningkat dan anda akan berkeyakinan pada diri sendiri.

2.Percaya diri sendiri

Percaya kepada diri sendiri dan percaya kebolehan diri  adalah perkara paling penting untuk membina keyakinan diri. Tidak semestinya anda yang bukan jenis pandai berhujah, menunjukkan anda tidak berkeyakinan. Jangan jadikan perkara itu untuk menjatuhkan semangat dan keyakinan diri anda.  Seorang pekerja yang suka berdiam diri dan melakukan kerja sendiri dengan baik, tergolong dalam pekerja yang berkeyakinan diri. Orang yang mampu membuat setiap kerja yang diarahkan tanpa perlu berhujah dan bertelagah juga pekerja yang berkeyakinan. Keyakinan diri tidak semestinya ditunjukkan dengan cara berhujah dan sebagainya. Sebenarnya diri sendiri yang memahami bagaimana cara untuk mempamerkan keyakinan diri.

3. Hargai Diri

Anda perlu bijak menghargai diri anda barulah penghargaan daripada orang lain akan datang kepada diri anda. Sekiranya diri sendiri tidak bijak untuk menghargai diri sendiri, sukar bagi orang lain menghargai diri anda. Dalam kerjaya, jangan disebabkan rakan sepejabat tidak bijak menghargai anda, boleh menjatuhkan keyakinan diri anda. Cari tempat baru yang boleh memberikan anda ruang untuk berkarya dengan lebih luas. Jangan bunuh keyakinan diri anda akan memberi kesan kepada kemahiran diri. 

4. Tingkatkan Kemahiran Bahasa

Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri dalam kerjaya juga ialah mempertingkatkan kemahiran berbahasa. Bahasa Inggeris amat penting untuk memajukan kerjaya. Dan ia adalah satu bonus andai anda dapat menguasai bahasa ketiga. Pastinya kemahiran anda itu amat diperlukan dalam industri pekerjaan hari ini. Selain itu berbahasa Malaysia dengan jelas dan betul juga penting. Pastinya bahasa Melayu dapat menguasainya dan seandainya bangsa lain juga dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dan jelas dan membawa manfaat kepada mereka.

5. Amalkan Cara Kerja Cekap

Amalkan cara kerja yang cekap dan pantas. Apabila ini menjadi amalan secara langsung kerja akan dapat diselesaikan dengan segera dan lancar tanpa mengganggu orang lain. Sekiranya kerja berjalan lancar dan meyakinkan orang lain, secara terus ia dapat memberikan anda satu keyakinan diri yang tinggi. Anda tidak mudah gentar dengan kerja yang bakal diberikan kerana anda tahu anda boleh melakukannya dengan sebaik mungkin. Jadi anda memudahkan urusan anda dan urusan orang lain.


Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui artikel ini:

1. PENGEDAR SHAKLEE

2. CARA DAFTAR AHLI
3. MINYAK IKAN TERBAIK


HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]

2 comments:

Nila Anggraini said...

Sayangi dan hargai diri anda....yakin pada diri anda sendiri...apapun apa yang anda lakukan yakin itu akan menujubkearah kebaikan..

Anonymous said...

Sejuk hati saya baca catatan pun ini.."Tidak semestinya anda yang bukan jenis pandai berhujah, menunjukkan anda tidak berkeyakinan. Jangan jadikan perkara itu untuk menjatuhkan semangat dan keyakinan diri anda. Seorang pekerja yang suka berdiam diri dan melakukan kerja sendiri dengan baik, tergolong dalam pekerja yang berkeyakinan diri."