SILA KLIK KAT SINI YE

Monday, 3 November 2014

Istiqomah Dalam Islam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Istiqomah Dalam Islam


Sebaik-baik amalan ialah amalan yang sentiasa atau istiqomah dilakukan walaupun sedikit. Ini adalah panduan dari Rasulullah SAW untuk kita umat Islam yang jadi pengikut Rasulullah SAW. Amalan itu baik bila dikekalkan sekalipun sedikit.

Ada hadis lain yang mengatakan jangan kamu minta dari Tuhan kewalian tetapi mintalah istiqomah sebab istiqomah itu adalah satu ciri wali. Bila kita istiqomah atau tetap pendirian, bukan senang. Orang bertaqwa zaman dulu pernah buat pengakuan susah nak istiqomah. Kalau ada orang boleh istiqomah 40 hari berturut-turut itu luar biasa.

Istiqomah yang besar-besar yang akan kita bahas antaranya:

1. Tentang akidah

2. Ibadah asas, ibu ibadah terutama sembahyang

3. Jemaah

4. Perjuangan dan lain-lain

1. Orang yang istiqomah dalam akidah

Orang yang benar-benar kenal Tuhan, ada kesan pada peribadinya. Dia takut dengan Tuhan, cinta dengan Tuhan, rasa hamba Tuhan, dia rasa bertuhan, tawadhuk dengan Tuhan, syukur dengan Tuhan, sekaligus apa yang disebut tadi itu akhlak dengan Tuhan. Bagi orang yang berakidah benar-benar kenal Tuhan, automatik lahir dari dirinya, peribadinya, akhlak dengan Tuhan, takkut, cinta, tawadhuk, sabar, redha dan syukur. 

Senang ke nak istiqomah? Takut dengan Tuhan, redha dengan Tuhan, senang ke istiqomah? Kita dalam solat pun tak ada rasa , di luar solat lagilah. Padahal Tuhan tu , kalau benar-benar kenal, lebih terserlah daripada harimau cuma tak nampak je. Kalau berhadapan dengan harimau boleh pula istiqomah. Kalau berhadapan dengan harimau ada ke berlaku sekejap takut sekejap tak takut? Tuhan lebih hebat daripada harimau. Tapi depan Tuhan sekejap takut, sekejap tak takut. Nak istiqomah akhlak dengan Tuhan, susah. Kadang takut, kadang tak takut. Kadang sabar, kadang tak sabar. Sebab itu Rasulullah SAW kata jangan minta jadi wali, mintalah jadi istiqomah satu ciri dari wali. Nak istiqomah takut dengan Tuhan, rasa hamba, tawadhuk bukan senang. Nak istiqomah yang besar ialah takut dengan Tuhan. 

2. Istiqomah dalam Solat Fardhu

Mengandungi 3 pakej:

a) Solat atas waktu (di awal waktu)

b) Berjemaah

c) Kusyuk

Syarat rukun dah maklum. Yang paling ringan ialah solat atas waktu, nak kekalkan 40 hari pun susah. Kalau kekal 40 hari susah nak berjemaah pula. Kalau dapat berjemaah, sekejap kusyuk, sekejap tak kusyuk. Kalau kita dapat benda yang gembira terbawa-bawa dalam solat.Mana kusyuk lagi. Dapat nikmat duit, hilang semua nikmat kusyuk.

Jadi nak istiqomah dalam hal solat dalam 3 aspek tadi susah. Kalau boleh dapat 40 hari cukup, itu sangat luar biasa. kalau benar-benar solat di atas waktu, berjemaah dan kusyuk akan dapat berakhlak dengan manusia, kasih sayang, dapat bekerjasama, tolak ansur, berperikemanusiaan, maaf bermaafan dan pemurah. Kalau dapat kekal di atas waktu, kekal berjemaah, tak kusyuk, maka susah nak berakhlak dengan manusia, sebab tak hayati, iaitu tak dapat berakhlak dengan manusia, tak dapat berkasih sayang dan tak dapat bekerjasama.

3. Istiqomah dalam jemaah

Untuk istiqomah berada dalam jemaah senang tetapi nak istiqomah dalam komitmen, rasa tanggungjawab pada jemaah, mengisi jemaah susah. Menjiwai jeaah tak istiqomah.

4. Berjuang

Mudah ke nak istiqomah dalam berjuang. Kadang sungguh-sungguh, kadang tak sungguh-sungguh. Bila ada masalah sikit, dah "slow". Susah nak istiqomah dalam berjuang. Begitu juga nak istiqomah dalam berkorban susah. Contohnya Siti Aisyah, kerana istiqomah dia kekalkan sedekah setiap hari, walau tak ada apa yang nak dimakan, dia tak mahu batalkan niat sedekahnya. Setidaknya dia sedekah setengah kurma supaya tidak terputus istiqomah.

Kalau 4 perkara besar-besar ini kita susah nak istiqomah, perkara-perkara kecil lagi susah. Nak solat malam, tawadhuk, pentingkan orang lain, mudah ke nak istiqomah? Nak kekalkan benda-benda sunat lagi susah. Yang besar-besar, yang penting-penting tak mampu kita buat. Sebab Rasulullah SAW kata, jangan minta jadi wali, minta istiqomah, sebab istiqomah itu ciri wali. Kalau benda-benda besar kita boleh istiqomah, itu luar biasa. 

Siapa dapat istiqomah yang besar-besar tadi selama 40 hari luar biasa. Kita ikut cara Islam ikut-ikutan, belajar ilmu tak habis, mengaji tak serius. Kita tidak dididik begitu. Katalah dalam hal ilmu, apa kata Rasulullah SAW? Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Ilmu penting, ilmu penyuluh, sebab itu jangan berhenti belajar dari buaian sampai nak mati. 

Jadi, belajar ilmu kena istiqomah bukan solat saja sebab dari ilmulah solat jadi baik, berjuang jadi baik,jemaah lagi baik. Dari ilmu juga masalah boleh selesaikan, kasih sayang bertambah baik. Sebab itu diperintahkan menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.





HUBUNGI SAYA:-

Emel: zainahmohamad09@gmail.com 
Call/Sms/Whatsapp/Telegram : 012-350 4258 
ID Shaklee : 1122124 
Shaklee Produk (M) Sdn Bhd [381287-T]